Dua pakar luar negara yang diupah oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim gagal menafikan kehadiran air mani milik Ketua Umum PKR
di dalam lubang dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dr
David Lawrence Noel Wells dan Dr Brian McDonald, kedua-dua doktor
dari Australia, menjadi saksi pembela ketiga dan keempat Anwar,
selain gagal menafikan kewujudan air mani dalam dubur Mohd Saiful,
mereka juga gagal menafikan air mani itu adalah milik ‘Lelaki Y’,
yakni lelaki yang dikenal pasti sebagai Anwar Ibrahim.
Bahkan
sampai satu peringkat Dr Wells sendiri tidak dapat menjawab,
bagaimana boleh wujud air mani dalam dubur pengadu, tetapi
mempertikaikan tempoh masa, 56 jam, air mani yang diambil dari dubur
untuk analisis sebagai ‘tidak berapa elok’. Klik di
sini, sini, sini
Namun,
hujah tempoh masa yang dianjurkan oleh Dr Wells dibantah oleh Dr
McDonald, di mana beliau bersetuju dengan pendapat oleh GM Willot dan
JE Ellard dalam artikelnya yang bertajuk ‘Sexual Assault and Semen
Persistence’ (1997) yang merumuskan air
mani yang berada dalam dubur atau rektum boleh bertahan antara empat
hingga 113 jam.
Bahkan
lebih parah lagi, Dr McDonald turut mengakui
beliau telah tersilap memahami analisis yang dilakukan oleh Ketua
Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Siew Sheue Feng.
Kredibiliti
saksi keempat Anwar, Dr McDonald juga turut dipertikaikan kerana
beliau bukan seorang
doktor pakar yang menjalani analisis sendiri, sebaliknya beliau
hanya seorang perunding
yang hanya pandai bercakap berdasarkan teori.
Bahkan
dokumen dari Mahkamah Daerah Australia Barat, Perth pada tahun 2007,
membuktikan keterangan Dr
McDonald sebagai saksi pembela untuk kes jenayah di negara itu
ditolak mahkamah kerana beliau tidak mempunyai autoriti atau
kelayakan rasmi untuk bercakap berkenaan dengan DNA forensik.
Pada
akhirnya, kehadiran Dr McDonald menjadi anti klimaks, apabila saksi
itu hanya memberi masa yang lebih untuk menjawab
persoalan kredibiliti dirinya yang sepatutnya tidak berlaku, jika
saksi itu benar-benar kredibel.
Kerana
gagal dalam penghujahannya akhirnya, Dr McDonald dan peguam Anwar,
Ram Karpal menjadi bahan ketawa di mahkamah.
Sebelum
ini, pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kewujudan air mani
milik ‘Lelaki Y’ dalam dubur pengadu dengan keterangan dari Dr
Siew Sheue Feng, Pakar Patologi Forensik, Malaysia yang berpengalaman
mengendalikan antara 200 dan 300 kes forensik dan menyelia lebih
kurang 20 kes liwat.
Menurutnya,
kehadiran air mani milik “Lelaki Y” itu dikesan dari calitan
kapas yang diambil dari dalam dubur pengadu di lokasi B7 (rektal
atas), B8 (rektal atas) dan B9 (rektal bawah).
Padanan
profil “Lelaki Y” pula dilakukan oleh Dr Nor Aidora Saedon, Ketua
Unit DNA Paterniti, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia yang
melakukan analisis ke atas tiga objek milik Anwar iaitu tuala Good
Morning, berus gigi dan botol air mineral yang diambil dari dalam
lokap yang pernah dihuni oleh Ketua Umum PKR itu pada 16 Julai 2008.
Berdasarkan
analisis Dr Nor Aidora terhadap tiga objek itu, didapati profil DNA
adalah sama dengan profil DNA ‘Lelaki Y’ yang dianalisis oleh Dr
Siew.
Maka
terbukti, profil DNA ‘Lelaki Y’ adalah Anwar Ibrahim, yakni air
mani ‘Lelaki Y’ yang ditemui di dalam lubang dubur pengadu adalah
milik Anwar Ibrahim.
“Ini
mengesahkan bahawa “Lelaki Y” itu adalah Anwar. Ini menunjukkan
ada prima facie,” kata Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof
Zainal Abiden dalam hujah penggulungannya sambil menambah bahawa kes
tersebut telah ‘melampaui keraguan yang munasabah’.
Berdasarkan
faktor penemuan air mani itu, mahkamah mengarahkan Anwar untuk
membela diri.
No comments :
Post a Comment