Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 4, 2013

Angkatan Tentera Malaysia Akan Mulakan Serangan Besar Besaran






Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.


Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.


Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh. 

Moga Allah SWT lindungi para perwira negara yang berjuang mempertahankan negara. Demi alif, ba dan ta mereka berjuang untuk negara. Jangan sesekali kita pertikaikan dan memperlekehkan mereka yang sanggup mati untuk negara. Selamat berjuang.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.