Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 25, 2013

HAPRAK DAILY KENA SOUND DENGAN RAJA NAZRIN!!!




Akibat terlalu 'Ghairah' berpolitik telah membuatkan puak - puak Parti Angguk Saja tu kena 'sound' dengan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Mana tidaknya. Punya la diorang ni tandus dalam isu nak berpolitik sehingga terpaksa mengheret pihak istana untuk mendapatkan sokongan.

Kalau sebelum ini, diorang mempergunakan memanipulasikan titah Raja Nazrin. Kali ini, diorang guna pulak Persatuan Kerabat Perak untuk tujuan tersebut.

Apa, dah tak de isu lain ke yang boleh diorang jadikan modal sampai terpaksa mempergunakan 'Orang Istana'? Agenda diorang tak cukup untuk mendapatkan sokongan?

Tapi, apa nak heran dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni ye tak. Diorang memang dah tak de modal lain nak dijadikan bahan berpolitik.

Jangan kata nak guna pengaruh pihak istana je. Malah, diorang sanggup guna apa saja demi untuk mencapai cita - cita diorang. Tinggal lagi, diorang buat semua tu bukan sebab nak memperjuangkan rakyat. Sebaliknya untuk kepentingan diri sendiri je!!!



KUALA KANGSAR -  Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah meluahkan rasa kesal terhadap pihak-pihak yang memanipulasi titah baginda untuk meraih sokongan politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut baginda, ada pihak memanipulasi titah dengan bagi meningkatkan pengaruh kumpulan politik tertentu dan merendahkan lawan politik.

Titah Raja Mazrin, perbuatan itu telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan sebahagian rakyat kerana seolah-olah baginda secara langsung telah menzahirkan sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu.

“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah.

“Pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dalam tempoh terdekat. Diingatkan bahawa dalam keghairahan untuk mendapat sokongan politik, jangan sampai adat dan resam budaya bangsa dicemarkan.

“Beta menegaskan bahawa faja dan takhta kekal berada di atas politik kepartian, bersifat berkecuali dan tidak memihak mana-mana kumpulan politik,” titah baginda sempena Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

~ sumber ~ 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.