Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, March 30, 2013

FILIPINA MUNGKIN KEMUKA TUNTUTAN KE ATAS SABAH?

Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri?



Justice Secretary Leila de Lima. INQUIRER FILE PHOTO



Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah

MANILA 25 Mac - Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.

Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.

De Lima berkata, Filipina mungkin mengemukakan isu tersebut kepada 'tribunal berkaitan'.

"Persoalan yang timbul sekarang, adakah kami mempunyai alasan kukuh dan sah jika membawa perkara ini kepada tribunal berkaitan," katanya kepada wartawan di Persidangan Kumpulan Pakar Persaingan ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman telah melakukan kajian daripada aspek undang-undang berhubung tuntutan ke atas Sabah dan mengemukakan cadangan itu kepada Aquino untuk diluluskan.

"Terpulang kepada Presiden sama ada beliau mahu menimbang kajian itu atau tidak," katanya.

Aquino sebelum ini dilapor menugaskan Jabatan Kehakiman dan Jabatan Luar supaya meneliti kesahihan tuntutan Kiram ke atas Sabah.

Menurut beliau, isu pemilikan Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah. - Agensi

Sumber: FB Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia

-----------------------------------------------

ULASAN:

Tembelang Filipina semakin jelas, semakin memperlihatkan keterkaitan pencerobohan jahat KIRAM di Lahad Datu itu dengan agenda Filipina sebagaimana yg kita boleh lihat dalam kenyataan di atas.

Menuntut Sabah bukanlah jalan penyelesaian kerana semua maklum kekuatan hujjah dalam mana-mana pengadilan pun akan tetap dimenangi oleh Malaysia. Apatah lagi De Lima sendiri mengaitkan pencerobohan Kiram di Lahad Datu itu adalah kesinambungan dari Komando Jabidah yang diasaskan oleh Marcos tahun 1968 itu menguatkan lagi bukti Filipina tak akan mampu menuntut Sabah.

Filipina nampaknya memerah otak selama berdekad untuk bagaimana dapat menuntut SABAH dari Malaysia. Satu kerja yang sia-sia dan membuang masa buat Filipina yang semakin miskin dan papa yang sekarang hanya bergantung harap kepada sumbangan kewangan anggota OIC terhadap ARMM (Autonomy  Region Muslim Mindanao) untuk terus hidup mentadbir Filipina. Bayangkan tanpa ARMM negara Filipina mungkin takkan dapat memberikan makanan kepada pekerja kerajaannya di semua sektor.

Jalan terakhirnya ialah bagaimana mendapatkan monopoli minyak Sulu dan Spratley untuk diusahakan agar negaranya dapat pendapatan baru untuk memacu kerajaannya menjadi negara kaya mengatasi negara-negara ASEAN lain.

Untuk merealisasikannya  Filipina mendapati hanya dengan menggunakan nama SULTANATE OF SULU & North Borneo sahaja sebagai ALAT untuk mendapatkan Sabah itu semula dan sekaligus Basin Minyak Sulu dan Spratley akan lengkap jatuh ke dalam tangannya. Umum mengetahui USA sendiri berada di kepulauan Sulu saat ini atas nama BALIKATAN (latihan bersama tentera Marin Filipina dan Marin USA). Umum mengetahui juga bahawa USA yang tidak pernah puas dengan telaga minyak yang dia rampas dari Timur Tengah itu juga sekarang sedang mencari-cari telaga minyak di tempat lain demi kelangsungan ekonomi dan kuasa ketenteraannya terus bertahan dan kekal sebagai Polis Dunia.

Tun Datu Mustapha menurut Tarsilah Brunei Almarhum masih dari 
jalur keluarga BANTILAN.


