Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 28, 2013

SIAPA PENYUMBANG DANA UNTUK ANWAR IBRAHIM???


IKUTI PENDEDAHAN SIRI 1



Datuk Dr. Sidek Baba berkata bahawa beliau tidak menyangka bekas sahabat baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempunyai hubungan baik dengan rangkaian Zionis khususnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

“(Sebelum ini) kita tidak tahu hubungannya (Anwar) dengan pihak-pihak lain, contohnya networking Zionis, Amerika. Jadi kita tahu kemudian.

“Dalam siasatan saya, dalam networking ini…saya percayalah dalam soal hubungan Anwar ini dalam pelbagai bidang dan lapangan itu, benda itu (berlaku) lebih lama daripada itu,”katanya didedahkan dalam video terbaru iFiles: Manusia Pelbagai Wajah, Bab 4

Menurutnya, bukan setakat beliau, malah bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengambil masa berbulan-bulan untuk mempercayai tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu selalu mempotretkan dirinya sebagai seorang yang Islamik.

“Tun Mahathir melatih Anwar lama. Apabila dia (Anwar) dipecat sudah pasti tidak semua orang boleh menerimanya, termasuk saya.




“Kemudian, apabila saya selidik daripada sumber-sumber dalaman… bahawa Tun Mahathir, apabila laporan perisikan datang kepadanya, dia (Mahathir) tidak mudah menerima, tak silap saya, ia memakan masa berbulan-bulan untuk menerimanya.Bermakna, Tun Mahathir seorang yang teliti dan hati-hati.

“Saya cari maklumat lagi..selepas saya mengetahui soal integriti Anwar ini.. (maka) pendirian Dr Mahathir untuk memecat Anwar adalah betul untuk kepentingan keselamatan negara dan umat Islam di Malaysia,”katanya lagi.






Artikel Artikel Lain Yang Berkaitan

1. Murad Sahkan Akaun Bersumpahhttp://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2013/01/murad-sahkan-akuan-bersumpah-oleh-mohd.html

2. Bagaimana NED & IRI Bantu Anwar Jadi PM Malaysiahttp://www.anwaraidc.com/?p=12122

3.Sokong Gay Right : Rahsia sebenar Wolfowitz & Al Gore sokong Anwar http://blog2-   3.  politik.blogspot.com/2010/09/anwar-ibrahim-dot-com_13.html#3

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.