Pertemuan
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di
Rumah
Universiti (UM) Kuala Lumpur pada 4 Mac (Jumaat)
AIDC –
Pertemuan
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penasihat DAP,
Lim Kit Siang pada Jumaat lalu seolah-olah mencerminkan apa yang
berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) pada tahun 2008.
Memang
diakui, Tun Mahathir dan Lim Kit Siang merupakan dua tokoh politik
veteran yang hebat. Kedua-dua tokoh itu memiliki gelaran yang hampir
sama, pemain politik licik, pencatur politik Macheveli dan
sebagainya.
Tun
Mahathir mengetahui kekuatan politik pemimpin supremo DAP itu dan
begitulah sebaliknya, Kit Siang juga mengenali kekuatan politik bekas
Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Pada
November 2013, Tun Mahathir melabelkan Kit
Siang sebagai pemimpin gila kuasa yang
tidak mahu bersara dalam bidang politik yang diceburinya sejak dari
tahun 1964.
“Pada
1964 saya jadi Wakil Rakyat (di parlimen Kota Star Selatan, Kedah).
Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair (Ahli Parlimen
PAP, Bangsar). Kemudian setelah PAP tidak dapat aktif lagi di
Malaysia, Kit Siang menubuh DAP dan menjadi ketuanya.
“Saya
bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi
wakil rakyat Gelang Patah. Bila Kit Siang akan bersara? Sampai mati
kah? Jika sudah bersara nak jadi pemimpin kanan (Senior Leader) DAP
kah?,” soal Tun Mahathir.
Sebelum
itu, semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada April 2013, Tun
Mahathir turut berkempen di Johor untuk mengalahkan Kit Siang yang
bertanding di Parlimen Gelang Patah.
“Lim
Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri
Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor
menjadi ‘kubur’ kepada Lim Kit Siang.
“Kita
perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi
simpanan tetap BN,” katanya pada majlis
‘Bicara Minda’ anjuran
Pusat Khidmat Parlimen Pulai.
Tun
Mahathir berkata Lim mahukan rakyat ‘Ubah’ dan ‘Tukar’
kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin
veteran DAP itu yang perlu berubah.
“Kita
telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi
dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia.”
Walaupun
Tun Mahathir turun berkempen, namun, Kit Siang tetap menang sebagai
Ahli Parlimen Gelang Patah pada PRU 13.
Pada
PRU 13, BN berjaya mengambil semula kerajaan Kedah dan Perak, namun
masih tewas di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
BN
juga masih lagi gagal mendapat kuasa 2/3 di parlimen apabila
memperolehi 133 kerusi berbanding dengan Pakatan Rakyat 89 kerusi
(DAP 38, PKR 30 dan PAS 21).
Tun
Mahathir berkempen menyokong BN pada PRU 13, selepas menyertai
UMNO semula pada 4 April 2009,
selepas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih jawatan
Perdana Menteri Malaysia.
Borang
kemasukan semula UMNO Tun Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah
Mohd Ali diserahkan sendiri kepada Najib yang juga Presiden UMNO.
Sebelum
itu, pada 19 Mei 2008, Tun
Mahathir mengumumkan keluar daripada UMNO kerana
hilang keyakinan kepada kepimpinan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad
Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ketika
itu, meskipun hanya Tun Mahathir yang mengumumkan keluar UMNO, namun
suara beliau disokong oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Menteri
kabinet dan Ahli Parlimen Pagoh), Datuk Mukhriz Mahathir (Ahli
Parlimen Jerlun) dan Dr. Mohd Puad Zarkashi (Ahli Parlimen Batu
Pahat).
Mereka
meletakkan kesalahan kejatuhan kerajaan BN di Perak, Kedah Selangor,
Pulau Pinang dan Kelantan pada PRU 2008 berpunca daripada kelemahan
pimpinan Tun Abdullah selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Pada
PRU 2008 juga BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat apabila BN
mendapat 139 kerusi berbanding dengan Pakatan Rakyat 75 kerusi (DAP
28, PKR 24 dan PAS 23) serta Bebas 8 kerusi.
Ekoran
prestasi buruk itu, Tun Mahathir mendesak supaya Tun Abdullah meletak
jawatan PM dan Presiden UMNO dan menamakan Najib sebagai
penggantinya.
Pada
April 2009, Tun Abdullah meletakkan jawatan PM dan Presiden UMNO
untuk diambil alih oleh penggantinya, Najib Razak.
Dato’
Sri Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA ketika ditemui
AIDC pada Oktober tahun lalu kritikan-kritikan
Tun Mahathir terhadap pentadbiran Tun Abdullah yang
bermula pada tahun 2005 telah diambil kesempatan oleh DAP untuk
memecah belah undi Cina yang mengakibatkan BN hilang majoriti 2/3 di
Dewan Rakyat.
Sebagai
ahli politik veteran, Tun Mahathir tahu kunci undi Cina dalam
menentukan kemenangan dan kekalahan dalam PRU kerana beliau sendiri
pernah tewas di Parlimen parlimen Kota Star Selatan pada PRU 1969.
Ketika
itu, Tun Mahathir tewas kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa dengan
majoriti 989 undi sedangkan sebelum ini pada PRU 1964, beliau
menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Abdul Syukor dengan majoriti 4,210
undi.
Tun
Mahathir dipecat keahlian UMNO pada 26 September 1969 selepas beliau
mengedarkan surat terbukanya yang mengkritik perdana menteri, Tunku
Abdul Rahman Putra Al Hajj.
Dalam
surat tersebut, Tun Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan
pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat kaum Cina.
Kemunculan
DAP sebagai kuasa politik terkuat di kalangan parti pembangkang pada
PRU 12 dan PRU 13 sebenarnya adalah cerminan kejayaan parti itu pada
PRU 1969.
Sebagai
kesinambungan perjuangan PAP (People Action Parti) yang kalah
teruk pada PRU 1964,
DAP lebih lantang memperjuangkan isu rasis kepada kaum Cina.
Menggunakan
platform The Rocket, organ DAP, Kit Siang mengecam sekeras-kerasnya
terhadap MCA yang didakwanya mengikut telunjuk UMNO.
Kit
Siang juga menjadi penyambung lidah PAP apabila melaungkan dengan
lantang konsep ‘Malaysian Malaysia’ iaitu satu konsep mengamalkan
politik sama rata tanpa mengira kaum dan agama.
Perkara
153 berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu-Bumiputera dan bahasa
Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dikritik hebat
oleh Kit Siang menjadikan dirinya popular dalam suratkhabar berbahasa
Cina.
Begitu
juga dengan kritikan-kritikannya terhadap perkara 152 (kedudukan
Bahasa Melayu) Perlembagaan Persekutuan.
Kritikan
terhadap Perkara 152 dan 153 sebenarnya dipopulari oleh Lee Kuan Yew,
Setiausaha Agung PAP ketika Singapura sebahagian daripada Malaysia.
Ekoran
perkauman yang melampau itu, DAP berkongsi kemenangan dengan Gerakan
Rakyat Malaysia (GRM) di kawasan pengundian majoriti Cina pada PRU
1969.
Ketika
itu GRM adalah parti pembangkang dan kemudiannya menyertai BN selepas
berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969.
No comments :
Post a Comment