Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 27, 2017

Kunjungan Raja Salman Buktikan Tuduhan #Tun Mahathir Tidak Berasas!!!




Andai kita berfikir gunakan logik akal, kalau benarlah Najib MENIPU dan BERBOHONG yang sumber asal RM 2.6 Billion yang didedahkan itu adalah derma dari Arab Saudi ,terfikirkah kita King Salman Raja Arab Saudi mahu datang melakukan kunjungan hormat ke Malaysia apatah lagi berjumpa Najib???

Maka,telah terjawab apabila si pemberi datang berjumpa dengan si penerima. 

Jelaslah bahawa sikap kejujuran dan ketulusan Najib yang menyatakan sumber asal RM 2.6 Billion yang didedahkan itu adalah derma dari Arab Saudi DAN BUKAN SESEKALI dari sumber 1MDB. Malah segala fitnah, penipuan dan pembohongan Pakatan Haram Jadah, pembangkang, atok nyayok mudah lupa serta penjilat dan pemakan dedak tegar mereka atau yang lain memakan diri mereka sendiri. 


Maka berkokoklah macai-macai bagai orang meroyan tak sudah;
Obama datang dikata berbaik dengan Yahudi. 
        China datang dikata pula jual negara kepada komunis.
Kini, Raja Salman datang dikata tiada duit dan tak ikhlas bersahabat dengan Malaysia 
Bila Jokowi datang bakal dihina sebagai kawan dengan orang gaji dan buruh kasar

Entah apa penyakit bangang dalam negara kita ni. Semua salah dan tak betul.



Padahal esok Saudi Aramco akan menandatangani perjanjian pelaburan di RAPID Pengerang dengan nilai yang dilaporkan USD2 trillion dan ada pihak menilai hingga USD10 trillion.

Malah Beberapa Memorandum Persefahaman akan dimeterai selepas mesyuarat delegasi antaranya:

1. Memorandum mengenai kerjasama dalam bidang saintifik dan pendidikan.
2. Memorandum persefahaman untuk kerjasama ekonomi.
3. Memorandum persefahaman dalam bidang buruh dan sumber manusia.
4. Memorandum persefahaman antara Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan Saudi Press Agency mengenai kerjasama dan perkongsian berita.

Maka neraka lah jawab nya kepada pemakan daging busuk, darah dan nanah yang menabur fitnah selama ini... terbukti BODOH, BANGANG dan TOLOL lah mereka sepanjang zaman yang percaya kepada fitnah berkenaan... benarlah dalam Al-QURAN yang menyatakan bahawa fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh... hingga rosak masyarakat, berpecah belah dan timbul permusuhan khususnya dikalangan melayu dan Islam...

Yang untung nya DAPiggy lah yang sememangnya kafir harbi laknatullah rasis chauvanis anti Islam... ketua segala ketua dalam Pakatan Haram jadah Pembangkang...

GST Yang Dikutip Bukan Hanya Untuk BR1M Semata-Mata Pak Kadiq



Ironinya hampir kesemua pengikut dan pemimpin yang menyertai Parti Cap Bunga Raya akan bertukar menjadi zombies. Mana yang dulunya cerdik, kini bertukar menjadi lembab dan bodoh. Mana tumpahnya bodoh kalau tidak kepada pengikut-pengikutnya kan? Tidak terkecuali Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Cap Bunga Raya yang dahulunya merupakan bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin. Beliau menulis di dalam blog beliau,
"BR1M dijangka akan dinikmati oleh tujuh juta penerima dengan jumlah besar RM6.8 juta. Maksudnya apa yang dibagi sebagai BR1M hanyalah sebahagian kecil saja daripada beban GST yang ditanggung oleh rakyat jelata. Kerajaan kutip RM39 bilion tapi bagi balik RM6.8 juta. Itu belum lagi dikira kenaikan harga barang dan perkhidmatan macam saya sebutkan di atas. Jadi kalau kita kaji dan halusi, susah kita nak telan hujah yang kata GST selamatkan negara dan BR1M bantu rakyat jelata atasi kos sara hidup yang melambung."
Pertamanya, BR1M yang diberikan kepada Rakyat yang memerlukan bukan berjumlah RM6.8 juta tetapi sebaliknya berjumlah RM6.8 billion.

