Kami
baru sahaja mendapat maklumat dari seorang whisleblower yang telah mendedahkan
tentang kepincangan yang melanda orang-orang kuat Universiti Malaya yang
dilaporkan merupakan penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sehingga
diberi mandat untuk menyingkirkan mana-mana ahli akademik yang tidak menyokong
Anwar Ibrahim. Di bawah ialah maklumat yang dihantar kepada kami melalui
e-mail. Sebagai institusi pendidikan yang paling lama bertapak di Malaysia,
kami inginkan jawapan dari mereka yang terlibat bagi membersihkan nama mereka
dari cengkaman Anwar Ibrahim.
Masalah
Kekacauan Pentadbiran Di Universiti Malaya
Dr
Ghauth mula menjadi VC kira-kira 4 tahun lalu selepas Dato Rafiah Salim.
Setelah itu,banyak dasar UM yang menyebabkan mahasiswa dan staf menjadi benci
pada kerajaan. Antaranya beliau menghapuskan dewan makan di kolej kediaman
kesembilan,menghalang pelajar berhutang dari ambil peperiksaan,penguatkuasaan
undang-undang merokok yang amat ketat serta campurtangan jelas dalam PRK 2012
yang mana pada awalnya beliau hampir setuju dengan PRO M untuk undi semula.
Dalam
satu mesyuarat tertutup antara inner circle VC iaitu antaranya dihadiri Prof.
Dr. Mohd Hamdi Bin Abd Shukor ( TNC Akademik ) dan Prof. Dr. Awg Bulgiba Bin
Awg Mahmud ( TNC Penyelidikan ) serta Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman (
Sahabat baik Anwar dari zaman gerakan mahasiswa ), Prof Hamdi menyuarakan
pendapat penstrukturan semula UM seperti menghapuskan Jawatan TNC HEP yang
berada dibawah kawalan MENTERI KPT agar HEP diletakkan dibawah TNC
Akademik,berlaku perbincangan akan tetapi tiada penyelesaian kerana mereka
sedar tidak akan mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti selagi Tan Sri
Arshad Ayob masih Pengerusi. Hal ini sebabkan Prof Hamdi yang kecewa keluarkan
kenyataan - selepas ini tukar kerajaan PR lebih mudah kita ubah UM ni.
Malah
turut dibincang agar jawatan pengetua kolej yang menjadi hak TNC HEP dihapuskan
agar pengetua kolej berada dibawah lantikan VC dan menjadi staf tetap kerana
sekarang pengetua adalah secara sukarela dari kalangan pensyarah yang aktif.
Malah mereka mahukan hapuskan program di Kolej Kediaman dengan alihkan ke
fakulti yang mana diketuai ramai dekan yang cencerung kepada VC.
Ada
surat dari KPT kepada UM menghalang mana-mana staf dan ahli akademik dari
terlibat dengan mana-mana parti,surat ini digunakan VC untuk menghalang apa
program atau gerak kerja yang membantu kerajaan kerana dikatakan partisan
menyebabkan banyak program kerajaan tersekat.
Tan
Sri Dr. Ghauth Jasmon
Prof
Hamdi boleh dikatakan rapat dengan PMIUM malah pernah hadiri Terapi Ilmu Buat
Mahasiswa Oleh Prof Hamdi anjuran PMIUM. Antara kenyataan beliau "Ikut
Usrah yang diadakan kerana dalam Usrah ia akan membentuk diri kita, peribadi
kita. Ikut program-program yang dianjurkan oleh PMIUM".
Prof.
Dr. Awg Bulgiba Bin Awg Mahmud
Bekas
Pusat Perancangan & Strategi Global – laporan audit PPSG menunjukkan banyak
kepincangan dan kegagalan pentadbiran Prof Awg akan tetapi tetap dilantik VC
senagai TNC.
Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman
Semenjak
penganjuran forum yang menjemput panel-panel ahli politik semalam antaranya
Nurul Izzah dan portal-portal berita milik pembangkang, nama Professor ini
semakin meniti di bibir 'aktivis' mahasewel apabila beliau dengan lantangnya
menempelak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kata-kata bongkak:
"Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri
dan Kementerian Pengajian Tinggi, tapi saya tetap bertegas untuk
melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?" Mempunyai
hubungan baik dengan Anwar dari zaman mahasiswa. Pernah memegang jawatan SU
PMIUM masa zaman mahasiswa. Dikatakan menjadi orang tengah antara Anwar dengan
kepimpinan UM. Beliau adalah orang bertanggungjawab beri kelulusan benarkan
Nurul Izzah jadi panel dalam forum bersama Dato Saifuddin Abdullah.
Dengan
pendedahan ini, JK rasa KPT wajar berhati-hati dengan Universiti Malaya, sebuah
institusi pendidikan tertua di Malaysia yang objektifnya untuk melahirkan
cendikiawan-cendikiawan terbilang, bukannya ahli politik yang kemaruk mahu
merampas Putrajaya untuk kepentingan sendiri sehinggakan mahasiswa pun
digunakan. Mereka kerap melaungkan merekalah pemangkin politik matang, matang
apanya jika pagar universiti dirempuh, gambar pemimpin dipijak dan dibakar,
berdemonstrasi di jalanan dan penyebaran risalah-risalah berbaur hasutan!
~ sumber ~
No comments :
Post a Comment