Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, July 31, 2013

MOTIF SEBENAR PEMBUNUHAN HUSSAIN AHMAD NAJADI, PENGASAS AMBANK GROUP

Sebelum ini Lim Guan Eng DAP telah dibidas teruk dek artikel dangkal beliau tentang isu komunis dan filem The New Village. BACA SINI





Tak serik dengan artikel yang dibidas teruk itu, anak Kit Siang itu sekali lagi mengeluarkan artikel serkap jarang dan sudah tentu mengutuk pihak berkuasa dan kerajaan BN. Padahal diri beliau dan parti DAP itu sendiri sangat teruk dan penuh dengan penipuan seperti yang didedahkan di dalam The Equity Report oleh Agustus Chen BACA SINI


Artikel terbaru Guan Eng ialah mengenai kes pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi. Di antaranya :

Previously the police had blamed the abolition of the Emergency Ordinance that permitted many gangsters to be released for the proliferation of gangland murders and rising crime.
The police can no longer blame the abolition of the Emergency Ordinance on the murder of Hussain as he is no criminal but a respected international banker. more

Kenapa Lim Guan Eng begitu cepat dan tergesa-gesa mahu menafikan percambahan gangster, pembunuhan gangland dan peningkatan jenayah disebabkan oleh pemansuhan ISA?

Dan hanya kerana satu kes yang melibatkan Hussain Ahmad Najadi, maka pihak polis tidak boleh lagi menyalahkan peansuhan ISA?

Persoalan besar sekarang, walau pun Hussain bukan penjenayah tetapi bagaimana Setiausaha Agung DAP itu tahu bahawa pembunuh dan komplot pembunuhan itu tidak melibatkan gangster atau kumpulan penjenayah? Atau, Guan Eng DAP mahu membela kumpulan-kumpulan tersebut?

Sila baca motif pembunuhan Hussain Ahmad Najadi dan selepas ini, berani lagikah Lim Guan Eng DAP untuk menyentuh isu ini kerana ianya melibatkan bangsa Cina?

Sumber memberitahu, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.


 

“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu. “Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya. Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa. Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian. Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger.





 Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan. Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang. "Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.- 
          drmim

Sunday, July 28, 2013

Filem The New Village Mengangkat Komunis Sebagai Pejuang Kemerdekaan?

WP_000484

Tiba-tiba sahaja muncul kontroversi filem The New Village arahan Wong Kew-Lit. Kontroversi ini berkisar kepada dakwaan bahawa filem ini cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat. The New Village khabarnya dirancangkan sebagai sebuah filem berbentuk epik – yakni rakaman sejarah negara.

Malangnya permulaan filem ini jelas menganggungkan komunis apabila menulis “Sesama peperangan anti-penjajahan Brtish.” Secara simboliknya ia membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Berdasarkan video klip pembukaan ini jelas 

Pengarah Filem mempunyai niat mengangkat martabat perjuangan komunis daripada perjuangan idelogi kepada perjuangan kemerdekaan.

The New Village
Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat. 
Klasifikasi: NAGenre: SejarahTarikh Tayangan: 22 Ogos 2013Bahasa: MandarinPengedar: GSC MOVIESPengarah: Wong Kew-LitPelakon: Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo, Jeff Chin, Khor Ewe Pin, Sam Chong, Bernard Hiew, Hui MeiTrailler: http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2012.8286.newvillage1949.15490&section=trailer
Filem ini sepatutnya dibuat berlandaskan sejarah. Ia sepatutnya menjadi satu titik penting dalam memberi maklum kepada generasi muda cina mengenai kejahatan ideologi komunis dan sikap tentera komunis sendiri yang sebenarnya lebih kejam daripada tentera British.

