Kebiasaannya
sifat malu seorang lelaki adalah
kurang jika dibandingkan dengan wanita. Mungkin ada sesetengah tabiat
yang dirasakan normal oleh seseorang lelaki, tetapi ia menggelikan
wanita apabila melihatnya. Antara tabiat lelaki yang kurang
menyenangkan wanita adalah..
10
Tabiat Buruk Lelaki Yang Menggelikan Wanita 10 Tabiat Buruk Lelaki
Yang Menggelikan Wanita
(1)
Kuku yang panjang- Ada sesetengah lelaki yang gemar untuk menyimpan
kuku yang panjang. Tujuan mereka berbuat sedemikian tidak dapat
dikenalpasti. Tetapi tabiat seperti ini menggelikan seorang wanita
apabila mereka melihatnya.
(2)
Bulu yang tidak ditempat sepatutnya- Mungkin lelaki terlalu malas
untuk menjaga penampilan mereka. Tetapi janganlah disebabkan
kemalasan itu membiarkan bulu hidung tumbuh dengan bebasnya. Tabiat
ini merupakan perkara paling menggelikan wanita.
(3)
Nafas berbau- Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai
masalah nafas berbau. Mereka hanya membiarkannya sahaja. Tabiat
seperti ini harus ditinggalkan dan sepatutnya mereka berusaha untuk
mengatasi masalah nafas berbau kerana ia amat tidak menyenangkan
bukan sahaja terhadap wanita, tetapi kepada orang yang mendengar
percakapan anda juga.
(4)
Masalah bau badan- Ada sesetengah lelaki mempunyai masalah ini
terutamanya mereka yang berbadan agak besar. Cuba mencari jalan yang
terbaik untuk menyelesaikannya kerana bau badan akan menyukarkan
orang lain untuk menghampiri anda.
(5)
Rambut terlalu nampak basah- Mungkin lelaki terlalu obses untuk
menjaga penampilan rambut mereka sehingga menggunakan minyak rambut
secara berlebihan. Bersederhana sahaja terhadap rambut anda kerana
rambut yang terlalu basah akan kelihatan seperti bayi yang baru
lahir. Tabiat ini perlu dielakkan kerana wanita amat tidak menyukai
untuk meluangkan masa mereka bersama pasangan yang seperti bayi baru
lahir.
(6)
Rambut yang langsung tidak bergerak- Ini juga merupakan salah satu
tabiat yang sering dilakukan oleh lelaki. Pemakaian wax juga tidak
perlu keterlaluan kerana ia akan membuatkan rambut anda kelihatan
seperti batu. Biarkan rambut anda bebas secara semulajadi.
(7)
Terlalu banyak bintik hitam di muka- Sekiranya anda mempunyai terlalu
banyak bintik hitam di bahagian muka, berusahalah untuk
membuangkannya. Anda boleh membuangkannya secara sendiri atau dengan
pergi mendapatkan rawatan. Jangan terus membiarkannya kerana ia akan
menggelikan orang lain untuk melihat wajah anda.
(8)
Gigi berkarat- Terutamanya kepada lelaki yang merokok, dapatkan
rawatan pembersihan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk
membersihkan karat-karat yang melekat pada gigi anda.Ini kerana
senyuman yang beserta gigi yang berkarat amat menggelikan wanita.
(9)
Sendawa- Tabiat ini juga adalah merupakan tabiat yang paling sering
dilakukan oleh lelaki. Jangan sesekali sendawa dikhalayak ramai
walaupun anda merasakan ia seperti perkara yang biasa kerana ia akan
menggelikan orang lain.
(10)
Kebersihan telinga- Mungkin disebabkan telinga berada pada kedudukan
yang sukar untuk dilihat membuatkan lelaki tidak terlalu mengambil
berat mengenainya. Ambil berat mengenai kebersihan telinga anda
kerana walaupun ia tidak dapat dilihat, tetapi orang lain mampu untuk
melihatnya.
Sumber
: Ida
Syuhada
No comments :
Post a Comment