Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, March 20, 2016

KETUA MENTERI PULAU PINANG KUAT BOHONG.....?



Alasan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa tanah di Taman Manggis di George Town, tidak sesuai dibangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana keluasannya kurang 0.8 hektar adalah satu pembohongan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa alasan Ketua Menteri itu dimaklumkan pegawainya di kementerian, setelah dipersoalkan mengapa tanah berkenaan dijual kepada swasta dan tidak dibangunkan PPR.

Beliau berkata fasa pertama PPR itu telah siap dibina serta diduduki dan pembinaan seterusnya hanya melibatkan blok tambahan kepada bangunan sedia ada.




"Kalau dicampur fasa awal dan fasa kedua, jumlah keseluruhan keluasan tanah (kawasan PPR) itu melebihi dua ekar, lebih daripada memenuhi (syarat projek) PPR, cuma belum buat fasa dua.

"Bila fasa dua masukkan pelan pembangunan yang sama, perunding yang sama, cuma perlu bina satu blok lagi, ia tidak lagi tertakluk kepada dua ekar.

"Baki (tanah) yang ada adalah sebahagian daripada tanah yang luas dan sudah tentu bahagian yang tinggal kurang daripada dua ekar. Tapi, jika saya mahu bina PPR di sana, ia masih boleh dilakukan kerana ia hanya membabitkan satu lagi blok," katanya.

Abdul Rahman berkata Ketua Menteri itu juga tidak patut memberi alasan yang beliau tidak tahu bahawa tanah berkenaan diperuntukkan untuk PPR kerana ia telah direkod dalam hansard semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 2012.

"Saya ada bukti...dalam hansard itu sudah jelas tercatat, apabila beliau menjawab soalan dalam dewan, tanah itu adalah untuk PPR," katanya.

Lim dalam kenyataannya awal hari ini, berkata kerajaan negeri tidak tahu menahu tanah Taman Manggis itu adalah untuk projek rumah kos rendah.

Katanya bagi menggalakkan pelancongan perubatan, kerajaan negeri memutuskan untuk menawarkan tanah itu kepada sebuah hospital pakar.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.