Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 14, 2013

APAKAH NASIB MUSTAFA ALI !!!



Apakah nasib Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas ini berikutan tersebar video seks mirip beliau dalam internet?

Difahamkan, sungguhpun beliau enggan membuat sebarang ulasan, Mustafa sendiri dikatakan mungkin tidak mampu menghadapi tekanan agar beliau berundur demi menjaga imej Pas.

Ini memandangkan di peringkat akar umbi, mereka mahu melihat kepimpinan Pas tegas dalam soal tersebut kerana menyentuh maruah dan kredibiliti parti itu.
''Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, ahli-ahli  akar umbi Ps sememangnya terkejut dengan pendedahan video berkenaan dan mereka mahu kepimpinan Pas memandang serius soal ini.

Sementara itu kengganan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membuat laporan polis berikutan tersebarnya video seks miripnya menyebabkan pihak polis sukar untuk menyiasat dengan lebih mendalam terhadap pendedahan tersebut. 

Dalam perkembangan yang sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus menafikan penglibatan Mustafa Ali sebaliknya mendakwa ia hanyalah lakonan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Abdul Hadi turut mendakwa, Setiausaha Agung Pas itu sudah uzur sehinggakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunaikan solat secara duduk.

Justeru beliau berkata, mereka yang menghasilkan rakaman tersebut sepatutnya"menggunakan pelakon yang lebih muda" dan bukannya seperti yang dipaparkan dalam rakaman tersebut.

Kesimpulannya ada kemungkinan kepimpinan Pas maupun Datuk Mustafa Ali akan terus membiarkan isu ini berlarutan tanpa sebarang siasatan atau pengakuan,  malah akan terus menuding jari mengatakan dalang dalam pembikinan video tersebut adalah UMNO sebagai senjata dalam PRU 13. LICIK BUKAN!!!


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.