Siapa yang kenal Tan Sri Dr Rais Yatim cukup tahu beliau tidak pernah kritik Tun Dr Mahathir Mohamad kebelakangan ini.Mereka berdua memang cukup rapat.
Sejarahnya,bekas Menteri Penerangan pernah 'bakar jambatan' dengan bekas Perdana Menteri itu ketika menyertai Team B Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan UMNO yang sengit tahun 1987.
Rais adalah antara orang yang lama dalam kabinet dan ibarat 'buku sejarah bergerak' yang tahu banyak liku-liku UMNO khususnya sepanjang 22 tahun pentabiran Dr Mahathir.
Sebab itu agak menarik bila beliau tampil bersuara Sabtu mempersoalkan tindak tanduk terbaru bekas Perdana Menteri itu Jumaat bergabung tenaga dengan pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Baginya majlis tandatangan deklarasi anti-Najib yang dipelopori Dr Mahathir konon untuk menyelamatkan Malaysia adalah 'perhimpunan politik terdesak'.
Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di UIA di Gombak ,Rais menyifatkan tindak tanduk bekas Perdana Menteri itu sudah keterlaluan dalam usaha menjatuhkan Najib.
"Dr Mahathir jangan keterlaluan suruh orang turun sebagai perdana menteri. Beliau pun macam-macam peristiwa berlaku juga. Saya (pernah) dalam kabinet beliau, saya hormat beliau. "Sekarang anak asuhan beliau, Najib, disuruh turun, Pak Lah juga disuruh turun. Mesti ada caranya. Ia perlu mengikut lunas undang-undang," katanya.
Rais mengakui beliau tidak menjangka Dr Mahathir boleh bertindak hingga ke tahap itu.
"Saya juga tidak menduga Dr Mahathir melaksanakan satu taktik seperti itu, kerana selama ini beliau dikenali sebagai tidak mesra dengan Lim Kit Siang, tidak mesra dengan PKR dan tidak mesra dengan banyak pihak yang satu ketika dulu beliau sangat kritis terhadapnya," katanya.
Menurut Rais sebagai bekas Menteri beliau tahu banyak pekara yang boleh diguna untuk serang Dr Mahathir.
Sebagai contoh Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 dimana 126 pemimpin politik ditahan dibawah ISA.
Kata Rais adalah tidak baik untuk memalukan orang.
Beliau tidak setuju dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa demokrasi sudah tidak wujud dibawah pentabiran Najib.
Katanya bekas Perdana Menteri itu harus melihat track record beliau dulu.-
{ baca artikel asal di sini }
2 comments :
Madgad PenjilatAlam,
nak harapkan ngko menulis original article mmg hausss lah.. dok la copy paste article org lain..kalo pasal tetek anak sofia jane pandai pulak ngko menulis...
Anon Mangkok Copy,
Itu bkn copy itu memanjangkan dakyah pendedak mamakdeyy yg semakin kronik nk jatuhkan Najib.
Toksah le nk divert isu.. cerita bab copy cerita.. tng copy paste dedak dari media2 sonsang mcm wsj tu apehal ko nk masuk blog2 dedak lendir ni ckp psl 'original articke'.
Otak senget kaki lucah rupanye cai ni
Post a Comment