Kedua, GST yang dikutip sebanyak RM39 billion bukan untuk kegunaan BR1M semata-mata, malah ianya dipulangkan semula kepada Rakyat dalam bentuk lain seperti dalam gambarajah di bawah.


Mungkin pembangkang menyangka pembangunan dilakukan oleh Kerajaan hanya dengan menggunakan air liur. Mungkin mereka menyangka Kerajaan membina dan menyelenggara jalanraya persekutuan dengan hanya dengan hanya menggunakan kos RM100 per kilometer. Atau mungkin mereka menyangkakan bahawa ubat-ubatan di hospital dan klinik kerajaan dibuat dari daunan pokok di tepi jalan yang diproses dengan lesung batu.

Kita sebenarnya kesian melihat pembangkang yang seakan kehilangan punca untuk menghasut dan memburukkan Kerajaan sehingga menyerlahkan kedangkalan dan kebodohan diri sendiri. Kita biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Untuk Pak Kadiq dan seluruh Mat dan Minah Bunga, dihadiahkan gambar swafoto di bawah. Jangan meroyan sehingga membawa ke tidur.







CARA LICIK KERAJAAN DAP MENIPU RAKYAT DIBONGKAR



[ DrMiM ]Sungguh memalukan apabila satu lagi pekung busuk kerajaan DAP negeri menipu rakyat Pulau Pinang terbongkar lagi.

Tetapi tindakan 'tokong' DAP dan kerajaan DAP mengaburi mata rakyat memang licik sehinggakan ramai yang terpedaya, malah memuji tanpa memeriksa dengan lebih lanjut tindakan kerajaan DAP itu.

Yang terbaru ialah wayang murahan kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya peka kepada masaalah rakyat dengan 'menyerap GST cukai pintu untuk pemilik kediaman'. Perkara itu perlu dihighlightkan seberapa kerap agar rakyat Pulau Pinang sedar dengan manipulasi kerajaan DAP itu.  
1. Tahun 2014 - rakyat Pulau Pinang membayar cukai pintu sebanyakRM583.80

2. 
Tahun 2015 (3 bulan sebelum pelaksanaan GST) -  cukai pintu dinaikkan sebanyak RM667.20 (tambahan RM83.40 daripada tahun 2014)

3. 
Selepas pelaksanaan GST - kerajaan DAP umum 'penyerapan' 6% daripada cukai pintu  padahal, rakyat Pulau Pinang masih perlu membayar RM627.60 iaitu 7.5% lebih tinggi daripada cukai pintu asal RM583.80 pada tahun 2014.

Matematik mudah, kerajaan DAP negeri masih lagi mendapat lebihan cukai pintu hasil daripada menyusahkan rakyat dengan menaikkan cukai pintu asal pada tahun 2014.

Lihatlah betapa liciknya kerajaan DAP membohongi rakyat negeri. Malah mereka mendapat pujian pula hasil daripada manipulasi mereka itu oleh pihak yang tidak arif dengan putar belit kerajaan DAP itu.

Sehingga ke saat ini, tidak ada seorang pun exco negeri termasuk 'tokong' DAP yang bersuara menafikan pendedahan ini. Tidak mengejutkan kerana mereka akan zip mulut tidak mempedulikan rintihan rakyat Pulau Pinang yang tertipu dengan politik kotor DAP.

Satu lagi rintihan rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan DAP juga telah dibangkitkan. Yang terbaru ialah rintihan para nelayan di Kuala Sungai Burung yang amat kesal dengan syarikat pembekal pukat yang dilantik kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mengagihkan pukat tidak berkualiti kepada mereka.
"Kami hanya dapat guna pukat benang ini hanya sekali sahaja kerana kualitinya tidak elok berbanding pukat tangsi yang jauh lebih tahan," kata wakil nelayan Kuala Sungai Burung.
"Pada 2014, 2015 dan awal 2016, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang Selatan yang agih pukat tangsi jauh lebih berkualiti berbanding pukat benang yang diagihkan syarikat swasta ini," katanya lagi.
Persoalannya, apakah terdapat unsur rasuah  dan menyalahguna wang peruntukan dana kerajaan negeri yang berlaku? Jika benar, siapakah yang terlibat?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) juga telah mendedahkan bahawa beratus-ratus hektar kawasan hutan paya bakau di Pulau Pinang telah dimusnahkan bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan dan akuakultur.

