Isu cincin yang bernilai jutaan ringgit kononya dibeli
oleh Rosmah Mansor menjadi bahan kempen yang cukup hebat di pentas ceramah
pembangkang. Isu ini kuat dimainkan oleh cikgu yang bangang iaitu cikgu Bad.
Aku tidak berani nak kata samada cincin itu
benar-benar Rosmah dimiliki ataupun tidak kerana aku belum pernah bertanyakan
sendiri kepada Rosmah Mansor. Aku juga yakin yang Cikgu Bad juga tidak pernah
tanya sendiri Rosmah tentang cincin tersebut.
Tetapi apa asas yang menjadikan Cikgu Bad menjaja atas
pentas ceramah kononya Rosmah memilik cincin tersebut? Hanya berbekalkan
dokumen kemasukan cincin tersebut daripada Kastam, Bad secara melulu terus
serang Rosmah.
Kenapa Bad tidak tunjuk pada rakyat dokumen yang ada
pada kastam bahawa cincin tersebut keluar daripada Malaysia selepas beberapa
hari berada di Malaysia? Hehehe.. Jawapan dia senang, sebab memang Bad nak
burukkan Rosmah Mansor.
Dokumen pengeluaran cincin tersebut ke Singapore sudah
ada pada tangan kami. Sampai masa kita akan dedahkan mainan jahat dan rekayasa
Cikgu Bad yang bahlol ini.
Keratan akhbar yang aku tampal di atas menjadi bukti
awal betapa terdesak media pembangkang cuba burukkan Rosmah Mansor. Edisi asal
akhbar adalah pada tahun 2008 dan dengan kepakaran media pembangkang mereka
telah ubah kepada cerita palsu kononya Rosmah Mansor menabung dari kecil untuk
beli cincin.
Bagi media pembangkang, mereka satu fitnah untuk
aibkan orang lain adalah satu kejayaan yang cukup besar tanpa mereka fikir soal
dosa dan pahala. Maka rakyat mula percaya dengan segala dusta yang dibuat oleh
pembangkang.
Kenapa Cikgu Bad tidak cerita pada rakyat yang cincin
tersebut hanya masuk ke Malaysia untuk di pamerkan serta duit tiket yang
dikutip untuk melihat pemeran itu digunakan untuk membantu pesakit kanser dan
OKU? Setelah selesai cincin itu dipamerkan di Malaysia, ianya telah dibawa
masuk ke Singapore. Kenapa Bad tidak cerita semua ini?
Aku pernah tengok team Cikgu Bad jual buku fitnah
cincin ini kepada rakyat dengan harga RM20.00 setiap satu. Aku khuatir jika
Cikgu Bad guna duit hasil jualan buku fitnah itu untuk bagi anak bini makan.
Apakah berkat duit yang diberikan kepada anak bini hasil dengan fitnah orang?
Mungkin rakyat akan tanya, kalau Cikgu Bad buat fitnah
kenapa Rosmah tidak pula saman Cikgu Bad? Jawapan dia mudah. Apakah dengan
saman, pembangkang akan berhenti merekayasa fitnah terhadap Rosmah Mansor?
Apakah dengan saman menyaman, Rosmah Mansor akan selamat dari serangan fitnah
macai pembangkang? Jawapanya sudah pasti tidak.
Sampai masa, kami akan keluarkan segala bukti dokumen
yang mengukuhkan lagi bahawa selama ini Cikgu Bad hanya suap anak bini beliau
dengan hasil fitnah terrhadap Rosmah Mansor.
Kalau kita pamerkan video bergerak Anwar Ibrahim
dikatakan satu fitnah, tetapi dengan hanya dokumen Kastam macai pembangkang
katakan ini cerita benar. Kalau kita muat turun dalam youtube video bergerak
Anwar mengayat siswa dikatakan satu fitnah, tetapi kenapa hanya dengan sekeping
dokumen Kastam macai PR boleh kata itu semua benar?
Inilah realiti otak macai PR. Pemikiran yang jumud dan
tertutup dengan bisikan syaitan, maka segala kebenaran tidak lagi benar tetapi
yang banthil itu pula dikatakan sahih.
Semoga dengan pendedahan kami suatu ketika nanti,
manusia yang tidak berparti akan rasional dalam membuat penilaian serta
keputusan. Kalau yang bangkang, Rosmah Mansor solat pun mereka akan kata itu
hanyalah satu pembohongan.
~ tokguru86~
No comments :
Post a Comment