ASAS
penubuhan DAP dan PERJUANGANNYA berpaksikan kepada ideologi
sosialis, sekular, hak sama rata semua kaum di samping membawa
konsep Malaysian Malaysia.
Melayu
atau bumiputera akan menyesal kemudian hari; kerana memberi sokongan
kepada DAP. Jangan sangka kejayaan anda pada hari ini akan
diteruskan oleh anak-anak atau cucu cicit anda. Lihat bagaimana,
seseorang yang amat kaya atau berkedudukan, tidak semestinya
anak-anaknya juga kaya raya. Pada masa itu, anak cucu cicit anda
akan menyumpah serapah, kerana anda menyokong DAP, yang berasaskan
kepada merit.
Halangan melayu/bumiputera kini, walaupun negara sudah merdeka lebih setengah abad, halangan mendapatkan pendidikan berkualti tidak kesampaian, kerana tidak berkemampuan meneruskan di institusi pendidikan yang berkualti. Peluang mendapatkan biasiswa tidak semudah seperti yang lalu; sebagai misalan, walaupun pelajar bumiputera mencapai keputusan semua A dalam peperiksaan SPM, tidak semestinya mendapat peluang masuk ke Universiti Terpilih, apatah lagi mendapat penajaan. Memang ada PTPTN, kerana kerajaan bumiputera masih berkuasa, namun jika kerajaan itu tumbang, tidak semestinya, peluang itu masih ada.
Walaupun kerajaan kini bukan pengamal kepada meritrokrasi, namun bumiputera telah merasa bahangnya, walaupun ada yang bergembira kerana peluang itu diperolehi dahulu, kini digunakan pula menghapuskan satu sistem yang pernah memberi mereka kejayaan. Yakinlah kegembiraan itu tidak akan lama, kerana Panas tidak semestinya sampai ke Petang.
Janganlah
tertipu dengan sumbangan Lim Guan Eng pada surau-surau dan
masjid-masjid. Itu gula-gula untuk dominasi Cina terhadap semua kaum
di Malaysia.
Jangan tergoda dengan senyum muda calun DAP Melayu Telok Intan.
Jangan tergoda dengan senyum muda calun DAP Melayu Telok Intan.
No comments :
Post a Comment