Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 17, 2016

Ketika Pasangan Beregu Lelaki Badminton Berjuang Untuk Emas, Di Malaysia Muhyiddin Berjuang Untuk Nika!!!

Ketika sebahagian besar rakyat Malaysia bergembira kerana pasangan bergu lelaki Malaysia, Goh V. Shern dan Tan Wee Kiong berjaya mengalahkan pasangan No.1 dunia dari China, Chai Biao-Ho Wei dengan tiga set, ramai juga yang turut mengalir air mata dengan kata-kata patriotik yang diucapkan oleh Goh V. Shern yang tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir kerana kemenangan untuk negara dalam temuramah dengan wartawan Astro di Rio selepas perlawanan.

Tidak dapat dinafikan, semangat patriotiknya cukup menebal walaupun mungkin ada persepsi negatif yang akan diceritakan sama.

Jadi, tidaklah tepat kalau dikatakan, anak-anak berketurunan imigran tidak tahu membalas jasa negara ini, sebaliknya masih ramai yang tidak seperti puak DAP walaupun jasa mereka bukannya mengangkat senjata dan mempertaruhkan nyawa dan darah di medan perang.

Perang yang mereka hadapi tidak sama dengan perang yang diceburi oleh anak-anak Pribumi... itu adalah hakikat yang perlu diterima. Perbezaan yang wujud tetapi maksud dan tujuannya tetap sama iaitu DEMI NEGARA.

Dan apabila kita menyebut tentang PERANG, politik negara juga tidak terkecuali daripada peperangan yang amat besar. Perang persepsi, perang fakta, perang glamour dan perang siapa yang paling banyak mempunyai pengikut sedang berlangsung. Kesemua orang yang terlibat dalam politik, mempunyai peperangan yang perlu dihadapi dengan pelbagai cara, taktik dan teknik, termasuklah yang paling lekeh iaitu dengan cara melekehkan pihak musuh sebagai PEMAKAN DEDAK kerana tidak mampu menjawab dan menyanggah serangan ke atas pemimpin pujaan mereka.

Di sebalik perang untuk menunjukkan kumpulan masing-masing ada pengaruh dan sangat kuat, terdapat juga hakikat tersirat dan tersurat yang perlu diperhatikan serta diperhalusi oleh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang sangat meminati dunia politik.

Dan di sebalik kecoh-kecoh kononnya pihak lawan sudah tergolek dan terlungkup, Muhyiddin Yassin, Presiden Pribumi Bersatu sedang berhadapan dengan satu keaiban yang sepanjang dia berada di dalam UMNO, tertutup dengan baik walaupun ada juga kedengaran soksek-soksek tentang aib tersebut bersama-sama aib lain terutama membabitkan tanah Melayu di Johor ketika dia masih menjadi Menteri Besar Johor yang kemudian menjadi asbab untuk dia ditarik ke peringkat Pusat menganggotai Kabinet.

Mungkin kerana dia adalah UMNO TOTOK (sebagaimana yang diperakuinya), maka dia sengaja membiarkan dirinya dipecat dari UMNO agar UMNO tidak terpalit dengan skandal aibnya sekaligus membolehkan dia memberikan tumpuan untuk mencari jalan bagi menutup aib tersebut dengan caranya sendiri.

Tempoh perbicaraan sudah semakin hampir. Walaupun Muhyiddin bukanya Orang Kena Tuduh, tetapi keterangannya sebagai saksi dalam kes perceraian tersebut kerana namanya disebut sebagai orang yang berkaitan, pastinya akan membuka lebih banyak tembelang yang selama ini tertutup.

Pada ketika Muhyiddin cuba memberitahu bahawa DAP bukannya musuh Melayu-Pribumi dan umat Islam, yang semua orang boleh nampak ia adalah cubaan meraih simpati daripada penyokong-penyokong DAP dan keadaan Muhyiddin sendiri yang sudah tentu seperti tikus basah terasak ke bucu dinding.

Cuma yang menariknya, dalam keadaan cuba menutup aib sendiri, Muhyiddin terpaksa mereka-reka cerita tentang Najib dengan harapan, kesnya akan terlepas pandang sebaliknya semua perhatian tertumpu kepada Najib sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada Mahathir dan Najib sendiri. Atau seperti Mahathir ketika Gerakan SEMARAK digerakkan di seluruh negara sebagai bantuan untuknya terus berkuasa mengatasi pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah yang menular di kampung-kampung dan di kalangan orang Melayu.

