Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, March 9, 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU: CHE' GU BARD LEBIH ARIF




Penulis agak terkejut bila terbaca status Che' Gu Bard Pilihan Anak Muda. Bagaimanalah agaknya nasib anak bangsa kita jika ada guru dengan minda dan pemikiran yang seratus peratus terarah kepada politik. Jika semua isu hendak dipolitikkan dan isu yang belum nyata kebenarannya disajikan pula dengan spekulasi yang mungkin menampakkan pengamatan beliau jauh lebih tinggi dari orang lain, bagai mana pula agaknya pandangan dan perspektif Che' Gu Bard terhadap wira-wira negara yang gugur dimedan tempur. Jika semuanya dianggap satu sandiwara, kenapa tidak Che' Gu Bard mahupun Anwar turun saja ke medan tempur.

Jangan dikhuatirkan, orang Sabah tidak akan letak hero seperti Che' Gu Bard mahupun Anwar sebagai tukang agih makanan, tapi kami akan bagi watak yang jauh lebih popular. Barisan hadapan kami sangup berikan kepada dua ahli politik ini jika benar-benar ikhlas dan hendak buktikan ini semua satu sandiwara. Bagi mereka yang tidak terasa kehilangan orang yang tersayang, pastinya apa yang berlaku kini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang serius, jauh sekali untuk mengambil berat. Namun bagi mereka, yang mana perwira-perwira mereka terlibat dengan operasi ini, bukan hanya doa bahkan jua air mata kesedihan dan kerisauan mengiringi pemergian wira-wira kesayangan ini ke medan tempur.

Bagi insan seperti Che' Gu Bard dan Anwar, kempen politik mereka jauh lebih penting daripada situasi tenat di Sabah. BERSIH boleh dianjurkan untuk menuntut Reformasi dan solat Hajat mendoakan Kehancuran UMNO/BN, kenapa pula untuk negeri Sabah pimpinan Pembangkang lebih cenderung untuk mendiamkan diri. Kesalahan Tian Chua tidak sekali disebut mahupun dipublisitikan oleh media-media pro pembangkang.

Namun, pengarang tetap bersyukur kerana suasana kembali tenang. Berikut pengarang kongsikan antara kenyataan-kenyataan berbaur provokasi politik dan teguran daripada pelawat-pelawat setia media sosial FB;

Renung-renungkan rintihan rakyat Sabah yang berada di Lahad Datu dan Semporna




Berikut merupakan kenyataan biadap dan provokasi keterlaluan. Patutlah pembangkang lantang menuntut agar ISA dimansuhkan!

 

 


Bagi mereka yang tidak menjadikan ini suatu isu yang boleh dijadikan bahawa senda gurau, terima kasih pengarang ucapkan mewakili rakyat Sabah;

 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.