Pengarah The New Village tidak faham antara perjuangan kemerdekaan iaitu membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan dengan perjuangan menegakkan ideologi komunis di Tanah Melayu. Penduduk peribumi Tanah Melayu tidak pernah merestui perjuangan menegakkan ideologi komunis yang berkiblatkan Peking. Tapi apa hendak buat, Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia pun anggap komunis pejuang kemerdekaan. Malangnya tiada siapa persoalkan apakah kelulusan Mat sabu untuk membuat tafsiran sedemikian.
Komunis bukan pejuang kemerdekaan kerana majoriti pejuangnya adalah dari Tanah Besar China bukannya penduduk asal atau pribumi Tanah Melayu. Hakikat bahawa majoriti orang Melayu sendiri ketika itu menolak komunis menunjukkan mereka tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Malangnya, filem ini dibuat bagi menyusup minda penonton secara halus bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Niat tersebut bukan sahaja jelas pada intro filem ini sahaja. Penggunaan bahasa Mandarin bukannya bahasa kebangsaan dalam filem ini juga mengukuhkan lagi prasangka orang ramai kepada filem ini.  Ini filem orang Cina Malaysia untuk mengangkat kaum cina yang menjadi tentera komunis di Tanah Melayu.

Sejarah Kampung Baru

Mengikut sejarah, KAMPUNG BARU dibuka semasa Darurat dari 1948 hingga 1960 sebagai strategi ketenteraan menentang Komunis di bawah Rancangan Briggs. Pada zaman Komunis bermaharajalela di Tanah Melayu mereka mendapat banya bantuan makanan dan perubatan daripada orang Cina yang tinggal di kampung-kampung, pinggir bandar dan berhampiran hutan.

Ada antara orang Cina ini merupakan simpati kepada perjuangan komunis atas dasar negara asal. Ada pula yang terpaksa membantu komunis kerana takut diseksa dan dibunuh.

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Ini merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.

Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.
Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis.

Perak adalah negeri dengan bilangan terbanyak Kampung Baru Cina iaitu 134 buah berbanding negeri lain seperti Johor (84 buah) dan Pahang (55 buah). Antara ciri struktur dan fizikal Kampung Baru Cina adalah jalan grid yang seragam dan saiz kawasan rumah yang umumnya sebesar 60 x 80 kaki persegi (18 x 24 meter persegi). Kampung itu juga ditempatkan berdekatan dengan kemudahan awam dan berjauhan dengan laluan masuk dan keluar utama.

Dari segi demografi, terdapat sekurang-kurangnya lima negeri iaitu Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Terengganu dengan lebih 90 peratus penghuni kampung baru terdiri daripada masyarakat Cina.


Baca seterusnya : di sini


DAP: Cipta “Tentera Nyata” Hasut Rakyat

guan eng pijak

DAP telah membentuk “tentera” nyata untuk memastikan tindakan menghasut dan menabur fitnah jahat terhadap kerajaan berjalan secara menyeluruh. Sebelum ini  Red Bean Army yang merupakan  tentera siber yang dikatakan upahan DAP  menghasut rakyat melalui pelbagai siri pembohongan dan fitnah menerusi laman-laman sosial dan internet.

Tentera” nyata mereka pula diletakkan di kawasan pusat-pusat membeli belah yang dikuasai oleh kaum mereka. Setiap “tentera” telah dilatih dengan secukupnya untuk “attack” mangsa terutama di spa, urut reflexology dan salon. Mereka akan kenal pasti mangsa dari latar belakang mangsa kemudian jarum-jarum hasutan akan mula ditanamkan kepada mangsa untuk membenci kerajaan dengan ayat “tunggu election akan datang”.

Kita harus sedar , berjaga-jaga dan bertindak dengan pantas kerana DAP sudah mula bekerja untuk Pilihanraya Umum ke 14 akan datang.  Dengan motto untuk menukar kerajaan yang kononnya terlalu zalim maka mereka menghasut dan mempengaruhi rakyat untuk memberontak. Ini merupakan modus operandi yang cukup merbahaya dan mampu menggugat keamanan Negara.

Sekiranya mangsa merupakan seorang suri rumah maka mereka dihasut untuk menuntut elaun bulanan dari kerajaan kerana bekerja menjaga anak-anak yang merupakan asset Negara.  Mereka dihasut untuk berjumpa dengan Datuk Seri Najib untuk membuat tuntutan walaupun ianya tidak munasabah. Maka pihak yang bertanggungjawab  harus bersedia menerima asakan dari golongan surirumah yang sudah termakan dengan hasutan mereka.

