Gambar
Esmail Kiram II dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib adalah palsu,
demikian kata Jurucakap jamlul Kiram III Abraham idjirani seperti dipetik
Manila Standard Today (MST).
Menurut
Abraham memang Esmail Kiram II ada ke Sabah pada Januari lalu, tetapi hanya di
Semporna sahaja, tidak ke Kuala Lumpur, kerana permintaan adik Kiram itu
berjumpa Najib tidak diluluskan.
Abraham juga
menafikan bahawa ada perancangan membincangkan soal Sabah dengan Najib seperti
mana dakwaan pihak tertentu.
Pada Isnin
Anwar Ibrahim mendakwa berlakunya pertemuan antara Tan Sri Aziz Shamsuddin,
mantan setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir dan mantan menteri Pusat.
Kesemua
gambar tersebut adalah gambar palsu menurut Abraham, kerana tiada perjumpaan
seumpama itu.
Pada 12
Februari sekumpulan pengganas sulu mendarat di Kg Tanduo Lahad Datu. Pasukan
keselamatan mengwujudkan Ops Daulat untuk mengusir penceroboh itu. Setakat ini,
sejumlah 67 pengganas telah dibunuh dan sebahagian lagi berjaya ditangkap.
Pengganas
yang diperkirakan melebihi 200 orang sebahagian telah berjaya meyusup pulang ke
Filipina dan antara 15-20 orang lagi masih bersembunyi di Kg Tanjung Batu,
Lahad Datu.
Saki baki
pengganas itu, tidak lama lagi akan terlumpuhkan samada menyerah diri, mati
ditembak atau mati kelaparan dalam hutan paya Tanjung Batu.
No comments :
Post a Comment