Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 8, 2016

Buat Deklarasi 58 Orang Pun Menipu. Apa Lagi Mahathir Tipu?

SETAKAT ini, beberapa orang dari 58 orang yang kononnya menyokong deklarasi rakyat tajaan Mahathir, telah menafikan ada kena pengetahuan mengenainya.  Antaranya Tan Sri Zaman Khan dan Tengku Razaleigh.  Sementara Shafie Afdal, nama ada, sokong tapi belum sign.

47 yang dah sign itu pun, ada yang tidak diketahui namanya (senarai 5 yang keberapa ntah, Google lah sendiri), wanita India kalau tak silap penulis.  Sesiapa pun boleh bubuh tu.

Nampak tak, nak buat deklarasi rakyat pun tak jujur, main petik nama ikut suka.  Difahamkan ada lagi yang namanya diletak disitu dengan sengaja tapi kerana malas nak panjang-panjang, mereka biarkan saja, bukan luak satu sen pun kata mereka.

Agaknya apa lagi Mahathir tipu?

Belum lagi kita sebut tentang ego, taknak kalah.  Yang sokong Mahathir kata deklarasi ini bukti Mahathir memperalatkan pembangkang, yang pembangkang kata mereka sebenarnya yang memperalatkan Mahathir - hujah kuat, berapa kerusi parlimen yang Mahathir ada berbanding pembangkang yang kata Mahathir mempergunakan mereka (bukan sebaliknya).

Siapa betul sekarang?  Penulis nak kata, satu pun tak betul,masing-masing sedang menipu diri dan penyokong masing masing, usahlah rakyat tertipu lagi.  Banyak tahun dah menipu ni, seriklah kita  Ini bukan perjuangan rakyat, ini perjuangan peribadi dan kenapa kita nak terbabit dengannya?

Maruah kita rakyat Malaysia ini bukan murah macam keluarga Anwar, Kit Siang. Dah macam macam bentuk penganiayaan (mereka sendiri dakwa, bukan kita pun) dibuat Mahathir ke atas mereka pun masih lagi nak menyokong kerana tak ada kemampuan sendiri untuk mengalahkan Datuk Seri Naji Tun Razak tanpa bantuan pihak luar.

Untunglah kepada yang masih hidup, simpati pada yang dah meninggal dunia dengan mempercayai cakap kedua-dua Mahathir dan pembangkang mengenai satu sama lain, rupa-rupa naya, kena tipu sampai mati.

{ berita sepenuhnya }

3 comments :

Anonymous said...

Teruskan perjuangan tun. Rakyat sentiasa bersama. Sebagai umno tegar saya menyokong perjuangan tun dalam menegakan kebatilan. Kami diperingkat akar umbu bukannya pemakan dedak dan bukannya seperti lembu dicucuk hidung

Anonymous said...

Lantak kau anon asal lu bahagia d tipu tun.

Anonymous said...

banyak makan dedak najib ko ni...xpe la janji perut ko kenyang kan? kami ni xlalu nak makan dedak tu yang ape jer cai-cai najib cakap dah xleh nak caya dah...dan aku pangkah bn plihanraya lalu dun rengit parlimen batu pahat ye..

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.