Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 19, 2013

Isu IC di Sabah: Pembangkang Tidak Hormati RCI


Pihak pembangkang seolah-olah tidak menghormati Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI) apabila pantas menjatuhkan hukuman bersalah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di negeri itu.

Dalam satu forum “mahkamah rakyat" anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang malam ini, mereka turut menyalahkan isu kad pengenalan sebagai punca berlakunya insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang juga penganjur program itu turut menuduh para pengganas Sulu yang menceroboh Sabah mempunyai kad pengenalan dan ada di antaranya adalah bekas pegawai daerah di negeri itu.


"Pemberian IC (kad pengenalan) merupakan punca sebenar kejadian Lahad Datu dan Jeneral Sultan Sulu yang datang menyerang tersebut ialah orang yang mempunyai kad pengenalan dan bekas pegawai daerah di Sabah," katanya pada forum tersebut yang turut dihadiri dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini malam tadi.

Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini telah perkenan melanjutkan masa RCI selama enam bulan lagi iaitu dari 21 Mac hingga 20 September bagi membolehkan suruhanjaya ini menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporannya.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.