Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 10, 2016

'Malaysia Muflis' Dibawah Najib, Masa Sama Anak Lelaki Muhyiddin Buat Untung




Antara promosi, publisiti dan doktrin yang cuba diterapkan oleh PAKATUN terutama sekali menerusi kenyataan media Muhyiddin Yassin, Mahathir dan Mukhriz ialah, Deklarasi Rakyat Anti Najib adalah untuk menyelamatkan Malaysia.

Malaysia diberikan gambaran sudah musnah di tangan Najib walaupun hakikatnya kedudukan Malaysia jauh lebih baik berbanding sebelumnya berdasarkan data-data rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti tempatan dan dunia.

'Selamatlan Malaysia' dijadikan tagline... tapi kumpulan Pakatun sendiri merupakan kumpulan serigala lapar yang pada tangan-tangan mereka terpalit pelbagai  skandal dan penyelewengan yang telah lama diperkatakan terutama sekali yang membabitkan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.

Pada Mac tahun lepas, anak lelaki Muhyiddin yassin dan rakan-rakannya telah mengambilalih penguasaan majoriti ke atas syarikat senaraian Mulpha Land pada nilai pasaran RM133 juta.

Mulpha Group dan Mulpha Land merupakan pemaju pembangunan hartabah Leisure Farm di Johor seluas 1,765 ekar.

Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin menjadi Pengerusi Eksekutif Mulpha Land dan telah menukarkan nama syarikat tersebut kepada Thriven Global Bhd.

Pada tahun 2014, salah seorang anak lelaki Mahathir dan rakannya menjual sebahagian daripada pegangan mereka dalam Sapura Kencana membolehkan mereka mengaut keuntungan bernilai RM816 juta.

Itu hanyalah sebahagian daripada apa yang kesemua mereka yang terlibat dalam 'Selamatkan Malaysia' ada.

Menariknya Mahathir dan Muhyiddin terus mengatakan Malaysia menjadi negara pengemis, miskin dan papa seandainya Najib terus mengemudi negara ini, anak-anak mereka membuat keuntungan ratusan juta berbanding para penyokong yang tercari-cari alasan untuk membenarkan kata-kata Mahathir/Muhyiddin bahawa Malaysia Negara Pengemis dan Muflis.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.