Isu-isu yang menjadi topik hangat yang digunakan oleh “tentera” nyata mereka adalah
  1. Murtad – mereka akan minta pandangan mangsa akan isu murtad dan membandingkannya dengan Negara Indonesia yang membolehkan aktiviti murtad berjalan dengan mudah. Begitu juga dengan Aljerbaijan yang boleh menukar agama sesuka hati.
  2. Arak- mereka bandingkan dengan puak Nigeria yang beragama Islam yang telah memberi  kenyataan bahawa Islam di Negara mereka bebas untuk meminum arak.
  3. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu – mereka menggunakan Wikipedia yang kononnya Islam di Malaysia telah dibawa oleh Cina.
  4. Bahasa Mandarin- mereka dengan angkuhnya menuntut semua rakyat Malaysia harus belajar bahasa Cina dan tulisan Cina kerana kononnya ia merupakan bahasa antarabangsa bukannya bahasa Malaysia.
  5. Tudung- mereka cuba memperlekehkan pemakaian tudung dalam Islam
  6. Hudud – mereka menuduh Islam sebagai jahat dan tidak adil kerana kononnya sesuka hati memotong tangan pencuri.
  7. Raja Wajib Dihapuskan- mereka bersandarkan kepada sikap maharaja Cina yang bunuh, pancung rakyat sesuka hati
Semua “tentera” mereka telah dibekalkan dengan maklumat di atas untuk menghasut rakyat. Oleh itu pihak yang bertanggungjawab harus lebih peka akan isu ini dan bertindak dengan lebih pro aktif untuk memastikan agenda hasutan “one to one” secara berterusan ini tidak menjadi duri dalam daging dan bom jangka yang bakal memusnahkan Negara.



Baca seterusnya : di sini


Filem Komunis Senang Ditayangkan Filem Patriotik Disekat?

filem komunis


Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan  Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”.  Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya.

Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang.

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam Negara kita  mulai 23 Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula tersebar sejak minggu ini.

Astro Shaw  jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya mereka merupakan penyokong tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak yang terlibat harus menbuka mata dan telinga mereka agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu menggugat keselamatan Negara.

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan wajib mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda Putera telah ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu yang berterusan cuba menukar sejarah perjuangan Negara kepada pro komunis.

Filem Tanda Putera  mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 telah  tiga kali ditunda. Alasan konon tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu amat mengecewakan kami rakyat Malaysia yang amat berbangga dengan sejarah Negara yang telah dipaparkan dalam filem Tanda Putera.

Sesungguhnya pihak pembangkang harus menerima hakikat kebenaran sejarah perjuangan UMNO dalam merealisasikan keamanan Negara. Begitu juga hakikat komunis merupakan anasir subversif yang telah menghuru harakan Negara dan membunuh ramai rakyat Negara kita dan membawa banyak penderitaan terhadap rakyat.  Kekejaman komunis masih menghantui dan terus menjadi igauan ngeri kita namun ianya cuba diangkat sebagai hero oleh bangsa Cina yang lupa diri aka nasal usul mereka.


Baca seterusnya : di sini


ARKITEK SCORPENE AKHIRNYA MENJAWAB SEGALA SKANDAL ALTANTUYA


Temuramah Muka Hadapan Akhbar New Straits Times (NST) – Terbit 27 Julai (Sabtu)

Dalam satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang kononnya penuh kontroversi itu. Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene.


Menyanggah Cerita Dongeng.

Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.
“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.
Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.
Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.
selam 2 resize


Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood. Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.
April lalu, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.



Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut. Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.

Sebelum perjumpaan itu dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat di mana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

Semasa berkunjung ke rumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.

Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Baginda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.
Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002. Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.

Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006. Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.

Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ia adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis ,”.

Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004. Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002.

Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Pihak pro-pembangkang menyatakan kononnya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.
Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill yang juga fasih berbahasa Perancis. Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu.

“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.

Siapakah Jasbir Singh Chahl?

Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan. Di sana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.

Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia. Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia. Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.

Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan.
Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan.

Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.
‘Semuanya telah diaudit’

SATU daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.
Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dan Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.
“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marah.
selam 3 resize

Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas ; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.

Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT dan syarikat industri, Boustead di mana kedua-duanya juga telah diaudit.

Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat. Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan
selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.

Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang. Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini.
“Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan

Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.
“Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”
“Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian.”
“Scorpene merupakan kapal selam bukan nuklear terbaik yang telah negara kita pilih”.


AGAK AGAK LAA
Bila SUARAM nak didakwa ??

Baca seterusnya : di sini


Kalau tak puasa pun kenapa nak berbuka?

