Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, March 24, 2013

Kemana Duit Rakyat Pulau Pinang

Shabudin Yahya (dua dari kanan) diberikan penerangan tentang proses pembinaan Masjid Jamek Simpang Tiga ketika mengadakan lawatan di tapak projek masjid itu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.


TASEK GELUGOR 14 Mac - Masjid baharu berharga RM5 juta yang sedang dalam pembinaan di kawasan Simpang Tiga di sini bakal memberi kemudahan kepada umat Islam di kawasan sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya berkata, kerja-kerja pembinaan Masjid Jamek Simpang Tiga itu telah dimulakan sejak 27 Jun lalu dan dijangka siap pada November ini.

Beliau berkata, projek ini mendapat bantuan Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan berjumlah RM4 juta manakala baki RM1 juta lagi dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Masjid baharu ini dijangka dapat menampung seramai 1,200 jemaah dalam satu-satu masa.

"Bangunan masjid ini mempunyai dua tingkat iaitu ruang solat terbuka di tingkat bawah yang boleh menampung 392 jemaah lelaki, manakala tingkat atas untuk jemaah wanita yang boleh memuatkan 294 jemaah," katanya pada majlis Taklimat Pembinaan Masjid Jamek Simpang Tiga di sini baru-baru ini.

Shabudin berkata, masjid ini juga bakal dilengkapi dengan bangunan kedai dan ruang niaga untuk ahli kariah menjalankan perniagaan bagi menambahkan pendapatan masjid.

Jelasnya, meskipun terdapat ruang niaga namun segala konsep pembinaan ruang niaga tersebut tidak akan lari daripada konsep dan ciri yang ada pada sesebuah masjid.

"Saya cadangkan masjid ini dilengkapi dengan ruang niaga supaya pihak kariah masjid nanti dapat memanfaatkan ruang tersebut untuk menjalankan perniagaan yang sesuai.

"Ini adalah salah satu usaha untuk menjadikan masjid bukan sahaja sebagai rumah ibadat tetapi sebagai sebuah rumah ibadat yang ada pembangunan ekonomi di situ melalui aktiviti perniagaan yang bersesuaian dengan konsep masjid," ujarnya.

Menurut beliau, ahli kariah masjid disarankan untuk mewujudkan sebuah koperasi masjid dalam usaha menjana pendapatan masjid melalui aktiviti perniagaan.

Sementara itu, Shabudin turut memberitahu, pihaknya sedang merancang untuk membina sebuah Sekolah Agama Rakyat di bahagian belakang masjid tersebut memandangkan sekolah yang sedia ada telah uzur dan tidak dapat menampung pertambahan pelajar di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli kariah Masjid Jamek Simpang Tiga bersatu di bawah satu kariah dan menjadikan masjid tersebut contoh kepada masjid-masjid lain di kawasan Tasek Gelugor.

Sumber : Utusan Malaysia
~sumber~




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.