Pada
ketika golongan anarki berkepentingan yang didalangi oleh
taukeh-taukeh konglomerat kroni Mahathir sedang berusaha membentuk
sebuah PAKATAN PAKATUN untuk menumbangkan Najib Abdul Razak,
kenyataan Mahathir bahawa dia tidak kisah sesiapa pun menjadi Perdana
Menteri asalkan bukan Najib Abdul Razak, menjadi pemangkin kepada Lim
Guan Eng untuk mengumpulkan kekuatan dan menjelma sebagai kuasa serta
asas KEPERDANAMENTERIAN baru yang bakal mengubah landskap politik
negara dan Perlembagaan Persekutuan khususnya ARTIKEL 153 sedang giat
dijalankan.
Dengan
seluruh perhatian diberikan kepada Mahathir dan gelagat angkatannya,
tiada siapa pun yang peduli dengan apa yang sedang dilakukan oleh Lim
Guan Eng di Pulau Pinang.
Lim
Guan Eng di Pulau Pinang sedang berhadapan dengan masalah besar
krisis kepercayaan daripada DAP Pulau Pinang dan DAP Malaysia secara
keseluruhan. Walau bagaimanapun, beberapa krisis dan kontroversi
melibatkan UMNO dan kepimpinan UMNO, berjaya menyenyapkan atau
melindungi masalah-masalah yang dihadapi oleh Lim Guan Eng.
Pendedahan
demi pendedahan yang dibuat berhubung penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa oleh Lim Guan Eng menerusi media sosial, mula
menyedarkan massa tentang siapa Lim Guan Eng sebenarnya.
Namun
Lim Guan Eng tidak peduli kerana ia tidak menjadi masyhur dan popular
serta hangat diperkatakan.
Sedar
yang dia semakin kehilangan sokongan di kalangan DAP Pulau Pinang,
Lim Guan Eng mula mengumpulkan para penyokongnya yang ada nama dari
seluruh Malaysia di Pulau Pinang. Guan Eng membentuk sebuah barisan
atau pasukan yang akan mempertahankan kuasa dan kewujudannya, yang
menjadi perisainya daripada serangan-serangan dari dalam dan luar
DAP.
Perlantikan
Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban sebagai salah seorang Pengarah
di Penang Hill Corporation menggantikkan ADUN Kebun Bunga PKR, Cheah
Kah Peng yang dipecat oleh Lim Guan Eng bulan Januari lalu,
seharusnya membuka mata semua orang. Gaya politik yang dimainkan oleh
Lim Guan Eng adalah gaya politik politburo sosialis tegar yang
akhirnya berpusat kepada satu kuasa sepertimana yang dinikmati oleh
Mao Tze Tung, pemimpin agung Komunis China.
Anthony
Loke merupakan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. Loke sendiri
telah mengesahkan perlantikannya dan berkata, Lim telah menawarkan
kedudukan di dalam Lembaga Pengarah tersebut. Perlantikan tersebut
menyebabkan berlakunya protes dari kalangan ahli-ahli politik Pulau
Pinang.
ADUN
Pulau Betong UMNO, Muhammad Farid Saad berkata, Lim Guan Eng telah
menghina rakyat Pulau Pinang kerana perwakilan yang dipilih oleh
rakyat Pulau Pinang, bukan sahaja tidak dipandang, bahkan dihina
apabila seseorang dari Seremban pula yang dilantik semata-mata Lim
Guan Eng mahu membina perisai di sekelilingnya.
Timbalan
Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng menegaskan, Lim adalah
seorang rakyat Johor yang membesar di Melaka, manakala pemimpin DAP
Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula adalah dari Kuala Lumpur. "Dan
sekarang mereka sepakat untuk membawa orang dari Seremban untuk
menguruskan sebuah bukit di Pulau Pinang. Ini adalah sesuatu yang
amat mengarut."
Apa
kelebihan Anthony Loke berbanding rakyat tempatan Pulau Pinang untuk
menguruskan sebuah tempat di sebuah negeri yang sangat asing baginya?
Adakah
dengan 10 orang Ahli Parlimen dan 29 orang ADUN Pakatan Harapan yang
diketuai oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang, tiada seorang pun yang
mampu mencapai kualiti pengurusan seperti yang ada pada Anthony Loke
sehingga memerlukan Lim Guan Eng membawa Anthony Loke ke Pulau
Pinang?
Atau
sebenarnya Anthony Loke diperlukan oleh Lim Guan Eng untuk
melindunginya daripada dijatuhkan oleh DAP sendiri kerana
penyelewengan dan salah guna kuasanya?
Lim
Guan Eng dalam satu tindakan gopoh telah memecah Cheah Kah Peng
daripada Lembaga Pengarah Penang Hill Corporation selepas Cheah dan
empat orang ADUN PKR mengambil sikap berkecuali dalam usul projek
penambakan laut agar digantung sehingga kajian alam sekitar dibuat.
Usul
tersebut telah dibuat oleh Muhammad Farid dan semua ADUN UMNO
mengundi menyokong, termasuklah seorang ADUN DAP, Teh Yee Cheu, yang
merupakan seorang pencinta alam sekitar dan ADUN Tanjung Bungah.
Ditanya
tentang perlantikan Anthony Loke, perlantikan tersebut merupakan
kuasa prerogatif Lim Guan Eng. Rakyat tidak boleh mempersoalkannya
kerana ia adalah hak total Lim Guan Eng.
Untuk
menyedapkan hati, Anthony Loke berkata, perlantikannya sebagai ahli
Lembaga Pengarah Penang Hill Corporation adalah TIDAK BERGAJI DAN
BERELAUN dan merupakan kedudukan bukan eksekutif. Menurutnya lagi,
dia adalah jurucakap Parlimen DAP untuk pelancongan.
{ baca artikel asal di sini }
No comments :
Post a Comment