Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 19, 2013

PSBS : ‘Mereka Pengganas Kiram, Bukan Pengganas Sulu’


PASIR GUDANG – Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.
Pemangku Presidennya, Faizal Sisar berkata, tindakan melabelkan penceroboh sebagai pengganas Sulu turut terpalit tempiasnya kepada masyarakat Suluk yang menetap di Semenanjung.
Katanya, pihaknya tidak mahu masyarakat Suluk di negara ini turut dilabel pengganas gara-gara tindakan kejam penceroboh Kiram.
“Kita menggesa kerajaan dan media melabelkan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram kerana kami masyarakat Suluk di negara ini tidak mahu terpalit dengan insiden berkenaan.
“Kita tak mahu turut dianggap pengganas,” katanya, semalam – Sinar Harian

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.