Oleh Khairul Ryezal


Petikan:


Malam semalam sahaja, dua majlis berbuka puasa atau Iftar diadakan oleh Ahli Parlimen DAP. Menjadi satu trend sejak akhir-akhir ini, ahli-ahli politik DAP berlumba-lumba mengadakan majlis berbuka puasa untuk menarik perhatian dan minat orang-orang Islam terhadap DAP. Malah Roketkini, lidah rasmi DAP turut mengadakan majlis berbuka puasa baru-baru ini.

puasaSteven

Di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, tidak ketinggalan mengadakan majlis berbuka puasa di sebuah surau di Taman Pearl, Berapit. Majlis berkenaan ditaja oleh Lydia Ong, Exco Pulau Pinang dan juga merupakan Adun Berapit. Bukan setakat orang-orang Melayu beberapa pemimpin Cina turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Lebih ironinya, gambar Tokong Joseph Lim, megah bergantung di perkarangan surau berkenaan. <Unquote>

Baca sweterusnya di blog Cucu Tok Selampit.

Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter 2013-07-27 10-26-56
Sebagai umpan untuk remaja Melayu

By lol

<Quote>

There will be more Muslim-Malay-Centric stories in the J-Star from now on I guess, gearing up to GE14 ( I have totally cut them off so I can’t tell for sure).

The last time I read they engaged Lisa Surihani on twitter right after GE13. I believe more and more Malay celebrities will be roped in to achieve their target. Sebagai umpan untuk remaja Melayu yang semakin “urban” katanya untuk membaca fitnah mereka.

PAS has done that in the last GE albeit with little success, yet the impact is still there as a crowd puller. The young and so called “urban” Malays are less likely to root for religious issues/ celebrities but they will most definitely root for entertainer which the J-star is trying to capture now.
<Unquote>

Komen olej ‘lol’ pada asalnya @ 2013/07/16 at 1:20 am.
Twitter hannahyeoh Did another interview with ... 2013-05-21 10-08-45


Adakah Umno sedang memantau taktik-taktik The J-Star cuba memenangkan DAP?


Baca seterusnya   : di sini


Saturday, July 27, 2013

PANAS !! Sekutu Anwar ,Nur Misuari Ancam Dan Ugut Serang Sabah


KUALA LUMPUR 26 Julai - Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari mengugut untuk melancarkan serangan ke atas Sabah jika kerajaan Filipina menghalang cita-citanya untuk memerdekakan sebahagian wilayah di selatan negara itu sekali gus dilantik sebagai Presiden Bangsamoro dan Perdana Menteri yang memerintah Mindanao.

Menurut sumber, Misuari masih berdegil untuk meneruskan rancangannya memerdekakan beberapa wilayah iaitu Pulau Basilan, Kepulauan Sulu, Tawi-Tawi, Mindanao dan sebahagian dari kepulauan Borneo dalam satu majlis yang berlangsung di Jolo, Kepulauan Sulu petang semalam walaupun telah beberapa kali cuba dihalang pihak berkuasa negara itu.

Sumber itu berkata, bagaimanapun penduduk Sabah tidak perlu bimbang dengan ancaman ugutan tersebut kerana buat masa ini Misuari dikesan masih berada di Bandar Zamboanga berikutan sekatan dan kawalan ketat yang dilakukan pihak berkuasa Filipina dan Malaysia.

Sumber berkata, malah pemimpin MNLF itu sendiri dilaporkan gagal muncul pada majlis tersebut dipercayai bimbang akan ditangkap pihak berkuasa Filipina.

"Mengikut perancangan Misuari, dia sepatutnya hadir dalam majlis tersebut untuk menabalkan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri di wilayah Mindanao.

"Bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian apabila dia tidak muncul dalam majlis sambutan yang dijadualkan berlangsung pada petang semalam disebabkan sekatan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan kerajaan Filipina ke atasnya bagi mengelakkan dia memasuki kepulauan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut sumber lagi, kelmarin, kira-kira 3,000 pengikut Misuari dengan sebahagian daripada mereka membawa senjata api sudah pun berhimpun di Jolo untuk memberi sokongan terhadap pelantikannya.

