Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 1, 2014

Tahap Perjuangan ANAK MELAYU IALAH JADI BARUA CINA!


Setiap kali ada demonstrasi, yang tergedik-gedik, yang terkinja-kinja dan yang terlompat-lompat terjerit-jerit adalah ANAK-ANAK MUDA MELAYU. Sebahagian besar daripada mereka adalah pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi yang pencapaian akademik mereka hanya cukup-cukup makan, malah tidak kurang juga yang terkandas dan terpaksa mengulang pengajian.

Golongan ini cukup bersemangat dalam PERJUANGAN MENENTANG KERAJAAN.

PALING MALANG kebanyakan daripada mereka ini bergantung kepada PTPTN untuk meneruskan pelajaran. Kata mereka, perjuangan mereka adalah untuk menuntut agar pendidikan diberikan secara percuma. Malangnya tanpa mereka sedar, pendidikan percuma akan membuatkan mereka sekadar menjadi penoreh getah, bersawah padi, menjadi nelayan atau lebih malang, mengambil upah mengangkat sampah kerana ketiadaan tempat untuk meneruskan pelajaran.

Tidak ada negara di dunia ini yang mengurangkan cukai dan memberikan pendidikan percuma atau sebaliknya. Sebaliknya setiap rakyat walaupun di negara-negara miskin di Afrika bahkan negara kaya seperti Amerika Syarikat dan Jepun, rakyatnya perlu mengeluarkan kos untuk pembelajaran dan pendidikan, bahkan untuk mendapatkan rawatan dari hospital.


Kecualilah di sebuah negara yang saiznya tidak setara dengan nisbah penduduk serta mempunyai kekayaan semulajadi seperti petroleum, maka pendidikan percuma dan segala macam yang diretorikkan oleh Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan.

Sedangkan Malaysia mempunyai nisbah dan saiz serta pendapatan negara yang terbatas!

Sungguh aneh memandangkan yang diperjuangkan oleh anak-anak muda Melayu itu sebenarnya bukanlah untuk mereka, sebaliknya untuk keuntungan besar kaum kapitalis bermata sepet yang menguasai segala cabang dan sektor ekonomi di negara ini. Anak-anak muda Melayu itu langsung tidak sedar bahawa mereka sebenarnya dipergunakan kerana status Melayu-Bumiputera-Islam mereka dan bukannya kerana idealisme yang dijulang-julang.



Pada ketika ini, tiada anak-anak Cina atau India yang turut berteriak seperti BERUK, UNGKA DAN LUTUNG di tepi jalan. Kaum pelajar dari masyarakat Cina dan India sedang berusaha mendapatkan status kelulusan yang lebih baik bagi menukarkan status pinjaman PTPTN mereka kepada biasiswa. Ibu bapa mereka tidak susah hati menghantar anak-anak belajar jauh-jauh kerana kesungguhan terhadap pelajaran menjadi keutamaan. Sedangkan anak-anak Melayu ini tidak ubah seperti ANJING KURAP yang menggonggong agar diberikan tulang percuma tanpa mereka sendiri mahu berusaha kuat. Ibu bapa pelajar-pelajar Melayu itu pula bukan sahaja tertipu dengan semangat perjuangan kosong, bahkan terpaksa bekerja keras sebagai hamba abdi untuk memastikan anak mereka sekadar LULUS CUKUP MAKAN dan terpaksa membayar hutang yang tidak sepatutnya kerana kegagalan mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran.

Inilah wajah-wajah golongan yang akan kecewa pada masa hadapan dan menyalahkan segala sistem dan kerajaan, sedangkan sebenarnya yang mencorakkan masa hadapan adalah mereka sendiri. Inilah golongan yang tidak pernah berasa kesal dengan perbuatan mereka sendiri sebaliknya  menyalahkan pihak lain, sekalipun peluang telah diberikan untuk mereka mencipta kecemerlangan.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, inilah ZOMBIE yang dengan mudah menjadi BARUA kepada kaum kapitalis yang sedang berusaha untuk terus menjajah dan menguasai segala sektor di negara ini. Sedangkan pada masa yang sama, generasi muda Melayu pula terus hanyut dalam idealisme kosong yang tidak mungkin akan tercapai di alam nyata. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.