Apakah Jacel
Kiram mahu mengambil hati Anwar Ibrahim, dan bakal menabalkannya menjadi
'Princess of Sabah' dalam sebuah kerajaan autonomi sekiranya pembangkang
berjaya memerintah Malaysia nanti?
Puteri
kesayangan pengganas Jamalul Kiram III sudah mula bermain twitter. Boleh
dianggap hebat kerana dalam tempoh 17 hari, beliau sudah mampu mengumpulkan
7,362 pengikut (followers).
Pengikut
Jacel Kiram ini bukan hanya tertumpu di Filipina malah turut mengumpulkan
sebilangan besar pengikut dari Malaysia.
Aneh ...
Apabila
puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III ini mula membuka twitternya sejak
13 Mac yang lalu, blog-blog pembangkang dilihat MERAIKAN dan MEMPROMOSIKAN
Jacel Kiram seolah-olah beliau kini seorang SELEBRITI dan sudah menjadi
sebahagian anggota keluarga Pakatan Rakyat.
http://mimpi-senja.blogspot.com/2013/03/dari-twitter-jackel-kiram.html
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/03/salam-ini-akaun-twitter-rasmi-saya.html
Rakyat
seharusnya bertanya kepada Anwar Ibrahim, mengapa blog-blog pembangkang
kelihatan cukup GHAIRAH MEMPROMOSIKAN akaun twitter puteri kesayangan pengganas
Jamalul Kiram III ?
Apa motif
dan agenda blog-blog pembangkang ini ...
Rakyat perlu
diajak untuk mengingati kembali bagaimana beliau pernah memperlekehkan dan
membohongi dunia dengan dakwaan ramai pasukan anggota keselamatan negara telah
terbunuh dengan mempamerkan gambar-gambar palsu yang diambil dari internet.
Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram
III, shows on Sunday a purported image of Malaysian casualties after a clash
between Malaysian authorities and armed followers of Sultan Kiram in Lahad
Datu, Sabah. A similar photo of the Princess appeared on the front page of the
Philippine Star. GMA News Online has verified that the image is fake, and most
probably of dead Thai soldiers killed in Thailand in 2007. The image of the
Thais has previously appeared elsewhere on the Internet.
Anak perempuan Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Puteri Jacel
Kiram, menunjukkan imej berupa mayat pihak berkuasa Malaysia selepas
pertembungan antara dan pengikut bersenjata Sultan Kiram di Lahad Datu, Sabah
pada hari Ahad lalu. Gambar Puteri ini juga muncul di muka depan Philippine
Star. GMA News Online telah mengesahkan bahawa imej adalah palsu, dan
berkemungkinan besar imej adalah askar Thai yang terbunuh di Thailand pada
tahun 2007. Imej-imej ini juga boleh didapati di Internet.
Kebodohan
puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III akhirnya dibongkar sendiri oleh
media Filipina. Gambar dan imej yang dicedok oleh Puteri Jacel Kiram ini adalah
petikan foto askar yang terbunuh sewaktu insurgensi di Thailand pada tahun
2007.
Gambar ini
boleh didapati melalui laman web ini ...
http://www.documentingreality.com/forum/f10/dead-thai-soldiers-87702/
Malu dengan
tindakan bodoh beliau, Puteri Jacel mula menggerakkan kempen di Twitter dengan
menyatakan sokongan terhadap pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan menyelar
kerajaan Malaysia. Tidak cukup lagi, puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram
III turut menghentam dan memperlekehkan pasukan anggota keselamatan negara.
Namun
begitu, kita harus melemparkan pujian terhadap semangat patriotik rakyat
Malaysia yang melontarkan kecaman dan kritikan terhadap beliau.
Rata-rata
pengikut Twitter yang meninggalkan mesej kepada puteri kesayangan pengganas
Jamalul Kiram III itu secara tegas mahu kumpulan pengganas Kiram III yang
menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu keluar segera daripada negeri tersebut.
Namun
begitu, timbul satu persoalan cukup menarik perhatian ...
Mengapa
Jacel begitu berminat mengikuti Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR
yang sudah semakin galak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Musykil,
Musykil dan Musykil ...
Apakah Jacel
Kiram mahu mengambil hati Anwar Ibrahim, dan bakal menabalkannya menjadi
'Princess of Sabah' dalam sebuah kerajaan autonomi sekiranya pembangkang
berjaya memerintah Malaysia nanti?
Perlu
diingat, Anwar Ibrahim adalah MAKHLUK yang menawarkan kerajaan autonomi Sabah
kepada pengganas Jamalul Kiram III.
CUKUP
MENGHAIRANKAN KERANA JACEL KIRAM MENJADIKAN ANWAR IBRAHIM ... SATU-SATUNYA,
AHLI POLITIK DI DUNIA INI YANG DIIKUTI MELALUI TWITTER.
Bukankah ini
suatu PETANDA JELAS mereka ini boleh dikaitkan mempunyai matlamat dan
perancangan yang sama dalam peristiwa pencerobohan pengganas Jamalul Kiram III
di Sabah?
Lebih
menarik lagi, Jacel Kiram pernah disiarkan dalam media Filipina menaiki jet
peribadi entah milik siapa.
Cukup
musykil ... Bagaimana puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III secara
tiba-tiba mampu menaiki dan menyewa sebuah jet peribadi, walhal Jamalul Kiram
III mendapatkan rawatan dialisis hasil ehsan Jabatan Kebajikan Filipina.
Anwar
Ibrahim ... Mintak tolong lu jawab brader.
No comments :
Post a Comment