Ketika
ini pasti ramai yang sedang meneliti laporan tahunan Program Transformasi
Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa hari yang lalu.
Tidak
kurang juga pasti ada dikalangan pimpinan pembangkang yang sedang mengkaji
angka-angka yang diberikan bagi memastikan semua maklumat yang diberikan adalah
fakta dan bukan sekadar omong kosong bagi mengelaburi mata rakyat. Ini kerana
ia adalah merupakan peluang terbaik yang akan digunakan mereka, untuk terus
menghentam kerajaan bagi membolehkan rakyat memilih pakatan dalam pilihanraya
akan datang.
Namun
apa yang penting, walau apapun yang cuba dilakukan, masakan mereka mampu menipu
angka dan fakta yang dibentang kerajaan. Kerana rakyat ketika ini semakin bijak
dan cerdik dalam menilai kerana ternyata usaha kerajaan ketika memperkenalkan
GTP dan ETP pada tahun 2010 dan 2011 yang diwujudkan bersama-sama dengan
Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial telah membuahkan hasil.
Usaha
kerajaan untuk membentuk Dasar Transformasi Nasional juga telah memberikan
kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara
menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.
Yang
lebih membanggakan kesemua insiatif yang diperkenalkan sebelum ini untuk
memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi
menjelang 2020 semakin berjaya. Tambahan pula ia merupakan satu eksperimen
paling berani kerajaan pimpinan Perdana Menteri dalam mengamalkan prinsip
ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.
Malah
semua sikap sinikal dna prejudis yang ditunjukkan oleh pimpinan pakatan
pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu terhadap Dasar
Transformasi Nasional nyata tidak berasas dan bakal kehilangan punca.
Tambah
menarik perhatian, apabila portal pembangkang seperti Malaysian Insider turut
memberikan laporan yang positif berhubung laporan yang dibentangkan itu
walaupun sebelum ini mereka boleh dikatakan seperti media rasmi pembangkang
yang hanya tahu menyalahkan kerajaan dalam semua hal.
KLIK
DI SINI
Antara
yang paling menarik perhatian ialah, kecemerlangan prestasi kerajaan boleh
disaksikan melalui peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) perkapita sebanyak
4,000 peratus iaitu daripada hanya AS$257 (RM802) pada 1957 kepada AS$9,970
(RM31,111) tahun lalu. Malah kadar kemiskinan negara yang berada pada kadar
hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan
sebelum ini. Kadar inflasi negara juga terus kekal berada pada paras 1.2
peratus iaitu yang terendah di rantau ini.
Inisiatif
yang diperkenalkan kerajaan juga dilihat berkesan apabila mampu mengeluarkan
kira-kira 100,000 rakyat daripada belenggu kemiskinan. Tidak ketinggalan
sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan supaya setiap rakyat
berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.
Menurut
Datuk Seri Najib, dengan kecemerlangan prestasi negara itu, rakyat diharapkan dapat terus bersama-sama
memberi sokongan kepada kerajaan supaya setiap apa yang dirancangkan demi masa
depan negara tersebut dapat dilaksanakan.
No comments :
Post a Comment