Yahudi Di Belakang Anwar
Oleh Yahaya Ismail
Mereka yang arif dalam mainan politik sedar ada sesuatu yang
tidak menyenangkan dari keangkuhan dan keberanian Anwar yang luar biasa itu.
Ada yang menganggap sebahagian besar orang Melayu, terutama sekali di kalangan
generasi muda, menjadi penyokong kuatnya. Mereka inilah yang menjerit reformasi
tanpa menilai apakah reformasi yang diluah oleh Anwar itu membawa kebahagiaan
atau kesengsaraan kepada rakyat. Orang muda menganggap Anwar sebagai simbol
pemimpin muda yang bersikap terbuka, yang menghirup kebebasan dan kemerdekaan
yang bebas lepas. Ini yang mereka rindui seolah-olah tanah air kita yang
tercinta ini dengan kepimpinan yang ada tidak lagi mewakili semangat dan
aspirasi golongan muda.
Mereka menganggap Mahathir mencerminkan generasi tua yang
ketinggalan zaman tanpa menyedari bahawa sebahagian besar dari reformasi
sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya adalah cetusan dan dasar
radikal dari kepimpinan Mahathir. Mereka tidak menghayati sejarah dan seperti
Si Tenggang yang mungkar dan angkuh mereka mencemuh pemimpin yang memulihkan
kembali maruah dan penghormatan bangsa Malaysia.
Anwar seperti Si Tenggang yang cepat lupa asal usulnya, budi
dan jasa orang yang memberi dia kedudukan, kuasa dan penghormatan yang tidak
pernah ia mimpikan sebelum disintuklimau oleh Mahathir dan dijemput dalam
kabinet. Seperti Si Tenggang dia merasakan dirinya besar, berkuasa dan terkenal
kerana orang ramai dan para pemimpin luar mengagumi retorika kosongnya yang
disemai dengan kata-kata mantra, ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi untuk
melipatgandakan keyakinan rakyat Melayu dan Islam kepadanya.
Seperti Si Tenggang dia sanggup memaki hamun “ayahnya” dan
memandang remeh terhadap jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh “sang ayah”
terhadapnya. Derhaka tidak ada dalam kamus politiknya. Yang ada hanya memburu
kuasa dan dengan secepat kilat memimpin kerajaan. Tapi Allah tidak merestuinya
dan dengan kuasa Allah juga ia hilang semua jawatan kerajaan dan parti dan kini
sebagai banduan pula.
Si Tenggang hanya melihat kehebatan dan kepentingan dirinya.
Bukan orang lain. Tapi dia sanggup memperalatkan siapa saja yang boleh menolong
mempercepatkan dia memperoleh kuasa politik dengan apa cara sekali pun. Seperti
komunis yang mengamalkan konsep politik “Tujuan menghalalkan cara” Anwar
sanggup bersahabat dengan tauke judi, menerima derma syarikat judi sambil
memperagakan diri sebagai pemimpin intelektual yang berakhlak mulia, seorang
yang warak dan dikagumi rakyat. Berbagai-bagai jenis topeng digunakan menurut
masa, tempat dan masyarakat yang mahu mendengar retorika-retorika dan idea-idea
maha besar yang bermain dalam otaknya tetapi tidak dilaksanakan kebanyakannya.
Siapakah sebenarnya di belakang mimpi reformasi Anwar?
Yahudi di belakangnya. Jangan terkejut dengan pandangan ini. Bukankah Anwar
sendiri mendewa-dewakan kepada penyokong-penyokongnya bahawa pemimpin-pemimpin
besar dari Amerika Syarikat di belakangnya?
Antara mereka yang terkemuka ialah Madeline Albright
(Setiausaha Negara), William Cohen (Setiausaha Pertahanan) dan James Rubin
(Setiausaha Perbendaharaan). Memang hebat sokongan asing terhadapnya.
Malah beberapa orang senator Amerika juga di belakangnya,
Anwar, seperti kata Chris Patten, bekas gavernor Hong Kong, "Anwar is the
darling of the West".