Hutan paya bakau terus dimusnahkan walaupun banyak bantahan dibuat oleh orang ramai khususnya golongan nelayan. Yang terbaharu, seluas 9.38 hektar kawasan hutan paya bakau di Bagan Jermal negeri itu telah dimusnahkan untuk projek tambak laut di kawasan tersebut.

Apa respons 'tokong' DAP dan kerajaan DAP negeri yang kononnya memperjuangkan 'a cleaner and greener Penang'? Bohong sahaja.

Begitu juga yang berlaku di Bayan Baru apabila penduduk Pangsapuri Baystar telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kerja penambakan laut yang dijalankan di bahagian belakang kediaman mereka. Mereka mendedahkan bahawa projek itu tidak mendapat persetujuan penduduk sejak tahun lalu bagi membangunkan kondominium terdiri dari 2,000 unit rumah tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan DAP negeri.

Seperkara lagi ialah sandiwara kerajaan DAP yang kononnya 'prihatin kepada orang Islam' di Pulau Pinang. Padahal, peratusan peruntukan untuk hal ehwal Islam semakin menurun jika dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan kerajaan DAP negeri. 


Malah, jumlah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang sebenarnya adalah sama ada menjadi statik atau jatuh. Baca Sini 
Banyak lagi rintihan rakyat negeri Pulau Pinang yang telah dibangkitkan tetapi kerajaan DAP berbuat bodoh sahaja terhadap segala permasalahan tersebut. Kerana itu juga, kegagalan kerajaan DAP mentadbir negeri dengan baik ini memang patut dihukum oleh rakyat Pulau Pinang.


Hanya satu cara sahaja yang perlu dibuat iaitu dengan menjatuhkan kerajaan DAP yang sedia ada pada PRU14 kelak. Sehingga ke hari ini, rakyat Pulau Pinang sepatutnya telah terbuka mata dan hati untuk menolak 'tokong' DAP yang autokratik dan kaki putar belit.
Tambahan pula, sudah banyak isu dalaman parti DAP yang mempertikaikan politik kronisme melampau 'dinasti Lim'.
Baca : http://novandri.blogspot.com/2017/02/video-4-keluar-dap-guan-eng-kit-siang.html
Cuma bezanya ialah sama ada kepimpinan DAP yang lain terutamanya di Pulau Pinang berani bersuara atau pengecut takut kepada dinasti tersebut.

Setakat ini, pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang memang pengecut tidak berani menuntut hak mereka daripada 'tokong' DAP. What a shame!


p/s; Jika tak tipu DAP dah lama bungkus


Petronas metrai Perkongsian RAPID Pengerang dengan Aramco Saudi bernilai USD$ 21 bilion




Ini bermakna potensi RM43.9 bilion pelaburan asing akan datang ke Malaysia dari USD3 trilion (RM12 trilion) keseluruhan syarikat Saudi.
Tidak pasti mengapa Arab Saudi adalah begitu dekat dan yakin dengan Malaysia pada masa ini, begitu juga China.

Petronas Could Soon Seal Partnership With Saudi Aramco on $21 Billion Refinery
KUALA LUMPUR, Malaysia—Malaysia’s national oil company is set to make a final investment decision in December that is expected to bring in Saudi Arabian Oil Co., or Saudi Aramco, as its partner for a roughly $21 billion refining and petrochemicals project, according to two people familiar with the matter.
Petroliam Nasional Bhd., known as Petronas, will offer the world’s largest oil firm a 50% stake in the project, in Malaysia’s southern Johor state bordering Singapore, the people said. The project will comprise of a refinery, petrochemical plants and other related facilities.
If Petronas proceeds with the plan, the two companies will set up a joint-venture company in the first quarter of next year to run the project, with the refinery due to start operating in early 2019, the people said.
Petronas declined to comment. Aramco wasn’t immediately available for comment.
The entry of Saudi Aramco into the project would be a coup for Petronas. Based in Dhahran, Saudi Arabia, the kingdom’s state-owned oil company is the world’s largest crude oil exporter, producing roughly one in every eight barrels of the world’s supply, according to its official website.
As part of an economic transformation to contend with the prolonged drop in oil prices, Saudi Arabia is expected to partially list Saudi Aramco, estimated to be worth between $2 trillion and $3 trillion, in what could be the world’s largest-ever initial public offering, targeted for 2018.
Petronas, Malaysia’s only Fortune 500 company, meanwhile, has also been hit by the oil price slump. The company announced in January that it would slash spending by as much as 50 billion ringgit, or $12 billion, over the next four years, but says it remains committed to investing in long-term projects.
The refinery and petrochemical development, situated in a fishing town in Johor, is estimated to cost some $12.7 billion, Petronas has said. Related facilities ranging from raw-water supply to a liquefied natural gas regasification terminal will cost another $8.6 billion, according to Petronas.
The company reported net profit fell 86% to 1.6 billion ringgit ($384 million) in the second quarter ended June from 11.1 billion ringgit a year earlier due to lower oil prices and higher net impairment on assets. Petronas plans to cut several hundred more jobs even after it said it was cutting 1,000 in March.


