Berikutan
pengumuman Bajet 2014 (dibentangkan pada 25 Oktober 2013), Rakyat
Malaysia menanti dengan penuh debaran sama ada kerajaan hari ini akan
mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia.
Penerangan penuh bagi setiap yang diumumkan dalam bajet,
semak Malaysia
Budget 2014 review.
Selain itu, kami juga menerangkan Bajet Malaysia 2013 dengan cara
yang sama. Baca artikel Malaysia
Budget 2013 – How the Budget Can Save You Money kami.
Dikemaskini:
GST 6% telah diumumkan, dengan pemansuhan Akta Cukai Jualan dan
Cukai Perkhidmatan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Baca
panduan kami di bawah untuk mengetahui mengenai GST, baca penerangan
penuh di bawah tentang sebab ia diperkenalkan dan kesannya terhadap
anda!
Eh, bukankah GST sudah sedia ada di Malaysia? Saya nampak dalam beberapa resit…
Agak
mengelirukan, tapi terdapat 2 cukai yang sedia ada di dalam sistem
cukai Malaysia. Salah satu daripadanya adalah Cukai Jualan (mengikut
Akta Cukai Jualan 1972), dan Cukai Perkhidmatan (di bawah Akta Cukai
Perkhidmatan 1975). Jika digabungkan, kedua-dua cukai ini dirujuk
sebagai SST. Cukai Perkhidmatan inilah yang selalu dikelirukan
sebagai Goods and Service Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST)
Jangan
pula kelirukan Cukai Perhidmatan ini sebagai Caj perkhidmatan!
Selalunya, industri yang memberikan anda perkidmatan (seperti hotel,
restoran, dan lain lain) biasanya akan mengenakan 10% caj perkidmatan
di dalam bil anda. Ini adalah seperti tip mereka, dan bukan bayaran
cukai kerajaan.
Cukai Jualan – 10 % ke atas pengeluar/pengilang dan pengimport
Cukai
Jualan sebanyak 10% ini diambil daripada semua pengeluar atau
pengimport yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM100,000 dan
ke atas. Pengilang berlesen mengenakan cukai jualan 10% kepada nilai
jualan produk yang dikeluarkan mereka dan mendapatkan cukai daripada
pelanggan mereka. Cukai ini kemudiannya diberikan ke Kastam setiap 2
bulan. Terdapat beberapa barangan yang mempunyai kadar Cukai Jualan
khas sebanyak 5%, dan aktiviti pembuatan dan import berikut yang
dikecualikan daripada cukai jualan (iaitu 0 %):
- Semua barangan eksport dikecualikan daripada cukai jualan.
- Haiwan, ikan, makanan laut dan sesetengah barangan makanan keperluan termasuk daging, susu, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, roti dan lain-lain
- Peralatan perubatan dan pendidikan termasuk peralatan sukan, buku, dan lain-lain
- Peralatan fotografi dan filem.
- Motosikal tidak melebihi kapasiti 200cc, basikal untuk kegunaan orang dewasa.
- Jentera untuk industri tekstil, industri penyediaan makanan, kertas dan industri percetakan, industri pembinaan, industri logam, dan lain-lain
- Komoditi utama termasuk koko, getah, dan lain-lain
- Bahan-bahan mineral semulajadi, bahan kimia, dan lain-lain
- Helikopter, pesawat, kapal dan kapal-kapal lain .
Cukai Perkhidmatan – 6% ke atas penyedia perkhidmatan (dan RM25- 50 / tahun bagi kad kredit)
Cukai
perkhidmatan ini dahulunya 5% dan dinaikkan kepada 6 % pada bulan
Januari 2011. Cukai ini hanya sah untuk perkara-perkara tertentu
dalam industri perkhidmatan termasuk kedai makanan dan minuman dan
kedai tembakau. Cukai ini juga dikenakan terhadap perkhidmatan
profesional dan perundingan yang disediakan oleh firma profesional
atau orang-orang seperti akauntan, peguam, jurutera, arkitek,
syarikat insurans, dan lain-lain dan juga diberikan kepada pihak
Kastam bagi setiap 2 bulan. Cukai Perkhidmatan 6% inilah yang sering
dipanggil GST (Cukai Perkhidmatan Kerajaan). Walaubagaimanapun, dalam
konvensyen antarabangsa, GST biasanya bermaksud Cukai Barangan dan
Perkhidmatan.
