Penyiasat
persendirian, Balasubramaniam Perumal (PI Bala) yang baru sahaja meninggal
dunia beberapa hari lepas disebabkan serangan penyakit jantung, pastinya akan
kekal diingati ramai kerana mencipta rekod membuat dua akuan bersumpah (SD)
yang berbeza untuk satu isu yang sama.
PR tentunya sedikit sebanyak mempunyai saham
dalam menyebabkan kematian PI Bala kerana masih mendesak penyiasat persendirian
itu berkempen untuk mereka di Damansara sekalipun mengetahui PI Bala belum sihat
sepenuhnya selepas terjatuh ketika berceramah untuk PR di Kota Bharu.
Ia satu bentuk kezaliman, tapi bagi PR soal
kesihatan PI Bala yang kurang baik tentunya bukan perkiraan mereka, yang
penting ialah memanipulasi sepenuhnya mendiang untuk kepentingan politik supaya
berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.
Lagi pun sejarah hitam PI Bala yang pernah
menggelapkan wang RM50,000 milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan
kepada Altantuya Shariibuu selain mempunyai rekod buruk terlibat dalam penculikan
semasa berkhidmat dengan PDRM, tentunya memaksa PR bertegas memaksa PI Bala
memenuhi setiap aktiviti ceramah mereka.
Dalam pada itu, PI Bala juga akan diingati
kerana tindakannya bersumpah dengan kitab Hindu, Bhagawad Gita sebaik tiba di
KLIA dari persembunyian hampir 5 tahun di luar negara, yang menurutnya
bertujuan untuk membuktikan SD2 adalah pengakuan palsu manakala SD1 adalah yang
sebenar-benarnya.
Ini bermakna dalam tempoh hampir 5 tahun lalu
sehingga saat kematiannya, PI Bala telah tiga kali flip flop dalam melakukan
sumpah, ini menimbulkan andaian berkemungkinan besar sampai ajalnya disebabkan
dimakan sumpah.
Tidak ada agama dalam dunia ini yang
membenarkan penganutnya bermain-main dengan sumpah, malah dalam Islam sendiri
amat menegah umatnya bersumpah palsu apatah lagi dua tiga kali mengangkat
sumpah dengan isi pengakuan yang berbeza-beza.
Malah orang yang gemar bermain-main dengan
sumpah dan tidak tetap pendiriannya juga sukar untuk mendapat kepercayaan
ramai. Tak mustahil saban hari mendapat celaan dan disumpah seranah pula oleh
anggota masyarakat. Mungkin andaian PI Bala dimakan sumpah tidak betul, tapi
satu kenyataan yang pasti roh Altantuya yang dikatakan sedang melindungi PI
Bala hanyalah ilusi atau pun sebenarnya sengaja mungkir janji dek kerana
amarahnya yang masih menyala terhadap PI Bala barangkali.
No comments :
Post a Comment