KUALA
TERENGGANU, 8 Mac (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)
Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong menolak "usul" tidak
percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
yang cadangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri
Ahmad Said.
Beliau
berkata usul telah dibuat tanpa notis dan melanggar peraturan DUN.
"Setelah
meneliti Peraturan Tetap Dewan Negeri Terengganu, saya mendapati
bahawa Fasal 33 mestilah dirujuk bersama fasal 45 yang menyebut dalam
apa jua keadaan kebenaran speaker mestilah diperolehi walaupun tanpa
notis dan saya mendapati usul ini tiada elemen keterdesakan dan
sangat penting untuk dibahaskan tanpa apa-apa kelengahan.
"Oleh
itu memandangkan bahawa undi tidak percaya bukanlah memperkatakan
tentang perjalanan kerajaan negeri dan Menteri Besar tetapi
mempersoalkan kewujudkan kerajaan negeri itu sendiri maka saya dapati
usul undi tidak percaya ini tidak termasuk dalam fasal 33 ini. Maka
saya menolak usul ini," katanya pada sidang DUN Terengganu hari
ini.
Ahmad
mencadangkan usul undi tidak percaya itu sebelum mengakhiri
perbahasannya pada sesi perbahasan atas titah ucapan Sultan
Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan persidangan DUN
ke-13 semalam.
ADUN
Kijal itu mengemukakan alasan bahawa terdapat konspirasi untuk
memburukkan nama beliau dalam politik dan sebagai wakil rakyat.
Speaker
kemudiannya memohon supaya beliau diberi masa untuk meneliti usul
tersebut.
Sesi perbahasan ditangguhkan selama dua jam sebelum speaker menolak usul itu pada pukul 3 petang.
Selepas keputusan dibuat, suasana dalam dewan menjadi kecoh dengan desakan pembangkang dan juga Ahmad yang mempertikaikan keputusan tersebut dan enggan menerimanya menyebabkan speaker menangguhkan sidang sehingga esok.
Sesi perbahasan ditangguhkan selama dua jam sebelum speaker menolak usul itu pada pukul 3 petang.
Selepas keputusan dibuat, suasana dalam dewan menjadi kecoh dengan desakan pembangkang dan juga Ahmad yang mempertikaikan keputusan tersebut dan enggan menerimanya menyebabkan speaker menangguhkan sidang sehingga esok.
Sebahagian
ADUN pembangkang mempertikaikan keputusan Speaker Datuk Zubir Embong
menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad
Razif Abdul Rahman yang dibawa oleh ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said
Terdahulu,
dalam perbahasannya, Ahmad membangkitkan isu telaga minyak di Bertam
3, berdekatan pantai Geliga, Kemaman, yang diumumkan terletak di
negeri Pahang dan menurutnya sedangkan ia berada di kawasan perairan
Terengganu.
Beliau juga mendakwa bahawa ketika pentadbiran Ahmad Razif harga rumah naik secara mendadak berbanding ketika beliau menjadi Menteri Besar.
Turut dibangkitkan ialah isu Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) iaitu perbelanjaan pembinaan yang ditanggung kerajaan negeri sebanyak RM950 juta sedangkan di negeri lain kos itu ditanggung pihak swasta atau ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan.
Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya, Ahmad menegaskan beliau tidak akan keluar daripada UMNO walaupun telah mencadang usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
No comments :
Post a Comment