KESULTANAN SULU HARUS MENYATAKAN PENDIRIANNYA

Sangat malang bagi Filipina, mereka tak tahu bahawa kesultanan Sulu yang mereka dakwa sebagai benar dari keluarga KIRAM seperti Jamalul III itu dapat membantunya menuntut Sabah walhal sebaliknya akan bakal memalukan dirinya sendiri. Sejak tahun 60-an sehingga saat ini, Filipina sering dimalukan oleh Malaysia  kerana ketidak tahuan Filipina terhadap apa yang mereka dakwa SABAH sebagai WILAYAH FILIPINA itu.

Filipina ingat mereka boleh tuntut Sabah dari Malaysia begitu mudah. Filipina harus faham masyarakat Suluk di Sabah itu tidak mungkin menyokong Filipina sebagai mana Tun Datu Mustapha menempelak keluarga Kiram yang redha sertai Filipina tahun 1962, yang kemudian Tun Datu Mustapha bertindak drastik membawa Sabah masuk ke persekutuan Malaysia. Sebab itu sehingga kini keluarga Tun Datu Mustapha masih berseteru dengan keluarga Kiram disebabkan Isu Sabah sertai Persekutuan Malaysia 16 Sept. 1963.

Bagi Tun Datu Mustapha, sekiranya KIRAM berusaha mentadbir sendiri Sulu tanpa Filipina, yakni memunculkan semula institusi Kesultanan Sulu berdaulat dengan menghalau Filipina keluar dari wilayah Sulu maka tiada masalah bagi Tun Mustapha untuk bersahabat atau sertai Sulu. Walau pun begitu bagi Tun Mustapha, beliau lebih layak menjadi Sultan Sulu berbanding keluarga KIRAM yang sudah lama ditolak oleh Tausug para Datu dan Syarif. Perlulah digaris bawahi bahawa Tun Datu Mustapha telah disenaraikan oleh Pusat Sejarah Brunei Darussalam dalam salasilah Kesultanan Sulu sebagai dari keluarga SULTAN BANTILAN I. Maka Tun Datu Mustapha masih dari jalur Bantilan yang secara protokol lebih layak diangkat oleh para Datu dan Syarif memegang tampuk Kesultanan Sulu.

Filipina tidak boleh menafikan Tun Datu Mustapha kerana Tun lebih layak berbanding keluarga KIRAM. Malah sekiranya Tun Datu Mustapha berkempen kepada keluarga Datu dan Syarif Sulu untuk sertai memasukkan wilayah SULU ke Persekutuan Malaysia, nescaya boleh sahaja berlaku atas beberapa kondisi.

Keluarga Tun Datu Mustapha dah diakui sebagai Keluarga Sultan Bantilan I yang lebih afdhal berbanding KIRAM dalam protokol kesultanan Sulu. Pusat Sejarah Brunei telah mengakuinya sebagaimana yg tertera dalam TARSILAH BRUNEI I & II susunan Pehin Dato' Muhammad Jamil Assufri.

Dalam beberapa kondisi, Keluarga Tun Datu Mustapha harus bekerjasama dengan SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam) di Jolo, Sulu agar Sabah Kekal BERADA DALAM TANGAN MALAYSIA. Hal ini harus ada dokongan dari SABAHAN (Suluk, Bajau, Iranun, Kadazan-Dusun-Murut, Sungai, Idaan, Bugis dll) membuat satu referendum untuk SABAH kekal dalam Malaysia atas persetujuan SSDI sendiri, yakni dalam masa yang sama segala selera Filipina menuntut Sabah akan ternafi.

SSDI yang dipimpin Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dengan beberapa kondisi yang dipersetujui bersama keluarga Tun Datu Mustapha bersama SABAHAN, tidak mengiktiraf FILIPINA sebagai PEMILIK KEPULAUAN SULU agar ternafi tuntutannya terhadap SABAH. Satu kerja gila kepada satu negara kristian seperti Filipina mengakui Sulu yang majoriti Muslim sebagai wilayahnya, walhal jelas Muslimin Sulu masih tidak dapat dia tundukkan sehingga saat ini.

WASSALAM






No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.