Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 24, 2016

"Pertemuan terbaik antara saya dengan PM" - Nik Abduh


Jika ada yang 'sakit mata' melihat kemesraan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Masjid Wilayah Persekutuan Ahad malam... Ahli parlimen Pasir Mas itu ada jawapan yang cukup bermakna.
Kata anak allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, pertemuan beliau dengan PM yang disaksikan 20,000 pelajar tahfiz dalam masjid dan suasana mengingati Allah SWT itu adalah "pertemuan terbaik".

Menurutnya, kehadirannya dan Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan pada majlis bersama Najib itu dikritik oleh sesetengan pihak, namun katanya ia adalah pertemuan terbaik beliau bersama dengan Perdana Menteri.

“Jika ada yang tercalar hati mereka dengan pertemuan tersebut, lalu mentohmah, bolehlah mereka mengubati sendiri duka dan amarah di hati mereka dengan berkata, “Tidak cukupkah lagi masjid, al Quran dan perhimpunan zikrillah menjadi penyejuk hati dan kerehatan bagi manusia yang sentiasa berselisih di medan politik?”

“Jika Malaysia mahu kembali dengan keadilan dan kesejahteraan hidup, maka kembalilah kepada al Quran dan masjid. Selainnya adalah kepalsuan yang nyata,” katanya.

Sementara itu, Nasruddin Hassan sebelum ini menjelaskan mereka tidak mengelak dari bertemu Najib dalam majlis itu adalah untuk mengaplikasikan Politik Dakwah.

“Kita akan teguh berprinsip bagi memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Kami akan perangi penyakit (ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam), kami tidak memusuhi pesakitnya.

“Sebaliknya kami akan terus berjuang untuk menegur, mengkritik dan mendidik mereka agar kembali ke jalan Allah SWT,” katanya.

Najib merasmikan Himpunan 20,000 Huffaz anjuran Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA) di Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2015 Disember lalu berkata UMNO menghulurkan tali silaturahim kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu “disepak dan diterajang keluar” oleh rakan-rakan pembangkangnya.

Manakala keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Abdul Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti bersedia untuk menjalin hubungan bersama UMNO berhubung perkata berkaitan dengan memperkasakan agama dan negara.

Ahad lalu, Himpunan 20K Huffaz telah menghimpunkan 20,000 penghafaz al-Quran yang mewakili 300 buah Maahad Tahfiz yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib turut menyertai Majlis Khatam Al- Quran beramai-ramai dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama para huffaz.

Beliau turut mengumumkan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara bagi meningkat dan mengembangkan pengajian maahad tahfiz dalam negara.


1 comment :

mat said...

so? bukan pas nak sokong umno pun...........retorik semata mata

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.