[ Baca berita asal ]

Lawatan Rasmi Raja Salman: Menyaksikan Perjanjian Usaha Sama Rapid Pengerang Antara PETRONAS dan Saudi Aramco – Pembangkang Kata Syarikat Asing Dah Hilang Kepercayaan




Sempena lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Saudi Aramco dan PETRONAS menandatangani projek usahasama?

Bukan kah Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan “pengunduran secara tiba-tiba” Aramco dan berkata ini adalah satu “kehilangan keyakinan oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia akibat daripada skandal 1MDB yang telah menjadi berita utama antarabangsa”?
Jadi ini bermakna bahawa PAN adalah salah dan juga bermakna dengan Aramco menandatangani bermakna undi percaya oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan punca pembatalan perjanjian kerjasama antara Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) dan Petronas bernilai AS$27 bilion di Pengerang, Johor.
Kita lihat seperti satu keputusan yang dilakukan secara tiba-tiba (oleh Saudi Aramco).
Isu utamanya adalah kenapa?” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.http://m.malaysiakini.com/news/370917

Untuk rekod: Tidak pernah seorang pun Raja Arab Saudi membuat lawatan rasmi ke Malaysia sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Lawatan rasmi Raja Saudi Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud pada tahun 1970 dan Lawatan Rasmi Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud pada tahun 2006. 





Bagaimana DAP Menswastakan Segalanya Demi Rakyat




DAP baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pada PRU-14 mereka akan menggunakan “Delivered As Promised” (Ditunaikan Sebagaimana Dijanjikan) sebagai mesej pilihan raya mereka.

Selain daripada koleksi propaganda pembohongan berulang yang telah lama dibongkarkan seperti “kami mengurangkan hutang sebanyak 90%”, Chow Kon Yeow dalam mesej “Delivered As Promised” mendakwa bahawa salah satu pencapaian mereka ialah memperbaiki KOMTAR.

Beliau kemudian menyambung berkata, “Kami membina KOMTAR Tech Dome untuk anak-anak kita”.

Walau bagaimanapun, mereka tidak membinanya. Ia dibina oleh sebuah syarikat swasta yang mengenakan caj pada kanak-kanak RM15 (5 tahun hingga 12 tahun), pelajar RM20 dan orang dewasa RM25 setiap kemasukan.


Bandingkan ini dengan Pusat Sains Negara yang lebih besar di Kuala Lumpur yang mengenakan caj pada semua kanak-kanak dan pelajar RM3 serta orang dewasa RM6 sekali masuk.

Jangan tersilap, Tech Dome yang DAP dakwa mereka bina bukanlah “untuk anak-anak kita” tetapi sebuah syarikat swasta yang mahu membuat keuntungan.

Juga, Chow terlupa untuk menyebut bahawa oleh kerana mereka telah menswastakan KOMTAR untuk 60 tahun akan datang, rakyat Pulau Pinang kini perlu membayar RM88 bagi orang dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak untuk melihat pencakar langit bandar mereka sendiri sedangkan sebelum ini mereka boleh melihat secara percuma kerana KOMTAR adalah bangunan milik kerajaan negeri sebelumnya.



Selain itu, Chow juga terlupa untuk menyebut bahawa DAP menswastakan tapak bersejarah tertua di Pulau Pinang, Fort Cornwallis yang dibina oleh Kapten Francis Light pada tahun 1786, untuk 35 tahun akan datang pada kadar hanya RM30,000 sebulan.

