ADUH
PECAH RAHSIAKU, KENA MINTA AZMIN BUAT SESUATU NE
ANWAR
IBRAHIM mula merosakkan politik aman negeri Sabah apabila dia menjejakkan
kakinya di Kota Kinabalu pada tahun 1986. Ketika itu dia Ketua Pemuda UMNO.
Anwar menyokong usaha-usaha menjatuhkan Tun Datu Mustapha melalui beberapa
proksi pemimpin pemuda USNO.
Walaupun
usaha tersebut gagal selepas Tun Datu Mustapha mengambil tindakan pantas
memecat pembelot-pembelot USNO.
Sikap mereka
ini tidak pernah berubah, selepas USNO dimatikan, UMNO masuk ke Sabah dan
mereka ini sangat gembira. Apabila Anwar Ibrahim menjadi TPM dan Menteri
Kewangan, Anwar menyusun semua orang-orangnya dalam kedudukan UMNO Sabah.
Semua
Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang pro Tun Datu Mustapha, yang pro Tun Ghafar Baba,
yang pro Pak Lah semuanya dimatikan dengan cara memberi seberapa banyak wang
kepada proksinya dan kalahkan sesiapa yang tidak menyokong Anwar. Cara-cara
Anwar sunguh-sungguh seperti Komunis.
Benar kata
Datuk Salleh Tun Said, kamu Anwar jangan bersandiwara. Cerita perkara sebenar
pasal IC Sabah.
Pada tahun
1995, apabila ramai orang-orang Anwar yang sedang memegang jawatan Ketua Bahagian
hendak dilawan, Anwar menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan mereka. Anwar
bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi Lot-Lot Saham yang boleh ditukar di
bank-bank Bumiputera. Ramai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang
pro-Anwar kaya mendadak!
Satu contoh,
Anwar telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pihak keselamatan supaya
menangkap individu-individu yang kononnya terlibat dalam projek IC. Inilah
manusia yang paling Hikpokrit! Dia menyuruh orang itu mengatur IC Projek,
kemudian dia mengarahkan pihak polis menangkap orang itu semula. Tujuannya
supaya orang itu tidak menang Ketua Bahagian, kerana jika dia menang dia akan
mencalonkan Tun Ghafar Baba bukannya Anwar Ibrahim. Busuk kan hati Anwar
Ibrahim.
Anwar
menyuruh semua orang supaya Kalahkah PBS, tumbangkan Pairin dengan apa cara
sekalipun! Kamu tahu apa itu 'apa cara sekalipun'?
Dia ingat
dia Tuhan di dunia ini boleh membodohkan semua orang, kalau Allah SWT kata Kun
Fayakun maka tidak jadilah kamu sebagai Perdana Menteri, walaupun kaki kiri
kamu sudah menjadi Perdana Menteri.
Wahai Anwar
Ibrahim, ketika kamu berkuasa kamu memiliki ladang kelapa sawit yang luas di
Sandakan, ketika kamu melawat ladang-ladang kelapa sawit kamu di Sandakan,
siapakah pekerja-pekerja ladang kelapa sawit kamu? Adakah pekerja tempatan
Sabahan KadazanDusunMurut (KDM) atau PATI!
Kamu tahu
bapa Yong Teck Lee bukanlah orang Sabah tetapi dari negara China. Bapa Yong
Teck Lee (Yong Lok @Yong Luk) datang ke Sabah membuka Workshop di Lahad Datu.
Kamu yang melantik Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri (itulah maksud Datuk
Salleh Tun Said yang kamu sangat berkuasa ketika itu), supaya kamu boleh
mengumpul harta kekayaan di Sabah bukan. Tidaklah hairan jika Yong Teck Lee
membuntuti kamu sekarang!
Dan, kamu
juga pernah berenjoy dengan seorang artis Wanita Sabah bukan? Berlumba-lumbaan
dengannya bukan. Memanglah kamu sangat suka kepada wanita-wanita cantik, seksi
dan menawan.
No comments :
Post a Comment