Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, May 12, 2014

UNDI POPULAR Yang Dibanggakan PKR, Tapi Kurang 10% Yang Keluar Undi Dalam Pemilihan PKR


PKR mendakwa mereka mempunyai lebih 500,000 orang ahli. Setiap ahli pula boleh mengundi terus Presiden dan Timbalan Presiden.

Sekarang ini jumlah pengundian untuk Timbalan Presiden, Azmin Ali mendahului dua orang lawannya dengan 12,849 undi berbanding Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat 7,171 undi dan Saifuddin Nasution yang hanya mendapat 6,161 undi.

Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi untuk Timbalan Presiden hanyalah lebih kurang 26,000 orang sahaja dan semua negeri telah mengundi kecuali di Selangor.

Apa yang berlaku kepada 500,000 orang ahli PKR yang lain? Adakah ini bermakna PKR Selangor mempunyai 474,000 orang ahli?

Untuk jawatan Naib Presiden, Nurul Izzah sedang mendahului pencalonan dengan mendapat 13,013 undi.

Setakat ini, 26,000 daripada 500,000 bermakna jumlah pengundi yang keluarkan hanyalah 5.2% sahaja (kecuali di Selangor).

Sekurang-kurangnya 5.2% jauh lebih baik berbanidng 0% yang keluar mengundi untuk Presiden PKR memandangkan pertembungan LAKI-VS-BINI akhirnya memberikan kelebihan kepada Wan Azizah untuk dilantik sebagai Presiden PKR buat penggal keempat.

Situasi ini jelas menunjukkan ahli-ahli PKR sebenarnya tidak peduli langsung dengan pemilihan dan proses pengundian dalam parti mereka sendiri, memandangkan mereka tahu, PKR adalah sebuah parti yang dijalankan mengikut kaedah perniagaan keluarga. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.