Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 28, 2012

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kontrak & Akta Rahsia Rasmi?

Undang-undang kontrak yang hendak dikupas adalah undang-undang yang terkanun di dalam Akta Kontrak 1950 (Disemak: 1974). Kecuali sekiranya dinyatakan sebaliknya. Akta ini merupakan enakmen semula Ordinan Kontrak (NNM), 1950 yang hanya terpakai dalam NNM. Akta semakan diperluaskan ke Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Apabila kita menggunakan istilah “kontrak” dari sudut undang-undang, kita takrifkannya sebagai perjanjian yang mengikat pihak yang terlibat daripada aspek perundangan: mengikut seksyen 2(h), kontrak adalah “suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang”. Oleh itu, semua kontrak mestilah berdasarkan kepada suatu perjanjian walaupun bukan semua perjanjian secara automatik menjadi kontrak. Bagi menjadikan sesuatu itu kontrak, maka perlu ada unsur-unsur selain perjanjian biasa. Unsur-unsur yang mesti ada ialah termasuklah ketentuan, balasan dan adanya niat untuk mewujudkan hubungan daripada aspek undang-undang di antara pihak-pihak yang berkontrak. 
 
Kerajaan telah memperkenalkan Akta Rahsia Rasmi, 1972 (Akta 88) bagi tujuan memberi perlindungan undang-undang kepada ‘rahsia-rahsia rasmi’. Mengikut seksyen-seksyen 2 dan 2B Akta 88 (seperti pindaan di bawa Akta A 660/86), ‘rahsia-rahsia rasmi’ bermaksud sebarang dokumen, rekod keputusan dan penyampaian Jemaah Menteri atau Majlis Mesyuarat Kerajaan, dokumen-dokumen mengenai keselamatan negara, pertahanan dan perhubungan antarabangsa dan sebarang maklumat dan bahan berkaitan dengannya termasuklah juga sebarang dokumen rasmi, maklumat dan material yang dikelaskan ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’ sama ada oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau penjawat awam yang dilantik oleh mereka itu.

Akta 88 ini juga meliputi dokumen-dokumen dan bahan-bahan badan berkanun (seksyen 2 Akta). Mengikut seksyen 2 itu juga, takrif  ‘dokumen’ termasuklah, sebagai tambahan kepada dokumen yang ditulis, ialah juga peta, pelan, model, geraf, lukisan, gambar, disk, pita, trek suara dan seumpamanya, filem, dan seumpamanya. Dan ‘bahan’ pula termasuklah sebarang alatan, perkakas atau objek. Jika jika perhatikan senarai itu, sebahagian daripada dokumen tersebut terdapat dalam milik pegawai yang menguruskan projek pembinaan, yakni memilikinya secara ‘corpus possesionis’ (yakni dalam kawalannya)(Bird, R. 1986), seperti pelan, peta, bil kuantiti, anggaran harga, anggaran peruntukan kewangan, dan lain-lain lagi).


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.