On 16th July
2012, Opposition Leader Anwar Ibrahim flew to Jakarta to meet Nur Misuari --
who is very close to Anwar since the days when Anwar was in the government --
and the military commanders of the MNLF. The meeting was held in the Crowne
Plaza Jakarta hotel and was arranged by an Indonesian Member of Parliament --
another close friend of Anwar -- at the behest of Anwar. A second meeting was
held in Manila on 4th August 2012 to finalise and seal the agreement. Raja
Petra Kamarudin
Tujuan Anwar
Mahu menang
PRU-13. Di Semenanjung Anwar yakin boleh menang antara 82-85 daripada 165
kerus; namun bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai 57 kerusi Anwar perlu
sekurang-kurangnya 30, untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti
mudah. Menurut Anwar, pertambahan kerusi PR akan berlaku selepas itu, melalui
melompatnya para MP Bn.
Disebabkan
Anwar sukar mendapat kerusi yang diinginkan, maka bantuan Nur Misuari
diperlukan untuk mempengarui pengundi asal Filipina yang telah menjadi
warganegara dan boleh mengundi.
Keuntungan
Bagi Nur Misuari
Disebabkan
Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi dan pertambahan bayaran royalti
minyak sebanyak 15% daripada 5%, maka kedua negeri itu mempunyai pendapatan
sekurang-kurangnya RM4bilion setahun hanya daripada minyak; ertinya peluang
pekerjaan akan banyak.
Rakyat
Filipina yang menyokong Nur Misuari akan diberikan kerakyatan, atau
sekurang-kurangnya penduduk tetap, sehingga memudahkan mereka berkerja.
Bagimana
Perjanjian Ini Dimuktamadkan?
Anwar
berlepas ke Jakarta pada 16 Julai dan pada 17 Julai 2012 berjumpa dengan Nur Misuari di Hotel Crown
Plaza atas aturcara seorang ahli Permasyuarat Rakyat Indonesia (MPR) kawan
rapat Anwar.
Kemudian
Anwar berlepas ke Manila pada 4 ogos 2012 dengan menaiki pesawat MAS MH704
untuk memuktamdkan perjanjian.
Laporan Yang
Menyokong Perjanjian ini
Penasihat
Kiram Saycon mengakui bahawa sebenarnya rancangan menduduki Sabah bermula sejak
ogos 2012, namun dilambatkan dan disesuaikan dengan pembubaran Parlimen
Malaysia.
Menurut
risikan Anwar, Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 28 Februari, dan PRU-13
akan berlangsung dua minggu kemudian, iaitu antara 23-24 Mac sempena cuti
sekolah.
Atas sebab
itu perancangan rapi bermula sejak Januari sehinggalah ke minggu pertama bulan Februari.
Para pengikut Nur Misuari yang menggunakan Nama Jamalul Kiram III menyusup ke
Sabah secara berperingkat, dan menjadikan Semporna sebagai Markas utama mereka.
Para
pengikut Nur Misuari/ Jamalul kiram III menyusuan perancangan termasuk membeli
sembilan buah rumah di Kg Sri Jaya Simunul, dan turut membina pondok di Kg
Tanduo, Tanjing Labian dan Tanjung Batu.
Pada 9
Februari, satu kumpulan seramai 234 askar upahan yang diketuai oleh komander
MNLF Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt Col Ernsto Sambas berlepas ke Lahad Datu
dengan menaiki dua kompit. Setibanya mereka di Lahad Datu, mereka berpecah
tiga, sebahagian menceroboh Kg Tanduo, sebahagian ke Semporna dan sebahagian
lagi berselerakan.
Perancangan
mengganas pada masa Pilihanraya Got Sour
Perancangan
awal kumpulan pengganas ini adalah melakukan keganasan semasa pilihanraya
berlangsung; termasuk menculik dan membunuh. Tujuannya agar keadaan darurat
diistiharkan di Sabah. Apabila darurat diistiharkan, maka pilihanraya terpaksa
ditangguhkan.
Namun,
disebabkan kehadiran mereka dikesan oleh pasukan keselamatan akibat laporan
penduduk, maka lokasi di mana mereka berkampung iatu kg Tanduo dikepong oleh
pasukan polis. Berlakulah perundingan selama 23 hari selepas 4kali tertangguh.
Pada mula,
dalam perundingan itu, penceroboh tidak menunjukkan keganasan, mereka
menyatakan bahawa mereka datang untuk memuktamadkan satu perjanjian dengan
seseorang pemimpin berprofile tinggi daripada pembangkang.