Peperangan tidak berhenti setelah Parti Komunis Malaya menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia kerana parti komunis Malaya yang sebenarnya bergerak secara akar umbi dan tidak lagi berseragam khaki dan berbintang bucu tiga dengan senjata zaman Perang Dunia Kedua serta memperolehi maklumat dan bantuan daripada Min Yuen.

Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk bertindak dan membuat keputusan secara wajar berdasarkan perkiraan dan pemikiran mereka sendiri dalam perang kali ini....

[ Baca berita asal ]

Tuesday, August 9, 2016

PAS akan Sarawak Report Ekoran Fitnah Terima 90Juta Dari UMNO

PAS menafikan laporan Sarawak Report kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Timbaan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak report atas laporan tersebut kerana beliau percaya laporan itu mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

“PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.

“Tindakan memfitnah PAS ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 6 Ogos lalu, Sarawak Report melaporkan sejumlah RM90 juta telah diterima oleh pemimpin PAS dengan mendakwa transaksi tersebut dibuat supaya PAS memberi sokongan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sarawak Report merupakan sebuah portal yang banyak mendedahkan maklumat sulit mengenai syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penglibatan Najib dengan syarikat itu sebelum ini.

Selain itu juga, banyak laporan mereka mengenai syarikat itu dijadikan bahan dan rujukan oleh sesetengah pihak untuk menentang Najib.

Malah, berita mengenai pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat akan memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB juga telah membuatkan ramai yang percaya laporan Sarawak Report adalah betul.

Tuesday, August 2, 2016

Shafie Apdal Bercakap Rakyat Sabah Miskin Di Negeri Yang Kaya Raya, Sedangkan Beliau Kaya Kerana UMNO. APA CERITA?

Tiba-tiba sahaja selepas keluar dari UMNO setelah digantung keahliannya, Shafie Apdal, Ahli Parlimen Semporna bercakap tentang Sabah yang kaya tetapi rakyatnya yang miskin. Sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen UMNO, Naib Presiden UMNO, malah Menteri Kabinet bagi kuota Sabah, mengapa tidak pula dia bercakap tentang rakyat Sabah yang miskin, terutama sekali di kawasan Parlimennya sendiri?

Shafie Apdal yang bukan sesiapa tetapi menjadi kaya raya dengan harta kekayaan melimpah ruah selepas menjadi pembesar utama UMNO dan Menteri Kabinet, sekarang ini merupakan salah seorang daripada pemimpin ANC yang dikatakan meninggalkan segala-galanya demi rakyat.

Sepanjang beberapa dekad di dalam UMNO, mengapa agaknya Shafie Apdal tidak melakukan sesuatu kepada mereka yang berduyun-duyun datang ke rumahnya di Semporna untuk mendapat dedak yang tidak seberapa? Apa program yang telah dibuat oleh Shafie Apdal sepanjang dia menjadi Menteri KKLW selain terlibat dalam pelbagai kontroversi pemberian kontrak dan tender menerusi beberapa syarikat?

Sabah memang boleh hidup tanpa UMNO tetapi sekiranya, Shafie Apdal dipaksa dan terpaksa memulangkan semula kesemua harta-hartanya sepanjang dia duduk dalam UMNO, agak-agaknya Shafie Apdal boleh hidup tak?

Sekarang, Shafie Apdal sudah pandai bercakap pemimpin-pemimpin UMNO hidup kaya-raya. Sedangkan kekayaan yang dinikmatinya sekarang pun ketika dia bergelar pemimpin UMNO. Sekarang, Shafie Apdal sudah pandai bercakap tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tapi masa dia di KKLW dahulu, berapa banyak kes-kes kontroversi yang menjadi penyebab kepada ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan utama?

Pulangkan dahulu apa-apa yang diperolehi semasa di dalam UMNO, kemudian baru bercakap tentang nilai-nilai kejujuran, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Selagi masih berkokok di atas timbunan harta yang ditumpukkan semasa berkuasa dahulu, ibarat macam ayam jantan yang berkokok ekor bergelumang dengan tahi.

The Saviour

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.