Sehingga
ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang
dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah
hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.
Sebaliknya
menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang
hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak
pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat
isi dalamnya.
Manifesto
PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan
penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara
isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.
Mereka
terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing,
mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR
termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.
Selama
ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah
mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO,
akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri
lagaknya.
Hingga
saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab
persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang
diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan
PAS dengan PKR semakin renggang.
Jika
dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli
dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji
bulan bintang yang tak kesampaian.
Alih-alih
ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun
tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih
banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.
Akhirnya
dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya
membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh
mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut
perintah.
Mungkin
dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang
masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu
perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi
apa lagi gunanya?
Hakikat
kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar
bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di
canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian
sahaja.
No comments :
Post a Comment