Gambar Hiasan
Pada 12
April lalu akhbar kewangan berpengaruh di Amerika Syarikat, Financial Times
menerbitkan temuramah dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Beberapa
persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar
mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan pada 5 Mei depan.
Pertama
temuramah tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang bernama Hotel Bristol
di ibukota Paris di mana hadir sama adalah salah seorang anak perempuan beliau.
Ketika
parti-parti pembangkang sibuk mengatur strategi untuk berdepan PRU13 yang akan
menentukan hidup mati mereka, Anwar serta keluarga bersenang lenang bercuti di
Paris bertemu dengan wartawan asing.
Di sini
rakyat perlu bertanya di manakah komitmen seorang yang bercita-cita besar untuk
menjadi Perdana Menteri tetapi sempat mencuri masa yang berharga untuk berlibur
di luar negara sementara anak-anak buah di negara sendiri berhempas pulas memperjuangkan
agenda politik peribadinya tanpa mereka sedari.
Kedua,
wartawan yang menemuramah beliau bernama Simon Kuper bukanlah seorang yang
pakar di dalam bidang politik apatah lagi untuk menulis mengenai pilihan raya
dan senario politik Malaysia.
Mengapa
Financial Times hanya menugaskan seorang wartawan sukan untuk menemuranah Anwar
adalah agak ganjil apabila akhbar itu mempunyai ramai penulis politik yang
hebat seperti George Parker, Jim Packard, Philip Stephens dan lain-lain.
Isu-isu yang
dibangkitkan oleh Anwar juga lebih bersifat memburuk-buruk imej negara dan
kerajaan Malaysia, sesuatu yang sudah sebati dengan Anwar dan pakatan
pembangkang yang diketuainya.
Beliau
merendah-rendah sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini yang
mana beliau meningkat mendadak bukan sahaja dalam hieraki parti UMNO dari ahli
biasa kepada timbalan presiden tetapi juga menjadi ahli parlimen Permatang Pauh
hingga menduduki kerusi timbalan perdana menteri hanya dalam tempoh 11 tahun.
Ramai ahli
UMNO dan juga anggota kerajaan yang merangkak setapak demi setapak menaiki
tangga karier politik berpuluh-puluh tahun sebelum mereka mampu menikmati
gelaran Yang Berhormat.
Umpamanya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengharungi arus perjuangan politik
selama 33 tahun sebelum beliau dipilih menduduki nombor satu dalam pentadbiran
negara.
Anwar
memperlecehkan konsep Ketuanan Melayu sambil berjanji untuk memperkenalkan
sistem demokrasi yang lebih bersifat pelbagai ethnik
Mungkin
disebabkan terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri beliau lupa bahawa
kewujudan Malaysia dan kemerdekaan yang dicapai oleh negara ini pada 1957
adalah hasil muafakat dan hubungan etnik yang erat antara orang-orang Melayu,
Cina, India dan pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak.
Formula
muhibbah dan kerjasama rapat antara kaum inilah yang terus disambung dan
diperkukuhkan di bawah pentabdiran Datuk Seri Najib melalui konsep 1Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Anwar juga
berbohong apabila beliau mengatakan nyawanya dalam keadaan bahaya dan mungkin
menjadi mangsa pembunuhan politik.
Ini adalah
satu lago sandiwara Anwar yang paling tidak masuk akal seperti juga wayang
sakit tulang belakang dan isu arsenik.
Bagi mereka yang masih ingat, timbul satu isu hangat sekitar tahun 1999 ketika beliau menjadi banduan Penjara Sg Buloh di mana pembangkang memfitnah kerajaan cuba membunuh Anwar melalui keracunan arsenik.
Lakonan Seorang Banduan
Pembangkang
mendakwa kesan daripada keracunan arsenik itu dilihat daripada keguguran rambut
Anwar namun setelah lebih 14 tahun isu itu digembar gemburkan Anwar masih hidup
segar bugar serta mampu diinterbiu oleh media asing di Paris pula!
Anwar juga
berbohong apabila mengatakan semasa di penjara, beliau menyaksikan ramai banduan
diseksa dan mendakwa beribu banduan yang merengkok dalam penjara di seluruh
negara ini dilayan seperti itu.
Jika benar
perkara ini berlaku mengapa Anwar tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya Hak
Manusia (Suhakam) atau menggunakan platform kegemarannya, Suaram seperti mana
dalam isu Scorpene.
Jika
pembangkang boleh menyebar propaganda serta mensensasikan isu berhubung
kematian individu seperti Teoh Beng Hock dan A. Kugan, apatah lagi apabila ia
melibatkan beribu-ribu individu lain?
Tuduhan
Anwar yang tidak logik ini adalah hasil kebencian beliau terhadap kerajaan
kerana menghalang beliau daripada mengapai kerusi perdana menteri yang amat
diidamkannya itu.
Financial
Times mengambarkan Anwar sebagai seorang yang kononnya sudah insaf dan sedari
kesalahannya daripada seorang tokoh yang memperjuangkan Ketuanan Melayu
bertukar kepada pemimpin Melayu yang bongkak kepada pemimpin yang sudah belajar
daripada kesilapannya.
Sebenarnya
Anwar tidak pernah berubah sejak dari zaman memimpin Abim hinggalah menganggotai
pentadbiran kerajaan dan mengakhiri karier politiknya sebagai ketua
pembangkang.
Ia tetap
seorang yang 'arrogant' atau bongkak seperti mana yang ditonjolkan oleh
Financial Times.
Anwar adalah
seorang 'political animal' yang menggunakan agama Islam sebagai baju politiknya
bagi mengaburi mata musuh dan taulan.
Dalam kosa
kata Anwar tidak ada istilah ketaatan atau berbudi, semua yang mampu
ditunggangi atau eksploitasi akan beliau pergunakan sehabis mungkin.
Yang penting
bagi Anwar ialah menjayakan agenda politiknya dan pengaruh lobi Zionis-Yahudi
yang memainkan peranan utama dibelakangnya.
No comments :
Post a Comment