Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyatakan
Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut
diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi
beliau.
Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib
untuk lima tahun lagi, veteran UMNO itu berkata: Uji beliau. Berikan beliau mandat.
Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya
dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau." Dalam wawancara dengan
New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang
berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon
yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.
Jika
anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib.
Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau
dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau
mensia-siakannya.
Saya
mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk
menjadi Perdana Menteri," katanya.
Saya
percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada
pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz
(Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia)," katanya.
Daim yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga
1991 dan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula
sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata, adalah bahaya jika
pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.
Saya
bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain
untuk beritahu beliau apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu
dilakukan," katanya.
Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea
signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri
Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah
mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.
Kenapa
beliau (Anwar) tidak menjadi Penasihat Ekonomi Kepada Kelantan dan Kedah jika
Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan
kita," katanya.
Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah
ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, Daim berkata: Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan.
Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan
yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia." Daim
berkata beliau akan menyokong Najib tetapi Perdana Menteri perlu berusaha
memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak
semula sistem pendidikan.
Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.
Bawa
masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak orang lama" dalam Kabinet.
Kebanyakan mereka sudah melepasi tarikh
luput"," katanya.
Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya umum akan datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian berkata,
BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.
UMNO
mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA kira-kira satu juta dan MIC kira-kira 600,000.
Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada pengundi.
Kini,
anda hanya perlu mendapatkan sokongan daripada golongan atas pagar, dengan itu
anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan calon-calon terdiri muka baharu dan
bersih yang diterima oleh pengundi," katanya.
Daim berkata, sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan
pakatan pembangkang akan menjadi lebih baik seperti mana yang berlaku pada
2008.
Kekal
bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan tangan yang mantap dan berpengalaman. Hanya
BN mempunyai pengalaman itu, kata Tun Daim.
No comments :
Post a Comment