Sumber memberitahu, pada 13 Julai lalu, Misuari dilaporkan telah menganjurkan perhimpunan khas di Lampaki dan Talipao bagi meyakinkan pengikutnya yang rata-rata terdiri dari umat Islam Moro kononnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi persetujuan untuk membantu memerdekakan Mindanao.

"Misuari telah diberi amaran keras oleh kerajaan Filipina supaya membatalkan rancangannya serta mengarahkan pengikutnya tidak memasuki kepulauan tersebut dengan membawa senjata.  

"Difahamkan pihak berkuasa negara itu juga telah menambah jumlah kekuatan anggota dan pegawai di sekitar Patikul, Indanan, Maimbung dan beberapa lagi kawasan di selatan Filipina bagi mengelakkan penyokong Misuari khususnya kumpulan bersenjata daripada masuk ke Kepulauan Sulu," jelasnya. -Utusan Malaysia

Komentar KP : Kenapa Nur Misuari cuba mengancam kedaulatan Sabah sedangkan dia berkonflik dengan kerajaan filipina ??Ugutan seperti ini ibarat bayi yang merengek kerana hendakkan susu tapi tidak diberi .Dahulu pun semasa konflik berdarah di Lahad Datu,Nur Misuari pernah mengancam untuk menyerang Sabah jika mengapa-apakan pengganas Kesultanan Sulu[klik sini]yang menceroboh negara.

KP harap pihak keselamatan negara (ATM dan Polis) akan sentiasa bersiap-siaga akan sebarang ancaman seperti ini kerana kita dikhuatiri akan mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.


Baca seterusnya : di sini


Senarai Fitnah Pas, Di PRK Kuala Besut

Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1.    Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2.    Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3.    Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4.    Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5.    Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6.    Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7.    Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8.    Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004  untuk dijadikan ladang limau

9.    Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10.  Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar. 

Kuala Besut.Net



Thursday, July 25, 2013

10 FITNAH PAS KEPADA KERAJAAN SEMPENA BULAN RAMADHAN



Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2. Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3. Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4. Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5. Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6. Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.






7. Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8. Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004  untuk  dijadikan ladang limau

9. Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10. Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.



Baca seterusnya : Di sini


PANAS!!!! CYBER TROOPER PAKATAN KHAWARIJ KANTOI FITNAH KERAJAAN DI BULAN RAMADHAN INI!!!


Nampaknya puak-puak Pakatan Khawarij ni tak habis-habis membuat fitnah. Mungkin dah tak dapat nak tahan 'semangat fitnah' sepanjang PRU13 yang lepas, sampai bulan RAMADHAN sekalipun aktiviti dajjal ini mereka teruskan. Sampai sanggup mengedit muka hadapan portal BERNAMA dan meletakkan laporan yang tak pernah dikeluarkan oleh BERNAMA. Tujuan mereka hanyalah satu.... MEMBERIKAN PERSEPSI BURUK RAKYAT KEPADA KERAJAAN. SEMOGA ALLAH memberikan petunjuk kepada puak-puak KHAWARIJ yang tak kenal erti RAMADHAN ini. 

Berikut laporan BERNAMA YANG SEBENAR-BENARNYA :

Najib Umum Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2013 (Bernama) - Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.


Perdana Menteri juga mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.


Katanya pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.


Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di ibu negara, Rabu.


Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.


"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.


Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.


Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.


"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.


Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara guna membantu meringankan beban kewangan sebagai persiapan hari raya.


Rujuk laporan disini : 
http://www.bernama.com.my/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=965861

--------------------------------


Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita, maka kajilah dulu…” [Al-Hujurat : 6]


Baca seterusnya :  di sini

Tuesday, July 23, 2013

4 MELAYU BAKAL DIHUKUM MATI : AYUH BANGKIT TOLONG 4 PEJUANG ISLAM INI !


4 pemuda melayu dituduh menculik.
jika sabit kesalahan boleh dihukum mati !

MEREKA BUAT PERKARA INI SEBAGAI TINDAKBALAS TERHADAP KEBIADAPAN ALVIN/VIVIAN YANG MENGHINA ISLAM ! 

tahniah peguam negara kerana PILIH untuk charge kesalahan ini pada 4 pejuang islam.

APA BANGSA MELAYU PERLU LAKUKAN : CARIKAN PEGUAM TERBAIK UNTUK BELA NASIB PEJUANG MELAYU INI...

kami sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

kalau dapat peguam macam zul nordin, shafiee abdullah pun ok, asalkan 4 pemuda pejuang islam ini BEBAS LEPAS.

kami cuba usahakan sesuatu. jikalau ada perkembangan, kami akan bagitau dalam blog.