Lebih-lebih
lagi dengan penambahan cukai perkhidmatan untuk kad kredit RM50/RM25
setahun yang lebih mengelirukan orang ramai tentang GST dan cukai
perkhidmatan.
Apa itu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?
Dikenali
sebagai GST atau VAT (valued
added tax)
di seluruh dunia, GST ini ialah cukai penggunaan yang meluas yang
memberi kesan kepada semua pihak dalam sistem cukai, daripada sektor
pembuatan hinggalah ke bahagian runcit. GST ini berdasarkan konsep
cukai-atas-penambahan-nilai untuk mengelakkan duplikasi cukai.
Ini
adalah berbeza dengan kedua-dua cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan
di Malaysia yang hanya ditambah pada satu peringkat (Cukai Jualan di
peringkat pengilang, dan Cukai Perkhidmatan di peringkat pengguna).
Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Malaysia (GST) pada mulanya
dicadangkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2011 untuk
menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang sedia ada, tetapi
menerima banyak tentangan daripada orang ramai, sebahagiannya
disebabkan oleh implikasi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan
yang penting, juga sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan
penjelasan keseluruhan penggunaan sistem cukai semasa di Malaysia.
Bagaimana GST Mempengaruhi Harga Jualan di Malaysia?
Dari
sudut sistem cukai semasa, Cukai Jualan 10% (bagi pembuatan dan
import) dan Cukai Perkhidmatan 6% (bagi industri perkhidmatan F &
B dan profesional) yang dikumpul oleh satu pihak (biasanya penjual)
dan disampaikan kepada pihak berkuasa cukai. Sebagai contoh, dalam 6%
Cukai Perkhidmatan sebelumnya, apabila anda membeli secawan kopi dari
Starbucks berharga RM15, anda membayar RM15.90 (termasuk Cukai
Perkhidmatan semasa 6%). Starbucks akan menyimpan RM15 dan RM0.90
kepada pihak berkuasa cukai.
Dari sudut GST (6% GST dalam pengiraan ini), akan berlaku seperti di bawah:
1.
Coffee Bean membeli biji kopi dari pemborong untuk membuat secawan
kopi berharga RM10 (RM10 + 6% GST). Pemborong menyimpan RM10 dan
RM0.60 daripada Coffee Bean diberikan kepada pihak berkuasa cukai.
2.
Anda membeli secawan kopi dari Coffee Bean yang mudah disediakan, dan
membayar RM15.90 (RM15 + 6% GST). Coffee Bean kini menyimpan RM15 dan
RM0.30 diberikan kepada pihak berkuasa cukai ( RM0.90 – RM0.60 ).
Mengapa Coffee Bean hanya memberikan RM0.30 kepada pihak berkuasa
cukai, ini kerana mereka telah ‘dibayar’ dengan RM0.60 cukai awal
pada RM10 pertama, dan hanya RM0.30 cukai yang tinggal akan dibayar
pada RM5 “nilai – bertambah ” . Contoh grafik adalah seperti di
bawah ini.
Mengapa menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST ) kepada GST?
Kerajaan
berhasrat menggantikan cukai SST dengan cukai GST pada kadar yang
neutral. Ini bermakna bahawa apabila GST ini diperkenalkan, mereka
tidak mengharapkan untuk mengutip cukai yang lebih tinggi atau kurang
daripada cukai sekarang. Jadi kenapa ada GST ni?
Unit
GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia memberikan sebab berikut : ‘GST
ialah kaedah pengutipan cukai yang lebih teratur’. Pakar ekonomi
pula percaya bahawa kerajaan telah mengambil langkah tepat dengan
menyatakan GST sebagai sumber pendapatan baru dengan asas cukai yang
luas sebagai satu cara untuk mempelbagaikan sumber hasil cukai.
Jadi, jika Cukai Jualan 10% dan Cukai Perkhidmatan 6% dimansuhkan, adakah ini bermakna GST akan diperkenalkan pada kadar 16%?
Ia
mungkin kelihatan seperti pengiraan mudah, tetapi seperti yang
dinyatakan sebelum ini, tidak semua perkara adalah tertakluk kepada
10% Cukai Jualan (sebahagiannya 5% dan 0%) , dan begitu juga dengan
Akta Cukai Perkhidmatan 6% (dan jarang sekali satu item dikenakan
kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan, kerana satu cukai fokus
kepada pembuatan dan industri import, dan satu lagi cukai untuk
industri perkhidmatan ). Kadar cukai GST 16%( tanpa pengecualian)
pasti akan menyebabkan harga melambung naik di seluruh peringkat!
