Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 24, 2016

GUAN ENG , SPRM, VIDEO PENDEDAHAN TERBARU BANGLO & TAMAN MANGGIS !


LimGuan Eng DAP in hot soup! Dalam perkembangan terbaru, dua laporan telah dikemukakan kepada pihak SPRM Pulau Pinang tentang isu tanah Fasa 2 Taman Manggis dan juga banglo diskaun no swimming pool.


Laporan itu dibuat oleh Pemuda dan Wanita UMNO Pulau Pinang hari ini.

Dalam masa yang sama, kita telah menyaksikan wayang ahli-ahli parlimen DAP yang sengaja membuat provokasi di dalam dewan parlimen. Walau pun tuan speaker dewan telah membuat keputusannya, tetapi Lim Guan Eng dan ahli-ahli parlimen DAP yang lain berterusan menyampuk hinggakan tuan speaker terpaksa menghalau Lim Guan Eng DAP. Manakala ahli-ahli dewan DAP yang lain turut beredar keluar daripada dewan.

Rakyat nampak wayang ini dan kita dapat mengagak bahawa mereka ini gentar dengan pendedahan yang bakal dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DS Abdul Rahman Dahlan selepas itu.

Dan memang benar, Rahman Dahlan telah mendedahkan 2 dokumen Perjanjian Jual Beli (S & P) berkaitan tanah Fasa 2 projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.
Rupa-rupanya tanah tersebut yang dimiliki sebuah syarikat swasta KLIDC cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta! 

Lihat video di bawah:





Rahman Dahlan akan menyerahkan dokumen ini kepada pihak SPRM untuk disiasat. Beliau juga berkata bahawa dokumen itu turut menyatakan satu pembayaran RM17 juta yang perlu dibayar kepada 4 syarikat yang lain!

Apakah nama 4 syarikat yang terlibat ini? Apakah ada satu lagi skandal di dalam skandal yang sedia ada?

Kita tunggu dan lihat.

Lihat juga video di bawah ini:



Sebelum ini Lim Guan Eng DAP dikritik hebat kerana 'tidak tahu' tanah kontroversi di Taman Manggis itu adalah untuk projek perumahan rakyat. Padahal, isu tanah ini telah dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, jawapan Lim Guan Eng yang tidak tahu harga pasaran banglo No Swimming Pool milik beliau juga telah dikritik hebat.

Beliau adalah Ketua Menteri, pengerusi hal ehwal tanah negeri dan akuntan bertauliah. Malah, Lim Guan Eng DAP juga memiliki 2 hartanah di Melaka seperti yang MiM dedahkan sebelum ini. Apakah Lim Guan Eng 'tidak tahu' atau 'ingin tahu' harga pasaran 2 hartanah itu ketika beliau membelinya?


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.