Dari
Blog Mazidul
[ Anak gelandangan ]
Ramai telah membaca kisah kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan, mati putus kepala di tepi Sungai Kelang, berhampiran Stesyen KTM Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
Bahagian belakang kepala mangsa didapati pecah akibat hentakan kuat dalam kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam, 29 Mei 2014. Mangsa ditemui tertiarap dan berpakaian lengkap.
Ibu mangsa berusia 32 tahun, penganggur dan hidup bergelandangan di ibu kota. Pada jam 3 petang, anak kecil itu ditinggalkan ibunya di tingkat 4, Kompleks Kota Raya bersama rakan segelandangan sebelum masuk ke tandas.
Mangsa kemudian didapati hilang.
Mangsa kemudian didapati hilang.
Hasil maklumat disalurkan oleh orang awam, suspek dipercayai warga asing, berbangsa India dilihat mendukung kanak-kanak menyusuri tebing Sungai Klang. Suspek juga merebahkan mangsa dan kemudian menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak terbabit.
Dikejar oleh orang ramai, suspek terjun ke sungai berhampiran. Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, dia mungkin mati lemas.
Dikejar oleh orang ramai, suspek terjun ke sungai berhampiran. Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, dia mungkin mati lemas.
Gerakan
mencari suspek dilakukan oleh Jabatan Bomba dan penyelamat,
kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta kakitangan Jabatan
Pertahanan Awam Kuala Lumpur.
Serpihan seramik dan sepasang selipar milik suspek ditemui di lokasi kejadian.
Serpihan seramik dan sepasang selipar milik suspek ditemui di lokasi kejadian.
Kes
ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mayat mangsa
dihantar ke HUKM untuk dibedah siasat.
Menurut
polis, motif kejadian masih lagi disiasat.
Kawasan
kira-kira 50 meter dari pusat membeli-belah, Kota Raya, lokasi
kelompok gelandangan tidur pada waktu malam.
Antara
mereka anak warga Rohingya.
Saya
pernah menemui sebilangan daripada gelandangan terbabit pada November
2011.
Klik di
sini.
1 comment :
Aku syak PENJENAYAH tu geng dgn. pengawal keselamatan yg. biarkan budak tu diculik depoan dia, dan PENJENAYAH ni belum mati - baik polis siasat! Tapi mcmmana polis tahu itu pendtg. asing - apa; rakyat Malaysia tak dak yg. berkulit gelap mcm. si GANGSTER-RASIS-KELINGrayer tu?!?! Baik pegawai polis yg. lebih CEKAP mengambil alih siasatan!
Yg. aku heran, makin ramai umat Islam/Melayu jadi 'homeless' - apalagi dgn. anak-anak kecil?! Mana Jbtn. Kebajikan Masyarakat - mana SIMPATI mereka?! Apakah kalau heboh kat berita, baru nak nampak muka?!
Makcik Sambal Belacan.
Post a Comment