Siapa yang pernah membaca buku "Protocol of the
Zion" tahu betapa hebatnya pengaruh dan kuasa Yahudi ke atas masyarakat
Barat dan bagaimanakah jalinan network Yahudi untuk menguasai dunia. Walau pun
jumlah Yahudi kecil di Amerika tetapi mereka sudah menguasai politik, ekonomi
dan media di negara tersebut. Tidak ada Presiden Amerika yang akan kekal
memimpin negara tersebut sekiranya tidak berpihak kepada cita-cita dan matlamat
Yahudi. Israel menggila dan terus mengancam dunia Arab sejak tahun 1948 hingga
sekarang oleh sebab Amerika di belakangnya dan di belakang Washington berkuasa
Yahudi.
Salah seorang pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan hak
hidup rakyat Palestin dan sahabat karib Yasser Arafat ialah Mahathir. Mahathir
juga pemimpin Dunia Ketiga yang terserlah dan berpengaruh, dan dia dengan
lantang mengkritik berbagai dasar Amerika yang cuba menguasai dan menekan
negara-negara kecil di dunia dan menjadikan mereka sebagai boneka Amerika.
Amerika membenci Mahathir.
Yahudi tidak senang dengan kepimpinan Mahathir yang pro
Palestin dan Islam serta menjadi juara negara-negara Selatan-Selatan. Mahathir
tidak hanya dianggap sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang berpengaruh tetapi
seorang tokoh politik yang berjaya membawa reformasi dan tranformasi masyarakat
dan ekonomi yang dinamik di Asia Tenggara. Lebih dari itu Mahathir juga
dianggap sebagai sdeorang pemimpin Islam yang berjaya memberi pemikiran baru
dalam kerjasama ekonomi dan politik dunia, sesuatu yang tidak pernah dicapai
oleh mana-mana pemimpin Islam sebelumnya. Ini yang tidak disenangi Amerika dan
Yahudi.
Mereka tidak mahu kemunculan seorang pemimpin Islam yang
berpengaruh di pentas politik antarabangsa yang anti Amerika, anti Yahudi dan
anti Barat. Juga mereka tidak mahu kewujudan sebuah negara asing (bukan kulit
putih) yang kuat ekonominya dan stabil politiknya tanpa bantuan Barat. Kejayaan
Mahathir dan Malaysia menjadi duri dalam daging bagi Amerika dan Yahudi. Oleh
itu Malaysia dan Mahathir mesti dihancurkan.
Demikianlah Amerika yang dibayangi Yahudi melihat Anwar
sebagai alternatif untuk diberi dukungan dan sokongan apa saja untuk mengambil
alih kepimpinan Mahathir tersebut. Amerika sudah berjaya menjadikan Thailand,
Filifina dan Indonesia sebagai bonekanya kerana negara-negara tersebut tidak
mempunyai pemimpin yang berjiwa besar yang boleh membangunkan ekonomi negara
mereka dengan baik.
Mereka terpaksa mengemis kepada Amerika dan kini menjadi hamba
kepada IMF. Hanya Mahathir dan Malaysia yang masih degil dan tidak mahu tunduk
kepada tekanan Amerika dan IMF. Lain dengan Anwar. Dia sanggup menjadi budak
suruhan Amerika dan tanpa malu dan segan mengemis nasihat dan tunjuk ajar dari
IMF untuk menangani kegawatan ekonomi Malaysia walaupun negara kita tidak
meminta pinjaman dari IMF.
Lalu IMF dan Bank Dunia menggula-gulakan Anwar melalui
perlantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF
untuk mengeluskan ego pemimpin dari Ceruk Tok Kun yang tidak mempunyai ijazah
di bidang ekonomi seolah-olah dia mempunyai pengalaman yang super hebat di
bidang kewangan dan ekonomi dunia!
Lucu bin malu setelah dia dipecat dari kabinet maka
hilanglah glamornya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF
itu yang disangkutkan kepadanya atas kedudukannya sebagai Menteri Kewangan!
Walau pun Anwar kini menjadi banduan namun sokongan Amerika
dan Yahudi terhadapnya tidak luntur. Melalui media Barat yang juga dikuasai
Yahudi Anwar diberi layanan yang paling istimewa melalui manipulasi dan laporan
yang berat sebelah terhadap Malaysia.
Yahudi sudah bertapak di Singapura dan sekiranya Amerika
berjaya menghancurkan Mahathir dan ekonomi Malaysia maka pengaruh Amerika dan
Yahudi akan berjaya menguasai politik dan ekonomi negara kita secara tidak
langsung seperti mana yang berlaku di setengah negara Arab yang menjadi boneka
Amerika dalam Perang Teluk itu.
