Ketika Malaysia
dilanda dengan serangan ekonomi pada tahun 1997 dan masih dalam proses
pemulihan semula, pemecatan Anwar Ibrahim dari posisi Timbalan Perdana Menteri
dan Timbalan Presiden UMNO pada tahun berikutnya pula menambahkan lagi keadaan
tidak stabil di Malaysia. Anwar Ibrahim yang kecewa akibat kehilangan kuasa
telah mengajak pengikutnya menimbulkan kekacauan malahan boleh dikatakan Polis
Diraja Malaysia sendiri bagaikan tidak mampu mengawal kekacauan yang dibuat
oleh pengikut Anwar Ibrahim yang bagaikan mabuk dituang arak ke mulut.
Pelbagai usaha dan
perancangan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya untuk menjatuhkan Kerajaan
pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Malah ada
diantara usaha yang dijalankan oleh mereka ialah dengan meminta agar pihak
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia untuk melakukan rampasan kuasa di negara
Malaysia. Namun begitu hasil sikap proffesionalisma yang tinggi dikalangan
Panglima Angkatan Tentera, perkara berkenaan tidak berlaku.
Berikut disiarkan
kembali artikel yang pernah disiarkan dalam MASSA pada 7 September 2002 tulisan
Aziz Ishak, yang menghuraikan konspirasi jahat pihak pembangkang di Malaysia
untuk mewujudkan suasana tidak tenteram di tanah air. Semoga artikel ini dapat
membuka mata semua pihak, menilai kerakusan pembangkang yang mahu berkuasa.
Kepada Pahlawan Negara, Kami Rakyat MALAYSIA yang setia ingin mengucapkan ;
No comments :
Post a Comment