Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 4, 2013

Lagi Media Filipina Dedahkan Pertemuan Anwar Ibrahim Dengan Kepala Lanun Kiram dan Nur Misuari!


Posted On 4 Mar, 2013 - By  - With 0 Comments

abnews
Ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dipercayai telah menemui Jamalul Kiram III, kepala lanun Sulu tahun lepas dan telah menyatakan sokongan penuh Pakatan Rakyat kepada tuntutan kepala lanun Sulu itu terhadap Sabah. Itu pendedahan yang telah dibuat oleh sumber-sumber perisikan Filipina.
Dalam laporan khas oleh Philippine Inquirer, seorang pegawai perisikan berkata, salah seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim pernah mempunyai jawatan penting di Sabah.
“Pemimpin inilah yang telah bercakap dengan Kiram. Dialah orangnya yang telah menyatakan sokongan pakatan pembangkang Malaysia kepada Kiram dalam tuntutan terhadap Sabah,’ kata sumber.
Sumber turut percaya bahawa dalam pertemuan mereka pada November tahun lepas, Kiram memutuskan untuk ‘menuntut Sabah atau sekurang-kurangnya menerima pampasan yang lebih besar berdasarkan nilai hartanah sekarang, dan keluarga Kiram diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai keluarga diraja.’
Menurut Philippine Inquirer, sumber perisikan secara konsisten menyatakan tiga kumpulan cuba mengambil kesempatan daripada keputusan Kiram untuk membuat tuntutan terhadap Sabah.
Kumpulan-kumpulan tersebut cuba meraih keuntungan mengikut kecenderungan masing-masing. Manakala satu sumber yang lain pula berkata, terdapat ramai yang cuba mengambil kesempatan daripada insiden ini, tidak hanya di Filipina tetapi juga di Malaysia.
Walaupun para pecacai Pakatan dan penyokong Anwar Ibrahim bertungkus lumus cuba untuk mewujudkan persepsi kononnya, insiden di Lahad Datu adalah satu cubaan memesongkan perhatian dan sandiwara UMNO-BN, hakikatnya tiada langsung usaha-usaha daripada mereka untuk mencabar kesahihan laporan-laporan ini. Sebaliknya mereka masih lagi mempertikaikan tentang pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah walaupun yang melakukan serangan dan pembunuhan langsung tidak terbabit dalam menerima kad pengenalan biru Malaysia.
Di seluruh negara, pelbagai pihak menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap Tian Chua yang pada hari Jumaat, telah mengeluarkan kenyataan yang amat biadap terhadap kematian dua orang anggota polis di Sabah. Menyedari dia menjadi sasaran, Tian Chua cuba memutarbelitkan kenyataannya sendiri dan menyalahkan media yang telah melaporkan kenyataannya tanpa menerangkan bahawa Twitternya pada hari yang sama, turut senada dengan kenyataan yang telah disiarkan oleh portal media rasmi PKR.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.