Oleh lonkiki – “Janganlah pula kerana mahu cuba menjadi
liberal atau diiktiraf sebagai pejuang hak asasi manusia hinggakan sesuatu yang
diluar batasan normal pun mahu dihalalkan. Islam sendiri sudah perjuangkan hak
asasi manusia sekian lama” jelas seorang penulis dari koordinator Angkatan
Reformis-Liberatif (ARIF) bagi menyanggah pendapat Edwin Michael pensyarah
kewartawanan dari UTAR yang memberi komentar seolah menyokong hak asasi
diberikan kepada kelompok Gay, disebuah portal pro kepada Anwar Ibrahim.
Polemik isu hak asasi dan kebebasan di Malaysia sebelum ini
banyak dicetuskan oleh kumpulan NGO berasaskan Human Right seperti Suaram,
Tenaganita dan juga Majlis Peguam.
Samada kebetulan atau tidak mereka yang berada dibawah NGO
ini sekarang ini merupakan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar
Ibrahim malah ada yang menjadi pemimpin utama parti tersebut seperti Tian Chua
dan Elizabeth Wong.
Anwar pula semenjak menerajui PKR slogan yang utama
dibawakannya adalah keadilan, kebebasan dan kesamarataan, termasuk slogan
harapan baru ( New Hope) yang digunakan sewaktu pilihanraya 2008 yang
rupa-rupanya diambil dari slogan yang juga digunapakai oleh satu agama bukan
Islam dan digunakan untuk sebuah projek gereja di Malaysia.
Ertinya Anwar mengunakan slogan Harapan baru untuk
memperjuangkan hak kebebasan beragama, kebebasan seksual dan kebebasan
melakukan apa sahaja termasuk bercanggah dengan islam.
Di Indonesia sewaktu berucap di suatu forum Pencerahan
anjuran komuniti Salihara Anwar dengan jelas menyatakan kebebasan itu adalah
hak manusia.
Pada Anwar tiada siapa dapat menyekat keinginan manusia
untuk menikmati hak kebebasan beragama atau berorientasi seksual luar dari
konteks normal.
Adakah benar hak asasi itu fitrah seperti dakwaan Anwar
sedangkan manusia sebenarnya mempunyai peranan lebih besar iaitu melaksanakan
tanggungjawabnya kepada Allah Swt.
Adakah benar keluar daripada agama yang benar iaitu islam
juga adalah merupakan hak asasi seperti yang pernah dilontarkan Anwar sewaktu
di wanwancara media barat?
Dalam membicarakan tentang hal hak asasi manusia, umum
mengetahui bahawa negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain
adalah merupakan peneraju utama gagasan tersebut.
Dan negara tersebut terpengaruh dengan konsep idea freedom,
Liberty and Human Right ciptaan Yahudi tersebut sewaktu zaman pencerahan di
Eropah.
Idea-idea tersebut sebenarnya adalah mainan Yahudi untuk
menguasai dunia dan sebab itu kita lihat ia berat sebelah.
Pencabulan besar-besaran hak asasi penduduk Palestin dipandang
enteng. Tempat awam dibom dan dimusnahkan. Manakala golongan wanita dan
kanak-kanak Islam pula dibunuh tanpa belas kasihan.
Tambah menyedihkan, jalan-jalan masuk untuk menghantar
bantuan bekalan makanan dan perubatan disekat. Ini menunjukkan bagaimana
Amerika Syarikat yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia secara
terang-terangan menyokong tindakan sekutunya menafikan hak asasi rakyat
Palestin.
Begitu juga dengan Anwar Ibrahim terhoyong hayang beliau
mengembara ke sana ke sini mengungkapkan hak asasi dan kebebasan di negara
Islam, namun pada masa sama beliau pula seolah cuba menafikan hak Saiful
Bukhari untuk mendapat hak pengadilan dari mahkamah.
Bukankah jelek hak kebebasan dibawa Anwar itu tidak ubah
seperti tindakan pemimpin zalim aragon di zaman pemerintahan Greek Kuno Erpoah.
Harus kita merujuk kepada sejarah apa yang berlaku kepada
umat Nabi Lut suatu ketika dahulu, jika benar hak asasi merupakan fitrah Islam
mengapa Allah SWT telah mengutuskan Nabi Lut untuk menyelamatkan umatnya.
Malah Nabi lut sedaya upaya menasihatkan umatnya dari
melakukan perbuatan terkututuk tersebut. Adakah boleh kita katakan nabi Lut
cuba menyekat hak asasi seksual umatnya kerana menghalang umatnya dari
melakukan aksi songsang sesama jantina.
Anwar kata Islam yang mengongkong hak kebebasan adalah Islam
yang jumud, oleh yang demikian jumudkah Nabi Lut pada pandangan Anwar?
Semakin hari semakin terdesak Ketua Umum PKR tersebut untuk
menyelamatkan riwayat politiknya. Wataknya yang sebenar semakin hari semakin
terselah, sikap hipokrit dan kepura-puraan telah merosakan makna sebenar hak
asasi dan kebebasan mengikut versinya.
Baca seterusnya :di sini
No comments :
Post a Comment