Kepala
konspirator untuk menyingkirkan Ahmad Said daripada jawatan Menteri
Besar Terengganu telah pun dikenalpasti. Penggunaan media massa dan
media sosial akhirnya berjaya menyingkirkan Ahmad Said daripada
jawatan tersebut. Namun pada masa yang sama, tembelang demi
tembelang kepala konspirator yang bergiat cergas bagi mendapatkan
tempat sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU-14, turut
terdedah.
Pada tahun 2006, Jelani Ngah merupakan individu utama yang berusaha memadankan muka Mat Said sekaligus menimbulkan kemarahan kepada Exco Terengganu paling senior itu bagi mencetuskan pemberontakan terhadap Najib Abdul Razak yang baru menjawat jawatan Perdana Menteri.
Ketika watikah perlantikan Ahmad Said disiapkan, bagi menunjukkan betapa hinanya Mat Said dan tidak perlunya Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, watikah kepada istana Terengganu hanya DIHANTAR MENERUSI FAKSIMILI. Apabila ditegur, watikah tersebut kemudiannya dihantar dengan menggunakan kurier ekspres dengan menggunakan pesawat komersial. Penerbangan daripada Subang ke Kuala Terengganu kemudiannya tergendala sedangkan pihak istana yang sudah diberitahu bahawa watikah sebenar dalam perjalanan ke Kuala Terengganu terpaksa menunggu. Sedangkan pada masa yang sama, persiapan untuk majlis angkat sumpah Menteri Besar baru, sudah pun disiapkan.
Akhirnya pihak berkuasa memutuskan untuk menghantar watikah tersebut dengan menggunakan helikopter. Helikopter terpaksa ke Kuala Terengganu, dan bungkusan kurier dibuka untuk penyerahan kepada pihak istana secara rasmi dan terhormat.
Walaupun cuba dihalang, namun Ahmad Said akhirnya berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
Dalam kes terbaru, perlantikan dan upacara angkat sumpah Abdul Razif Abdul Rahman telah dibuat secara tergesa-gesa. Upacara tersebut cuba diperlihatkan seolah-olah Ahmad Said telah dimarahi oleh Perdana Menteri dan perlu diganti secara serta-merta. Turut disebarkan juga kononnya, DYMM Sultan Terengganu murka kepada Ahmad Said, justeru menuntut agar Menteri Besar Terengganu itu dipecat serta-merta.
Sedangkan hal sebenarnya ialah, kekecohan tersebut telah ditimbulkan oleh Jelani Ngah yang mengetuai kumpulan 6 Jahanam. Walaupun Abdul Razif telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang dianggap oleh Jelani Ngah sebagai Menteri Besar sementara, namun Jelani Ngah yang tersilap jangkaan terperanjat besar apabila Ahmad Said dan dua orang ADUN BN memutuskan untuk keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, sekaligus memberikan kelebihan kepada PAS dan PKR untuk menerajui Kerajaan Negeri Terengganu.
Melihat kepada keadaan yang tidak menentu itu, satu kumpulan lain telah menemui Perdana Menteri dan merundingkan pertemuan empat mata dengan Ahmad Said. Jelani Ngah dipinggirkan daripada mesyuarat dan pertemuan tersebut sekalipun dia dianggap sebagai Ketua Setpol Perdana Menteri. Pertemuan empat mata antara Najib dan Ahmad Said akhirnya mendedahkan rahsia petualang sebenar. Secara gentleman, Perdana Menteri telah mengakui kesilapan dan meminta maaf kepada Ahmad Said. Begitu juga dengan Ahmad Said.
Kes selesai apabila Ahmad Said dan dua ADUN menarik balik surat keluar parti dan perletakan jawatan. Ahmad Said memberikan sokongan sepenuhnya kepada Abdul Razif yang sebenarnya, antara kedua-duanya memang tidak pernah ada sebarang konflik dan menerusi RAKAMAN PERBUALAN TIGA BULAN LALU, Ahmad Said menganggap Razif adalah calon terbaik sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikannya.
Semuanya kelihatan telah selesai, tetapi segala krisis hanya akan benar-benar selesai apabila Jelani Ngah dan konco-konconya dikeluarkan dari pentadbiran Negeri Terengganu mahupun sebagai penasihat-penasihat Perdana Menteri.
No comments :
Post a Comment