Belum lagi dikira berbilion tanah kerajaan dan aset negeri yang dijual kepada pemaju swasta sejak tahun 2008.

Ya. DAP telah “Menunaikan Sebagaimana Dijanjikan”.

Tetapi apa yang DAP tidak nyatakan adalah bahawa mereka menyerahkan Pulau Pinang, tanah dan aset kepada tangan pihak swasta dan pemaju.





Sunday, February 26, 2017

Kunjungan Raja Salman Ke Malaysia



Saudi Aramco dan PETRONAS menandatangani projek? Bukankah Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan “penarikan diri secara tiba-tiba” Saudi Aramco dan berkata ini adalah “kehilangan keyakinan oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia akibat skandal 1MDB yang telah menjadi berita utama antarabangsa“?

Jadi ini bermakna bahawa PAN adalah salah dan juga bahawa penandatanganan perjanjian oleh Saudi Aramco itu bermakna ‘UNDI PERCAYA’ oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia?

Image result for kunjungan raja salman ke malaysia


KUNJUNGAN RAJA SALMAN KE MALAYSIA

Hujung minggu ini, kita akan menyambut Baginda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci untuk Kunjungan Rasmi ke Malaysia atas jemputan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Malaysia dan Arab Saudi berkongsi hubungan persaudaraan yang kukuh dan kita amat berbangga bahawa Baginda Raja Salman – yang turut diiringi oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan kerabat lain – sudi memilih Malaysia sebagai destinasi pertama negara Islam dikunjungi Baginda di rantau ini, dan juga yang pertama di Asia Tenggara sejak Baginda mengambil alih tampuk pemerintahan.

Hubungan keagamaan kedua-dua negara kita telah terjalin berabad lamanya. Bagi umat Islam di Malaysia, Arab Saudi di mana terletaknya Dua Masjid Suci adalah bumi suci dan mengerjakan Haji adalah rukun Islam yang menjadi impian hidup.

Hubungan kedua-dua negara juga terjalin erat dengan hubungan dagangan yang kukuh selain kerjasama antara rakyat kedua buah negara yang meningkat dari hari ke hari.

Dagangan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia berkembang kukuh dari tahun ke tahun, meningkat sebanyak 27.8 peratus pada tahun 2016 berjumlah RM13.99 bilion. Hari ini, Arab Saudi adalah antara rakan dagangan terbesar buat Malaysia.

Pelaburan Arab Saudi di Malaysia dijangka akan mewujudkan beribu pekerjaan dan kita berbangga bahawa syarikat Malaysia telah terpilih untuk melaksanakan projek-projek di lokasi-lokasi berprestij di Arab Saudi. Ini termasuk operasi Metro Southern Al Masheer Mugaddassah di Mekah – tren khusus untuk jemaah Haji – dan juga kerja-kerja di Jambatan Jamarat dan kawasan sekitar di Mina. Malah, kita juga amat berbangga bahawa seorang rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan yang merekabentuk Menara Jam Hotel Diraja Mekah yang tersergam indah menghadap Masjid al-Haram.

Dalam lawatan Baginda Raja Salman kali ini, kita akan menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman baharu. Salah satu daripadanya akan melibatkan dua syarikat milik negara terbesar, Saudi Aramco dan PETRONAS. Perjanjian ini akan memanfaatkan kedua-dua negara dan juga rakyatnya.

Hubungan mesra antara kedua-dua buah negara juga dapat dilihat daripada kunjungan lebih 100,000 pelancong daripada Arab Saudi tahun lalu, jumlah tertinggi dalam rekod, manakala pelajar daripada Malaysia dan Arab Saudi menerima manfaat belajar di negara masing-masing.

Kita juga berbangga dengan keutuhan kerjasama Arab Saudi dan Malaysia dalam memastikan kelestarian dan juga memberi kepimpinan kepada Ummah.

Komitmen kukuh kita bersama dalam memerangi fahaman ekstremis didasarkan kepada kepercayaan kita terhadap toleransi, kesederhanaan dan keamanan dalam ajaran Islam sebenar. Kunjungan Baginda Raja Salman ini mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan persaudaraan yang dibina daripada rasa saling hormat-menghormati dan percaya- mempercayai – hubungan yang mampu menjadi contoh buat dunia Islam dan juga dunia luar, bagi manfaat rakyat, rantau dan juga dunia.



