Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 10, 2016

Lagi Tiga Negeri BN Bakal Ditumbangkan Untuk Jatuhkan Najib ?


Image result for MAHATHIR KIT SIANG MUHYIDDIN

AIDC - Move bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kemuka undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini seolah-olah mengesahkan hiptesis ini.

Ahmad Said, ADUN UMNO Kijal, tetapi beliau adalah orang Tun Mahathir Mohamad.

Walaupun cubaan beliau itu gagal kerana usulnya ditolak Speaker Dewan Dato’ Mohd Zubir Embong dengan mengunakan alasan perkara-perkara 33 dan 35 undang-undang sidang dewan, namun ia satu percubaan mengugat kestabilan UMNO Terengganu dari dalam, sebuah parti yang dianggotai Ahmad Said sendiri.

Macam satu kesinambungan, Jumaat lalu Tun Mahathir melancarkan deklarasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak tetapi tegasnya bukannya untuk menjatuhkan BN.

Apa maksud itu ?

Maksudnya mengorbankan beberapa buah negeri, tumbang kepada parti pembangkang sebagai black mail untuk mendesak Najib Razak meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan PM.

Macam strategi PRU 2008. Tun Mahathir mengkritik pemerintahan Tun Abdullah secara konsisten dari tahun 2005, akhirnya Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang tumbang kepada pembangkang.

Ketika itu Tun Mahathir menyeru UMNO supaya menjatuhkan Tun Abdullah yang dikatakan faktor kejatuhan empat negeri yang sebelum ini diperintah oleh BN itu.

Tun Abdullah terpaksa akur kerana sudah ada kayu pengukur (4 negeri tumbang) dan menyerahkan baton kepimpinan kepada Najib Razak.

Apakah strategi 2008 turut digunakan untuk menjatuhkan Najib dengan menumbangkan beberapa negeri lagi pada PRU 14 ?

Mungkin perkara sama akan dilakukan sebab tindakan seseorang diukur daripada latar belakang sejarahnya.

Kedah dan Terengganu tidak termasuk dalam kompas yang dikendaki PAP dan DAP sejak dari tahun 1964.

PAP/DAP hanya mahukan enam negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja.

Selangor dan Pulau Pinang sudah boleh ditutup buku kerana sudah termasuk dalam road map kejayaan DAP.

Masih ada lagi Perak yang DAP sangat cita-citakan.Lagipun DAP yakin dapat tawan pada PRU 14 nanti berdasarkan kemenangan tipis BN di negeri itu.

Masih ada tiga negeri yang DAP perlu kerja keras iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Di antara ketiga-tiga negeri itu -Johor- merupakan Impian utama penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebabnya, Kit Siang sudah memasang khemah di Parlimen Gelang Patah.
Lagipun semua modus operandi DAP termasuk out sourcenya-PAN-ditumpukan ke Johor.
Cuba kaji-di antara pejabat-pejabat PAN di negeri mana paling banyak ditubuhkan ? Jawapan di Johor.

Program Pakatan Harapan mula-mula dilancarkan di Johor. Kes itu juga signifikan.

Kenapa DAP sangat-sangat berimpian mahu menawan Johor ? Sebabnya, jika Johor dapat ditawan, ia akan memudahkan Singapura, negara asal di mana PAP, parti induk DAP ditubuhkan.

Jika Kit Siang dapat menawan Johor pada PRU 14 ini, misi PAP menghantar Kit Siang menerajui DAP pada tahun 1965 berjaya dengan sepenuhnya.

Maknanya, PAP telah menghantar orang yang betul untuk menawan Tanah Melayu.

Dalam masa 42 tahun, Singapura menghantar ejen ke Malaysia akhirnya, Johor dapat ditawan pada PRU 14.

2 comments :

Anonymous said...

Jangàn nak salahkàn orang lain jikà negeri2 tersebit jatuh ketangan pembangkang tetapi salahkan diri sendiri. APA yg dilakukan Umno untuk menpertahankan negeri2 tersebut? Jawapannya ileek...tiada apa2 melainkan berebut jawatan until mendapat habuan Dan laba yg lebih besar. Tok ketua pulak sibok membahagikan harta ràmpasan daripada harta Dan hak ràkyat.

Anonymous said...

Ya, mungkin Najib akan terpaksa turun , mungkin BN juga akan kalah,
bila BN kalah bermakna UMNO juga akan bungkus , UMNo adalah komponen dalam BN .

jika BN kalah, jika UMNO kalah ...tidak perlu tuding jari pada satu pihak atas kekalahan kerana semua pihak adalah bersalah , orang kerajaan berkerja seolah hendak BN kalah, PM berkerja seolah-olah nak BN kalah, orang pembangkang memang mahu BN kalah!

mahatir mahu bukan setakat Najib turun tetapi juga mahu BN kalah !
mukhriz , muhyiddin mahu bukan setakat Najib turun tapi mahu BN kalah !
bloogers pro mahatir juga sama, blooger pro pembangkang apatah lagi ,

maknanya , semua mahu kejadian yang sama, orang melayu sendiri dah tak mahu melayu jadi teraju pemegang tampuk negara ,
esok bila semua ini sudah berlaku, ucapan tahniah pada PM , pada mahatir, pada mukhriz, pada Muhyiddin , pada para kakitangan awam , pada para blooger dan pada semua yang telah berusaha keras untuk menghinakan bangsa melayu di Tanah melayu !

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.