[Fasal 3.
Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu
daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut
laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.
Malaysia
juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari
50 ke 54.]
8
MAC : Hasil kajian firma audit, Ernst and Young yang meletakkan
Malaysia sebagai antara 10 negara paling korup tidak boleh
digunapakai kerana laporan itu hanya menimbulkan kekeliruan apatah
lagi kajian hanya disandarkan kepada syarikat tertentu sahaja.
"Kajian
itu hanya dibuat kepada lapan buah negara, mengambil itu sebagai
bukti atau fakta mengatakan kita (Malaysia) paling korup pun tidak
benar kerana kajian melibatkan hanya lapan buah negara sahaja.
"Ia
juga bukan melibatkan negara sebaliknya syarikat di dalam negara
berkenaan dengan 681 pegawai syarikat dipanggil untuk diberi maklumat
berkenaan persepsi korup," kata Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menjawab soalan tambahan Ahli
Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali pada sidang Dewan Rakyat,
Selasa.
Menurut
Razali, kedudukan negara yang jatuh 2 mata ke kedudukan ke 50 pada
2015 daripada 52 pada 2014 di dalam Indeks Persepsi Rasuah 2015 (CPI)
pula hanya bersandarkan kepada persepsi.
"CPI
indeks yang digunakan untuk mengukur tetapi ia melibatkan tentang
persepsi. Terlalu banyak perkara melibatkan persepsi rasuah banyak
dibicarakan di pelusuk tanah air tahun lepas yang mungkin sedikit
sebanyak menyumbang kepada amalan rasuah," katanya.
Justeru
Razali mencadangkan kepada semua ahli parti politik di negara ini
termasuk seluruh rakyat supaya menyokong apa juga rancangan kerajaan
dalam menangani masalah rasuah.
"Semua
kena yakin dan percaya bahawa semua perkara yang disusun adalah untuk
membebaskan negara daripada amalan rasuah. Tetapi kalau masih ada
persepsi rasuah ditimbulkan, kerja-kerja kerajaan ini akan menjadi
lebih sukar," katanya.
CPI
2015 dunia menunjukkan kedudukan Malaysia menurun sebanyak 2 mata
kepada 50, berbanding 52 pada 2014 di belakang negara membangun lain
seperti Jordan (45), Namibia (45) dan Rwanda (44).
Malaysia
juga termasuk di dalam senarai negara yang mempunyai skor menurun
tetapi masih kedua tertinggi di Asia Tenggara. Negara-negara lain
yang skornya turut merosot di rantau ini ialah Filipina, Jepun dan
Hong Kong.
No comments :
Post a Comment