Penceroboh
pada mulanya akur untuk meninggalkan bumi Sabah, namun sebelum mereka berbuat
demikian, mereka ingin menemui pimimpin pembangkang itu.
Salah
seorang yang terlibat dalam perundingan awal untuk menamatkan pencerobohan
adalah anak Esmail Dalus Kiram- Datu Piah E Kiram- yang kini sedang diburu
pasukan keselamatan negara.
Semasa dalam
perundingan, berlaku perpecahan dalam kumpulan itu, ada yang mahu menyerah
kerana merasa tertipu, sebaliknya mereka yang mempunyai niat mengganas
mempertahankan tindakan pencerbohan mereka.
Atas sebab
itu, semasa dalam perundingan antara 21-28 Februari berlaku beberapa tembakan
daripada arah penceroboh berkampung- rupanya pemimpin kumpulan itu mengarahkan
menembak sesiapa sahaja yang mahu membelot.
Khabarnya,
Agbimuddin adalah salah seorang yang mahu menyerah diri, atas sebab itu, dia
ditembak mati dan dikubur di satu tempat di Kg Tanduo oleh pengikut setianya.
Disebabkan
perbalahan dalam kumpulan itu sukar sudah dikawal, maka pada 1Mac di awal pagi
jumaat mereka melakukan taktik kotor dengan menembak curi menggunakan penembak
tepat mereka dan berjaya membunuh dua anggota komando 69 PDRM. Untuk
mempertahankan diri, komando 69 melepaskan tembakan dan berjaya menembak mati
12 pengganas (kemudin 15) termasuk Jeneral Haji Musa Abdulla.
Akibat
kematian anggota kumpulan mereka di Kg Tanduo, maka kumpulan yang diketuai oleh
Datu Piah dan Datu Herman Kalong atau
Datu Amir Bahar yang bersarang di Kg Sri Jaya Simunul "appear in
public" dan sebab itu, sepasukan anggota polis seramai 57 orang yang
diketuai Supt Ibrahim Lebar berlepas ke kg Sri Jaya Simunul pada petang 2 Mac.
Pengganas
mengesan kehadiran pasukan polis, dan mereka bersembunyi di sembilan buah rumah
yang mereka beli sebelumnya.
Pada sebuah
titi kayu dimana pasukan polis meniti, mereka diserang hendap di waktu magrib
menyebabkan 8 anggota terkorban. Dalam pertempuran itu juga, 5 pengganas mati
dan seorang mati hari berikutnya dibelasah penduduk Kg Senallang Semporna.
Ironinya, pengganas yang dibelasah itu, adalah Imam yang mereka kenali lebih 10
tahun lalu, dan namanya ada Imam Rashid.
Tujuan
sepasukan polis ke Kg Sri Jaya Simunul adalah menari "Romy" kemudian
dikenali sebagai Pegawai pemerintah Sulu yang ditangkap pada Sabtu (Datu Amir
@Datu Bahang).
Pencerobohan
Yang membawa kepada situasi Perang
Walaupun
berlaku tembak menembak pada 1 dan 2 Mac dan mengorbankan 8 anggota polis
dan mautnya 21 pengganas, kerajaan masih
memberi peluang kepada peneroboh itu untuk menyerah diri dan meletakan semua
senjata. Namun tawaran kerajaan itu tidak diindahkan.
Ops Sulu/OPs
Daulat
Pada 5 Mac
pasukan keselamatan melancarkan OPs Daulat dengan berskala besar yang
berlarutan sehingga kini.
Seramai 68
pengganas Maut, 108 ditahan melalui SOSMA dan 8 diantaranya telah dihadapkan ke
Mahamah, 256 ditahan kerana berbagai kesalahan.
Siapa
Dalang?
Berbagai
laporan terutama daripada Manila, mengarah kepada Anwar Ibrahim merupakan
dalang kepada penerobohan ini, dengan mempergunakan Nur Misuari, Nur Misuari
pula mempergunakan Jamalul Kiram III yang mengaku Sultan Sulu.
Rancangan
Dalang Yang Gagal
Rancangan
Dalang untuk menimbulkan huru hara semasa pilihanraya ke-13 gagal.
Kini
sokongan rakyat tempatan yang mempunyai pertalian darah dengan Filipina bukan
sahaja marah terhadap tindakan itu, malah telah berikar akan berdiri di
belakang kerajaan.
Sementara
itu penduduk tempatan yang tidak mempunyai talian darah dengan Filipina melihat
bahawa pemimpin pembangkang yang mereka sokong rupanya mempunyai muslihat
tertentu dan akan membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan melalui Janji
memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak.
No comments :
Post a Comment