Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 8, 2013

Ada Apa Bila Bapa Saiful “Main Belakang”


Penulis dihubungi oleh rakan tentang “turn-over” bapa Saiful Bukhari, Azlan seperti yang dilaporkan oleh  Malaysiakini sebagai “telah memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini.”

Bagi penyokong pembangkang, episod mohon maaf ini sudah tentunya akan dan sedang dirayakan dengan meriah sekali.
Habislah Saiful Bukhari kali ini. Dah sudah tentulah habis BN kali ini juga. Semua ini adalah fitnah. Malah ayat “power” Encik Azlan ini tentu menyegarkan wajah Brother Anwar Bin Ibrahim seceria-cerianya:
“Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.”
Rakyat mudah lupa, memang itulah faktanya. Kena ada pengorek-pengorek maklumat untuk dedahkan segala-galanya.
Satu fakta yang mesti kita ingat, Saiful Bukhari dijaga oleh ibunya selepas perceraian Azlan dengan ibunya sejak Saiful Bukhari berusia 7 tahun. Dan selepas ibunya meninggal, Uncle Pet telah diamanahkan untuk menjaga Saiful.
Oleh itu, kita tidak hairan bahawa Azlan boleh berpaling tadah dengan tiba-tibanya. Jika Uncle Pet yang berubah, ini sudah lain cerita.
Kita nasihatkan kepada Encik Azlan, cukup-cukuplah masa yang lepas terbuang dalam mencurahkan kasih-sayang kepada Saiful. Jagalah Saiful sebaik-baiknya, kerana bukan amalan Anwar Ibrahim yang bakal sampai kepada anda bila anda mati nanti!
Di masa yang sama kita harus ucapkan tahniah dan syabas Saiful kerana terus istiqamah!!Lawan tetap lawan!!!

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.