Krisis
kepimpinan di Terengganu sebenarnya boleh dielakkan sekiranya
Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO lebih tegas
membuat keputusan tanpa bergantung kepada acuman, hasutan atau
fitnah orang di sekelilingnya. Sebagai seorang Perdana Menteri dan
Presiden parti, sepatutnya juga Najib menggunakan akses maklumat
yang lebih berkredibiliti berbanding laporan para pegawainya yang
sudah tentu mempunyai niat tersembunyi kalau tidak pun mudah
dimanipulasikan oleh golongan luar yang berkepentingan.
Malangnya, apa yang berlaku sekarang hampir malah menyerupai benar dengan sistem serta amalan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Abdullah Badawi. Kepercayans keterlaluan kepada orang di sekeliling dan pegawai-pegawai yang dilantik, akhirnya menyebabkan kerajaan yang dipimpin oleh Abdullah Badawi runtuh dan lemah.
Dalam isu krisis kepimpinan di Terengganu, kekalutan semakin menghampirkan UMNO kepada kehilangan peluang untuk terus menguasai negeri tersebut ekoran nasihat yang salah serta ketegasan yang tidak kena pada tempatnya. Alasan kepada isu ini sebenarnya cukup remeh sekaligus menggambarkan tentang kelemahan sisi Najib yang tidak sepatutnya berlaku.
Terlalu banyak persoalan yang timbul dan terlalu banyak juga alasan-alasan bebal yang diterbitkan berhubung isu ini, sama ada untuk menjawab mahupun menghalalkan pemecatan Ahmad Said daripada jawatan Menteri Besar Terengganu.
Alasan AKU JANJI yang diberikan sebenarnya tidak kukuh langsung. Alasan kononnya Ahmad Said telah menandatangani aku janji dan perjanjian untuk melepaskan jawatan selepas setahun PRU-13, sebenarnya tidak disokong oleh sebarang dokumen mahupun bukti bertulis. Cerita tentang Ahmad Said menandatangani surat perjanjian dan aku janji hanya muncul ketika isu pemecatan Ahmad Said mula diperkatakan oleh kumpulan yang diketuai oleh Jelani Ngah, Setiausaha Politik Najib Abdul Razak sendiri.
Mewujudkan alasan sebegitu sebenarnya langkah yang hanya menikam diri sendiri. Alasan bukan sahaja tidak kukuh tetapi menampakkan kekalutan terutama melihat kepada upacara angkat sumpah Razif Abdul Rahman sendiri yang dilakukan secara tergesa-gesa.
Ironinya, ramai yang tahu betapa Najib tidak mampu menolak dan mengenepikan tekanan daripada orang di sekelilingnya. Dalam isu Ahmad Said juga Najib berkeadaan serupa.
Walaupun isu ini sudah terkawal, namun apa jaminan yang boleh diberikan oleh Najib bahawa keselamatan UMNO dan Barisan Nasional akan terjamin ekoran sikap Najib sendiri? Berapa lamakah Najib akan terus memberikan kedudukan dan ruang yang lebih besar kepada para penasihat yang bukan sahaja tidak berpijak ke dunia nyata tetapi juga mempunyai niat jahat untuk meruntuhkan dan memusnahkan UMNO dari dalam?
Seterusnya

No comments :
Post a Comment