PERDANA MENTERI MALAYSIA


Parti Lidah Bercabang DAP Kini Muka Tembok Mengadap Duta Besar China



Image result for dap parti lidah bercabang


Semasa kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak berbaik dengan kerajaan China bagi menarik pelaburan ke Malaysia , pihak pembangkang terutamanya DAP  mengkritik dan menghasut  konon kerajaan hendak jual negara 

Lebih buruk , mereka cuba menjadi batu api untuk merosakkan hubungan  antara  kedua buah negara Malaysia dan kerajaan China.

Kini satu kumpulan Ahli Parlimen DAP  diketuai Ketua Menteri rasuah banglo terlajak murah pula yang terhegeh - hegeh berjumpa dengan Duta Besar China ke Malaysia. 

Nampaknya semua sudah U-turn dan apa kata Mahathir dan gang PPBM tentang pertemuan DAP ini dengan China? Mahathir antara yang lantang mengkritik Projek Forest City yang turut melibatkan pelaburan China dengan pelbagai andaian yang dicedok dari media Barat hingga menimbulkan kemurkaan Sultan Johor.


Tetapi Cina DAP ini mungkin sedar “there is no point” untuk bergaduh dengan China. Lebih baik berkawan dari ergaduh dengan kuasa besar dunia ini dengan menarik pelaburan ke Pulau Pinang. Ini berikutan FDI negeri ini sejak ditadbir DAP semakin merosot dan merudum.



Wednesday, February 22, 2017

Apakah Akan Berlaku Bila DAP Bergabung Dengan Bersatu Demi Mengelak Tindakan ROS?




Semakin kuat tiupan desas-desus yang mengatakan, Lim Kit Siang sedang berusaha menyelamatkan DAP buat kali terakhir daripada diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan setelah isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Tertinggi (CEC) parti itu sehingga kini masih belum disahkan dan masih berlarutan, meskipun PRU-14 semakin hampir.


Kononnya, terdapat cadangan agar DAP dibubarkan dan kemudian mengambilalih Cap Bunga pimpinan Mahathir menerusi penggabungan - kaedah yang paling digemari oleh Mahathir sepertimana ketika dia cuba mengawal sektor perbankan negara pada penghujung 90-an.

Selain menyelamatkan DAP sebagai sebuah parti, Lim  Kit Siang juga sangat berharap, dia boleh menggunakan PENGALAMAN SERTA KELICIKAN MAHATHIR mempergunakan hakim dan mahkamah bagi membebaskan Lim Guan Eng daripada hukuman sepertimana yang Mahathir lakukan ketika memecat sebilangan besar hakim serta Ketua Hakim Negara pada penghujung 80-an.

DAP sendiri sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang sangat kronik. Beberapa fraksi dalam DAP, tidak lagi berselindung menunjukkan kebencian serta penentangan terhadap penguasaan Keluarga Lim di dalam DAP.

Di Perak, Nga Kor Ming dan sepupunya, Ngeh Kor Ham melaksanakan 'pembunuhan' pengaruh Dinasti Lim secara perlahan-lahan dan berhati-hati tetapi sangat berkesan.

Anak-anak mendiang Karpal Singh yang merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga, telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka berhubung tindakan Lim Kit Siang berbaik-baik dengan Mahathir.

DAP Sabah telah berpecah teruk, manakala DAP Johor terus bergelut antara fraksi melibatkan Dr Boo Cheng Hau ADUN Skudai yang sangat dibenci oleh Anak-Beranak Lim dengan Liew Chin Tong yang merupakan penjilat tegar Lim Guan Eng - setaraf dengan Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin kepada Mahathir.

Gabungan antara DAP-Cap Bunga pastinya akan menjadi sangat menarik memandangkan Mahathir sudah beberapa kali mengiktiraf DAP sebagai sebuah parti Cina yang sangat kuat, malah jauh lebih baik berbanding MCA, GERAKAN mahupun SUPP di Sarawak.