Jadi,
untuk mencari kadar yang lebih neutral, cukai GST di antara 4-7%
telah dicadangkan, dan beberapa pengecualian cukai diberikan kepada
barangan asas. Kadar akhir yang diumumkan pada 25 Oktober 2013 adalah
6% GST, dengan perkara-perkara berikut diberi nilai 0% (dan dengan
itu dikecualikan): – Perkara-perkara penting seperti : Beras, gula,
garam, tepung, minyak masak dan lain-lain – Pengangkutan awam (LRT,
KTM, Bas) – Jual dan Sewa hartanah – Penggunaan elektrik sehingga
200kWh (kira-kira RM50) sebulan.
Bagaimana pelaksanaan GST akan memberi kesan terhadap diri saya?
Seperti
yang dinyatakan, penggantian Cukai Jualan dan Perkhidmatan dengan GST
bertujuan untuk menjadi pendapatan neutral bagi tabung kerajaan, jadi
secara teori, ini memberikan kesan minimum kepada harga agregat
barangan dan perkhidmatan yang kita nikmati setiap hari. Sebagai
contoh, mari kita lihat 3 senario di bawah : (1) barangan dikenakan
Cukai Perkhidmatan, (2) barangan dikenakan Cukai Jualan, dan (3)
barangan yang tidak mempunyai Cukai perkhidmatan atau Jualan:
Walau
bagaimanapun, perkara yang membimbangkan adalah untuk memastikan
bahawa peniaga tidak mengambil kesempatan daripada pengenalan cukai
GST ini sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dan
perkhidmatan sewenang-wenangnya.
Untuk
tujuan ini, Akta Anti-Pencatuan telah dibentangkan untuk membolehkan
penguatkuasaan terhadap amalan tersebut. Secara teori, sifat cukai
pelbagai peringkat GST perlu membenarkan jabatan Kastam untuk
mendapatkan maklumat agregat harga jauh lebih tepat, pemantauan yang
tersirat ini harus bertindak sebagai penghalang kepada peniaga yang
tidak bertanggungjawab (kita tunggu dan lihat sahaja nanti)!
Bagaimanakah GST memberi kesan kepada SME di Malaysia?
Dengan
golongan kelas pertengahan yang bijak akan
dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil
inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan
diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan
pendapatan boleh guna oleh kerajaan.
Peniaga
industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan
kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar
sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan
membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan
mampu menarik lebih ramai pelanggan.
ADAKAH
GST LANGKAH TERGESA-GESA?
Anggapan
bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa
adalah salah sama sekali.
Menyedari
akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan
cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah
ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel
Penilai Cukai (Tax Review Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar
percukaian dari sektor awam dan swasta.
Panel
ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang
antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value
Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991
(Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).
Hasil
kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih
mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga
barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran
dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.
ADAKAH
GST ABAIKAN RAKYAT?
Peningkatan
defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang
membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan
merudum dan kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini
akan terjejas. Justeru itu, GST yang bersifat multi-tier dan dengan
skop cukai yang luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.
Namun
begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan
rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat,
seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa
langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off
kepada penerima isi rumah BR1M.
Lebih
menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu
hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna
akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi
membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yang akan
dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M.
Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan
bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?
SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?
Salah
satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan
akan dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan
iaitu bekalan dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan
dikecualikan cukai. Bekalan dikenakan cukai ialah barangan dan
perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana semua barangan dan
perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).
Jumlah
output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian
barangan dan perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah
barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk output tax, namun
peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan cukai sifar ini merangkumi
barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas makanan, hasil
pertanian, bekalan ternakan.
Dalam
masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan
perkhidmatan yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan
kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan,
perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta perkhidmatan awam.
Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat
Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.
Di
sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah
pelaksanaannya. Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang.
Belajarlah daripada pengalaman negara-negara maju seperti New Zealand
yang memperkenalkan model GST sejak 1986 lagi. Walaupun kadar GST
mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa
terjaga.
Pelaksanaan
GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan
berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara
rakyat semakin kecil.
Seterusnya
Seterusnya
No comments :
Post a Comment