Semenjak 8 Mac 2013 yang lepas banyak pihak terutamanya dari
sebelah kem pembangkang menyebarkan cerita bahawa kerajaan dan Perdana Menteri
Malaysia yang ada sekarang adalah haram. Ini kerana pada tarikh berkenaan telah
genap lima tahun dari tarikh PRU ke 12 yang diadakan pada 8 Mac 2008.
Pada Ahad satu sesi dialog telah diadakan antara SPR dan
pengamal media baru di Shah Alam mengenai persiapan PRU ke 13 yang akan
diadakan pada bila-bila dari sekarang.
Dalam dialog berkenaan banyak perkara yang dibincangkan
termasuklah mengenai daftar pemilih , pengundi luar negara, pengundi awal ,
kuasa SPR , penggunaan dakwat kekal dan sebagainya lagi.
Kepada soalan tentang kerajaan yang ada sekarang telah tamat
tempoh seperti yang diperkatakan , Pengerusi SPR , Tan Sri Aziz telah
menyatakan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang sah
kerana penggal pemerintahannya akan berakhir pada 28 April.
Ini kerana perkiraan tempoh lima tahun sesebuah kerajaan
baik di peringkat pusat atau negeri dikira bermula dari hari persidangan
pertama Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
“Jika Perdana Menteri tidak sah maknanya semua Ketua Menteri
dan Menteri Besar yang lain tidak sah” , ujar Tan Sri Aziz.
Video berkaitan boleh dilihat di sini
~sumbernya ~
No comments :
Post a Comment