PRK Kuala Besut: OSTAK MEKDI Turut Sama Boikot PAS..?? Guane Gamok Ganu Kite..



Mengikut jadual sepatutnya malam tadi (22 Julai 2013), selebriti agama yang baru beberapa minggu ini menghabiskan bulan madu bersama isteri ketiganya yang muda trang tang-tang iaitu Azhar Idrus turut turun berkempen bersama Mursyidul AM PAS di Kampung Nail, Kuala Besut.

Azhar Idrus yang dikenali ramai sebagai Ustad Youtube sebelum ini pernah diura-urakan bakal menjadi calon PAS namun akhirnya tercicir dari senarai restu pimpinan parti selepas Naib Presiden PAS, Husam Musa melobi supaya memilih kroninya iaitu Che Long sebagai calon PAS di Kuala Besut.

Ikut perancangan, ceramah yang tidak menjadi kenyataan malam tadi itu dikira sebagai ceramah MEGA yang serba MEGAH, itu yang sepatutnya di mana akan menghimpunkan lebih 50,000 orang meskipun padang sempit itu hakikatnya hanya mampu menampung sejumlah 500 - 800 orang hadirin sahaja.

Tapi malangnya sehingga ke tengah malam membawa sampai ke dinihari padang kecil berdekatan markas PAS Kampung Nail itu tetap sunyi sepi dan gelap gelita, hanya kelihatan beberapa buah gerai yang masih menjalankan urusniaga disamping kelompok-kelompok jentera PAS dari Kelantan.

Entah mengapa ceramah serba MEGA itu dibatalkan tanpa sebarang alasan oleh penganjur sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi bergentayangan di sekitar markas PAS. Nak dikatakan Azhar Idrus enggan untuk bergandingan dengan Nik Aziz rasanya agak mustahil. Jadi apa sebabnya?

Adakah mungkin ada kebimbangan kalau-kalau PAS kedekut membayar upah berceramah atau kalau dibayar pun cuma secuit saja nilainya? Tak kot, lagi pun bukankah ceramah agama selalunya Lillahi ta'ala, upah-upah keduniaan ni main boleh, dok gitu?

Atau pun barangkali selebriti agama itu malu kot, maklumlah akhir-akhir ini walaupun Nik Aziz masih dianggap sebagai Mursyidul Am PAS namun popularitinya sudah semakin suram, jauh sangat bezanya berbanding dulu-dulu.

Hatta ceramah Nik Aziz berampiran TUDM Gong Kedak akhir minggu lepas pun dihadiri kurang seribu orang, mujurlah ada ramai penyokong PAS dari Kelantan yang diimport khas, jika tidak mahunya ceramah itu cuma didengar oleh 200 orang sahaja seperti mana dialami Presiden PAS, Hadi Awang.

Mungkin atas perkiraan itulah agaknya yang memaksa Azhar Idrus tidak jadi datang, buat apa nak datang kalau digandingkan dengan orang lain yang ingin menumpang popularitinya, nanti jatuhlah standard jadi 'boddowlah' jawabnya, dok gitu boh?

Selain itu, ada juga penyokong PAS yang bersosek-sosek mengandaikan kemungkinan Utad Youtube itu sengaja memboikot ceramahnya sendiri gara-gara merajuk namanya disingkirkan  sebagai calon PAS untuk PRK DUN Kuala Besut. Ada juga logiknya.

Spekulasi di atas mungkin tersasar, hanya si empunya diri yang mampu menjelaskan perkara sebenar.

Tapi itulah yang difikirkan dan dispekulasikan oleh sesetengah penyokong PAS di Kuala Besut sampai naik beku dan kaku otak masing-masing mengupas sebab musabab keengganan Azhar Idrus untuk datang membantu PAS.

Namun demikian, ada satu perkara yang bermain difikiran penulis, mungkinkah hakikatnya Azhar langsung tidak tahu menahu jadualnya berceramah di Kuala Besut sebaliknya PAS pula yang beriya-iya memanipulasi nama selebriti agama itu untuk kepentingan politik?



Baca seterusnya di :di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.