Selepas PAS terus berdolak dalih dan membuatkan DAP berputih mata, bahkan telah menelanjangkan banyak rahsia Lim Guan Eng di Pulau Pinang, apa lagi yang ada pada DAP atau lebih tepat lagi Lim Kit Siang dalam usaha menawan Putrajaya melainkan menggabungkan diri mereka dengan Cap Bunga, bahkan PAN dan PKR menjadi satu Barisan!!!

Maka tidak hairanlah mengapa desas-desus DAP akan dibubarkan dan bergabung dengan Cap Bunga begitu kuat kedengarannya di kalangan orang politik, termasuklah orang DAP sendiri!

Kenapa tak banding dengan kemampuan negara OPEC?


Dec 2014 was the first month where Malaysia started going on a managed float for RON95. It was RM2.26 then or USD0.67 based on exchange rates then.


Compare that to Feb 2017 where it is now RM2.30 or USD0.52.  We can then see that the effects of currency and also low crude prices brought us back roughly to the same price in Ringgit terms.

However, you can see that the vast majority of the countries that were cheaper than Malaysia in Dec 2014 have cut subsidies and have raised their petrol prices by about 30% to 50%.


These major oil production and exporting countries were forced to do so when low crude prices put great pressure on their finances.

As a consequence, Malaysia is one of the very few countries where the price of petrol had dropped in USD terms while the rest have increased - a few by a big margin.


Some countries that were cheaper than Malaysia in 2014 have experienced even bigger changes


Libya dropped off the list since 2014 due to war. Brunei requested for their country to be removed from the list as in the month of March 2016, Malaysia's petrol was actually cheaper than Brunei.


Syria's petrol was USD0.05 per liter in 2014 but it is now USD1.04 while Sudan was USD0.34 but is now USD0.94 per liter. Angola, which was just one spot cheaper than Malaysia in 2014 has seen its price jump from USD0.59 to USD0.95.


On the balance of these vast changes in oil prices and exchange rates and its effect on other countries, it is proven that Malaysia's petrol prices have been fair to the people - despite accusations from Pakatan.
[09/02, 15:59] Dato Eric Lim (LSS): These are the countries whose petrol prices are currently cheaper than Malaysia in the month of February 2017.

1. Venezuela - RM0.04 per litre
2. Saudi Arabia - RM1.06 per litre
3. Turkmenistan - RM1.22 per litre
4. Algeria - RM1.43 per litre
5. Egypt - RM1.46 per litre
6. Kuwait - RM1.51 per litre
7. Iran - RM1.63 per litre
8. Brunei RM1.66 per litre
9. Ecuador - RM1.73 per litre
10. Bahrain - RM1.85 per litre
11. Qatar - RM1.99 per litre
12. Nigeria - RM2.06 per litre
13. Kazakhstan - RM2.06 per litre
14. Sierra Leone  - RM2.19 per litre
15. Oman - RM2.23 per litre
16. UA Emirates - RM2.26 per litre

Malaysia is listed at 17th cheapest in the world at RM2.30 per litre. All the countries that are cheaper than us are mostly big oil producers and exporters whereas Malaysia is now a net importer of oil.

Which country do you want Malaysia to be cheaper than and why? 




Tuesday, February 21, 2017

Tan Bang Ang Dan MB Johor



Menurut Malaysiakini, daftar pemilih bagi suku ketiga 2016 yang merekodkan pertukaran alamat pemilih oleh Khaled dan anaknya Akmal Saufi ke lokasi di atas.

Daftar pemilih bagi suku berikutnya mencatatkan 12 lagi individu turut disenaraikan kepada alamat yang sama.
Jika daftar pemilih itu diwartakan, maka akan ada 14 orang, termasuk MB dan anaknya, didaftarkan sebagai pengundi di alamat itu,” kata ADUN DAP itu.

Ia adalah antara ratusan butiran pengundi yang didakwa mencurigakan yang dikemukakan oleh Tan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Johor, hari ini.
Menurut Tan, alamat yang dipersoalkan ialah ibu pejabat Umno bahagian Pasir Gudang di alamat 1, Jalan Tembusu, Taman Rinting.

Lantas saya membuat pemeriksaan ringkas kerana mungkin Tan dilahirkan tidak cukup sifat dan tiada daya pemikiran untuk membuat pemeriksaan ringkas dan mudah menggunakan Internet.