Yahudi dan Amerika tahu kelemahan moral Anwar dan mereka kan
berjuang habis-habisan memberi sokongan kepadanya demi masa depan Amerika dan
Yahudi di dunia sebelah sini Amerika dan Yahudi memang terkenal menyokong
berbagai-bagai diktator, pemimpin-pemimpin yang korup, gila betina dan juga
homoseksual di berbagai-bagai negara di dunia.
Walau pun pemimpin-pemimpin tersebut dibenci rakyat, kejam
dan rakus namun mereka tetap dipertahankan Amerika kerana mereka sanggup
menjadi boneka Washington dengan bayangan Yahudi di belakangnya.
Barangkali kebanyakan mereka yang mimpikan reformasi tidak
dapat menjelma mainan Yahudi di belakang Amerika dan bagaimana Yahudi membantu
dan mengelus Anwar dari belakang. Anwar dikhayalkan oleh elusan Yahudi itu
kerana ia terlalu ghairah hendak menjadi Perdana Menteri dengan segera. Dia
sanggup menjadi boneka Amerika dan Yahudi demi kepentingan politiknya.
Bukankah dia bersikap liberal dalam segala bidang termasuk
soal seks dan homoseksual? Apakah penyokong-penyokong Anwar sanggup menerima
seorang pemimpin yang menjadi boneka Amerika dan Yahudi? Apakah mereka mahu
Yahudi menguasai politik dan ekonomi negara kita secara langsung atau pun tidak
lansung sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri?
Ini tanah air kita yang tercinta, udara segar yang kita
hirup adalah hasil dari pengorbanan, tenaga dan air mata dari bapak-bapak
pejuang kemerdekaan di masa lalu.
Apakah kita sanggup menggadaikan maruah bangsa maruah diri,
maruah agama dan masa depan generasi kita untuk menjadi boneka Amerika dan
Yahudi?
Ingat-ingatlah pesanan datuk nenek kita jangan hanya menang
sorak kampung halaman dan negara tergadai. Oleh sebab marahkan pejat kelambu
dibakar. Kalau kita sayangkan negara dan cintakan agama dan ada maruah tentulah
kita tidak sanggup menjadi hamba Amerika dan Yahudi yang hanya mahu
mempurak-purandakan negara kita.
Wahai para patriot sekalian, di manakah letaknya semangat
keperwiraanmu sebagai anak watan dan pejuang bangsa dan agama yang berjuang
atas landasan yang benar, menentang kekufuran dan kemunafikan, mencari keredaan
Allah kalau kalian membiarkan diri dan jiwa diperkosai hantu dan syaitan
Amerika dan Yahudi? Apakah kalian sebagai patriot bangsa tidak dapat mentafsir
sokongan Yahudi dan Amerika terhadap Anwar? Apakah kalian sanggup menjadi hamba
kepada orang asing dan tanah air kita yang tercinta sebagai bonekanya? Biarlah
kita sendiri yang menentukan nasib negara dan bangsa kita dan bukan orang
asing. Bukan Amerika atau Yahudi.
Seluruh rakyat menjadi lebih terkejut lagi bila George
Soros, penyangak mata wang yang memporak-perandakan nilai mata wang serta
kejatuhan merudum beberapa bursa saham negara-negara Asia Timur seperti
Malaysia, Thailnad, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Indonesia, kini secara
biadab menggesa supaya Mahathir digulingkan dan digantikan dengan Anwar!
George Soros juga menyokong Amerika yang mahukan Anwar
menggantikan Mahathir walaupun kita mengadakan pilihan raya yang bebas setiap
lima tahun sekali. Tidaklah hairan sekiranya Anwar terlalu over confident
menentang kerajaan Malaysia yang sah oleh sebab Amerika dan Yahudi menjadi
penyokong kuatnya di luar negara.
Hubaya-hubaya bila terdapat pemimpin yang sanggup
memperhambakan diri dan jiwa kepada orang asing dan sanggup pula memperjudikan
nasib generasi akan datang hanya kerana mementingkan diri sendiri menurut
runtunan nafsu peribadi yang mengaibkan.
AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62
Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd,
Petaling Jaya, 1999.
Artikel Yahaya Ismail yang lain :
1. Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran
2. Anwar juga penganut nepotisme
No comments :
Post a Comment