Saya mendapati bahawa alamat yang konon-kononnya mencurigakan Tan itu adalah lokasi Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang.



Inilah rumah kedai mencurigakan Tan Bang Ang
Inilah rumah kedai mencurigakan Tan Bang Ang


Saya akan lebih teruja sekiranya terdapat para pengundi yang berdaftar di dua lokasi pengundian berbeza yang boleh dicapai dalam masa kurang lapan jam.  Ini bermakna sekiranya beliau boleh mengikis kulit jari untuk menghilangkan dakwat kekal selepas mengundi di lokasi pertama, beliau boleh pergi ke lokasi kedua mungkin di sebuah negeri berjiranan untuk mengundi kali kedua.

Saya lebih tertarik dengan suatu perkara yang pernah diajukan kepada Ambiga dan rakan-rakan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 pada tahun 2013 di mana dua orang pemimpin pembangkang berdaftar sebagai pengundi MENGGUNAKAN ALAMAT RUMAH SEORANG AHLI UMNO!


20130424-232533


Seperti yang tertera dalam Tweet di atas bertarikh 16hb April 2013 (sebelum Pilihanraya Umum Ke-13), Dato Zaiful Ayu Ibrahim, anak kepada Tan Sri Dr Ibrahim bin Saad, meminta tolong Ambiga, BERSIH 2 dan Nurul Izzah menyiasat bagaimana dua orang pengundi hantu bernama Wan Azizah binti Wan Ismail dan Anwar bin Ibrahim boleh berdaftar di rumah keluarganya di Permatang Pauh sedangkan keluarganya secara keseluruhan merupakan penyokong tegar UMNO di kawasan Parlimen tersebut.

Apabila saya memeriksa senarai pengundi berdaftar terkini bertarikh 27hb September 2016, saya dapati kedua-dua pengundi hantu tersebut masih berdaftar sebagai pengundi di alamat tersebut!


Pengundi-pengundi hantu masih wujud di Permatang Pauh
Pengundi-pengundi hantu masih wujud di Permatang Pauh

Tidak menghairankanlah jika Tan tidak teliti dalam perkara seperti ini. Beliau pernah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor atas alasan membawa masuk orang luar tanpa kebenaran ke dalam dewan persidangan.

Apabila mendapat sedikit kuasa menjadi ADUN, Tan berlagak seolah-olah Dewan Undangan Negeri Johor itu DAP yang punya.  Teringat saya kepada suatu perumpamaan lama dalam tentera, “Seperti Red Indian mendapat senapang.”  Habis kesemuanya di tembak termasuk langit.

Sekiranya Tan kurang kebangangannya, beliau akan membantu SPR mencari senarai orang yang tidak layak mengundi dan orang yang telah mati yang masih tersenarai sebagai pengundi.  Setakat berdaftar di rumah kedai tidaklah seteruk orang kuat PKR dan Ketua Anus Usus Umum Pakatan berdaftar di rumah orang kuat UMNO sekurang-kurangnya untuk dua pilihanraya umum dan dua pilihanraya kecil di tempat yang sama.

Malangnya, semasa waktu bantahan untuk Rang Daftar Pemilih suku tahunan diberikan, dia tidak membantah. Kini baru beliau hendak timblkan syak wasangka.

 Menurut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958, mana-mana daftar pemilih yang telah diwartakan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.


Saya yakin, contohnya di Selangor di mana Shah Alam merupakan kawasan majoriti Melayu, kini mempunyai ramai pengundi berbangsa Cina dipindahkan di situ.  Saya tidak menuduh sesiapa tetapi perhatikanlah kemungkinan berlakunya pertambahan pengundi berdaftar berbangsa Cina di kawasan Setia Alam yang kini di bawah Parlimen Shah Alam, dan lihat akan penurunan jumlah pengundi berdaftar di kawasan-kawasan di mana DAP menang dengan majoriti yang besar – sebagai contoh, Parlimen Seputeh di mana majoritinya melebihi 50,000.  Kemungkinan ada perpindahan kawasan mengundi bagi sebilangan mereka.

Kemungkinan juga ada 23 orang pengundi di setiap rumah kedai di situ.
Boleh Tan Bang Ang periksa? 


Tan Bang Ang
Tan Bang Ang





DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.